Skip to content

Mohon Jangan Masukkan Parsli ke dalam Vagina anda

Kita pernah mendengar penggunaan buah timun yang dikatakan boleh membersihkan kawasan dalam vagina perempuan. Kita juga pernah dengar penggunaan pelbagai jenis herba yang dijadikan ‘tampoon’ yang berfungsi untuk ‘mengetatkan’ semula bahagian vagina seseorang wanita.

Setakat ini tiada lagi kajian yang betul-betul menunjukkan amalan tersebut benar-benar berkesan ataupun tidak. Malah ia secara ‘alaminya’ akan membenarkan bakteria luar masuk ke dalam kawasan itu dan boleh menyebabkan jangkitan kuman pada bahagian peranakan.

Tetapi pada tahun ini, wujud pula satu amalan baru iaitu menggunakan daun Parsli untuk mempercepatkan datang haid dengan cara memasukkannya ke dalam Vagina. (Adehh…)



Jadi minta akak-akak diluar sana untuk tidak mengamalkan perkara ini.

Masukkan Parsli dalam vagina untuk normalkan haid

Terdapat satu post yang telah dihapuskan(kerana mendapat kecaman hebat), Dikatakan daun parsli berfungsi untuk melembutkan pangkal rahim dan mengembalikan keseimbangan hormon di dalam badan.

Perkara ini akan menyebabkan haid seseorang itu menjadi normal semula seperti biasa.

Cuba google ‘Parsley Insert’

Apabila anda google ‘Parsley Insert’ anda akan jumpa pelbagai nasihat kesihatan yang sangat berbahaya. ‘Parsley Insert’ bermaksud daun parsely yang digunakan untuk dimasukkan ke dalam bahagian vagina.

Anda mungkin akan terjumpa satu artikel bertajuk “How to induce a miscarriage Herbally(and safely)” iaitu Bagaimana cara untuk menggugurkan anak dengan menggunakan herba dan selamat. Laman ini akan membawa diri anda kepada satu kaedah yang menakutkan.



Dalam kenyataan dalam laman web tersebut kata” Gunakan Parsli yang segar(Disyorkan gunakan yang organik. Saya tak nak racun pestisid dalam vagina saya. Jadi, saya pilih organik)”.

Organik tak organik. Habis semua kuman masuk dalam kawasan tu kak.

Mereka juga diminta untuk memasukkan parsli itu sedalam yang mungkin dengan tujuan memulakan proses keguguran tersebut. Parsli tersebut boleh ditukar selepas 12 jam selepas ia menjadi lembik.

Dahlah benda tu sayur. Kau ‘sayur’kan lagi sayur tu kak

(Sayur juga boleh merujuk kepada keadaan yang lembik. Sebagai contoh: Habis sayur pencuri itu dibelasah oleh penduduk kampung)


Parsli guna untuk memasak. Bukan masukkan dalam vagina

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Kes Kematian sebab parsli

Memasukkan sesuatu ke dalam bahagian vagina boleh meningkatkan risiko untuk menghadapi jangkitan kuman dan ia boleh menyebabkan kehilangan nyawa.

Malah tiada lagi bukti yang ianya memberi manfaat kepada seseorang wanita apabila melakukan pekara ini. Oleh itu, jika anda terasa nak memasukkan bahan yang bukan-bukan ke dalam kawasan tersebut untuk tujuan perubatan, mohon untuk dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu

Pada tahun lepas, seorang wanita meninggal dunia apabila dia telah memasukkan parsli ke dalam vagina nya. Boleh baca dalam Science Alert Reports. Perempuan yang berumur 34 tahun itu telah menggunakan kaedah memasukkan parsli ini untuk menggugurkan bayinya.



‘Herba’ tersebut menyebabkan jangkitan kuman yang teruk pada dirinya hingga menyebabkan bahagian rahimnya dibuang. Tetapi pada keesokan harinya pesakit telah meninggal dunia disebabkan jangkitan kuman tersebut.

Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

7 − three =