Skip to content

Antivaxx menjadi Ancaman Kesihatan Dunia – Kata WHO

Antivaxx telah menjadi salah satu dalam 10 ancaman kesihatan dunia pada tahun ini, kata World Health Organization(WHO).

Ini merupakan 10 ancaman kesihatan dunia pada tahun 2019. Ia adalah:

Pergerakan antivaxx telah menyebabkan pelbagai negara termasuk US mengalami kenaikan bilangan ibubapa yang menolak vaksin. Menurut, Pusat Kawalan Penyakit US, peratusan mereka yang menolak vaksin telah meningkat 4 kali ganda bermula daripada tahun 2001.



Perlu diketahui bahawa vaksin telah menyebabkan beberapa jenis penyakit menjadi sudah jarang berlaku di dalam masyarakat. Telah terbukti bahawa vaksin melindungi badan dengan cara membentuk antibodi dalam badan untuk melindungi daripada jangkitan kuman tersebut.

Akan tetapi, gerakan antivaks telah menyebabkan bilangan kanak-kanak yang menerima vaksin semakin kurang. Ini menyebabkan penyakit yang jarang didengari menjadi wujud semula dan ia benar-benar telah meningkat.

Perkara ini bukan sahaja berlaku diluar negara, tetapi ia juga berlaku di dalam negara tercinta kita dimana kumpulan ini telah mengikuti jejak langkah kumpulan antivaxx diluar negara.

Keraguan memvaksinkan anak

Keraguan pada perkara yang tidak dibuktikan ini telah menyebabkan penolakan vaksin semakin meningkat walaupun kewujudan vaksin yang banyak. Ini menyebabkan usaha untuk mengawal penyakit berjangkit yang boleh dielakkan dengan vaksin ini menjadi terganggu.

Program vaksin adalah cara yang paling murah untuk mengelakkan penyakit berjangkit dan ia telah melindungi 2-3 jugakematian dalam setahun.



Kes Campak Measles sebagai contoh telah meningkat sebanyak 30% diseluruh dunia. Dan terdapat negara yang sudah semakin hampir menghapuskan virus ini, tetapi terdapat kenaikan pula pada tahun-tahun yang terdekat ini.

Kesimpulan

Kumpulan antivaxx telah sedikit sebanyak telah mengancam bidang kesihatan di negara ini bahkan di seluruh dunia.

Sayangi anak anda dan vaksinlah untuk mengelakkan jangkitan kuman yang boleh menyebabkan kematian anak anda.

BACA INI UNTUK MENGETAHUI 10 ANCAMAN DUNIA KESIHATAN PADA TAHUN 2019

Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

eighteen − 18 =