Paru paru Berair: Punca, Simptom dan Rawatan

Published by Dr Latif Saad on

Home » Artikel Terbaru » Perubatan » Paru paru Berair: Punca, Simptom dan Rawatan

Paru paru berair adalah keadaan dimana terdapat pengumpulan cecair di dalam ruang pleura iaitu ruang diantara paru-paru dan juga dinding dada. Ini akan menyebabkan saiz paru-paru menjadi kecil dan pesakit akan mengalami masalah sesak nafas.

Ia selalunya berpunca kepada jangkitan kuman pada paru-paru. Tetapi ia juga boleh disebabkan masalah jantung, kegagalan buah pingang dan juga kanser paru-paru.

Struktur paru-paru

Paru-paru dikelilingi dengan satu lapisan tisu yang dipanggil sebagai pleura. Begitu juga dinding dada, ia juga mempunyai lapisan pleura. Di dalam ruang diantara dada dan juga paru-paru terdapat sedikit cecair yang berfungsi sebagai pelincir supaya tiada geseran yang akan merosakkan tisu paru-paru apabila dada mengembang ataupun mengecut

Tetapi apabila ia dipenuhi dengan air disebabkan berapa punca, ia akan menolak paru-paru menyebabkan ia menjadi kecil.

Punca Paru-paru berair

Terdapat pelbagai punca paru-paru berair. Ia adalah:

Simptom dan tanda paru paru berair

Terdapat beberapa tanda dan simptom apabila seseorang itu mengalami masalah ini. Ia adalah:

  • Sesak nafas. Adalah simptom yang paling ketara
  • Sakit dada
  • Batuk
  • Demam (Jika disebabkan jangkitan kuman paru-paru ataupun keradangan pankreas)
  • Tidak boleh tidur dalam keadaan berbaring

Diagnosa-diagnosa lain

Paru-paru berair adalah kesan daripada penyakit-penyakit lain. Tetapi ada beberapa diagnosa lain yang tetap mendatangkan simptom yang sama tanpa menyebabkan paru-paru berair. Penyakit tersebut adalah

Penyiasatan

Dalam bahagian penyiasatan paru-paru berair, pesakit perlu menjalani ujian untuk mengesahkan penyakit tersebut dan juga ujian untuk mengetahui punca kepada masalah tersebut.

X-ray dada

Prosedur ini adalah prosedur pertama yang dilakukan untuk mengesahkan seseorang itu mengalami paru-paru berair ataupun tidak.

Ia juga boleh mengesan masalah lain dalam x-ray tersebut seperti masalah jantung, kanser paru-paru dan beberapa lagi masalah lain

Pengambilan darah

Pengambilan darah boleh menentukan samada pesakit sedang mengalami jangkitan kuman ataupun tidak, fungsi hati, fungsi buah pinggang dan beberapa lagi penyiasatan untuk mengetahui punca kepada penyakit tersebut

Pengambilan sampel air dari paru-paru

Daripada pengambilan sampel air ini, punca kepada masalah tersebut boleh dikesan dengan melihat pH, kandungan air tersebut, kuman di dalamnya dan juga sama ada terdapat sel kanser dalam air itu.

Rawatan Paru paru berair

Bagi rawatan masalah ini, ia bergantung kepada keadaan pesakit dan juga berapa banyak air yang berada di dalam paru-paru pesakit.

1. Pengeluaran Cecair Paru

Jika ia hanya sedikit dan pesakit didapati stabil, tidak sesak nafas, berkeadaan selesa, rawatan untuk mengeluarkan cecair tersebut tidak perlu untuk dilakukan.

Pesakit hanya akan menjalani rawatan untuk menyelesaikan punca yang menyebabkan perkara tersebut berlaku

Jika pesakit nampat tidak stabil, sesak nafas dan keadaan paru-paru yang dipenuhi dengan banyak air, satu prosedur untuk mengeluarkan air tersebut akan dilakukan. Air yang keluar akan digunakan untuk penyiasatan bagi mengetahui punca kepada masalah itu.

Kemudian pesakit akan menerima rawatan berdasarkan punca yang menyebabkan masalah tersebut.

2. Pleurodesis

Bagi pesakit yang mengalami kanser paru-paru, cecair selalunya akan dihasilkan secara berterusan dalam ruang pleura. Ini akan menyebabkan pesakit mengalami paru-paru berair semula setelah cecair itu dikeluarkan.

Untuk mengelakkan masalah tersebut berlaku, satu bahan akan dimasukkan dalam kawasan pleura. Bahan tersebut berfungsi untuk menghasilkan sedikit keradangan pada lapisan pleura.

Ini akan menyebabkan parut terhasil diantara dinding dada dan juga lapisan luar paru-paru. Parut ini akan menghalang daripada pembentukan cecair yang banyak dalam ruang tersebut.

Rujukan:

  1. Diaz-Guzman E, Dweik RA. Diagnosis and management of pleural effusions: a practical approach. Compr Ther. 2007 Winter. 33(4):237-46.
  2. Noppen M. Normal volume and cellular contents of pleural fluid. Curr Opin Pulm Med. 2001 Jul. 7(4):180-2.
  3. Sahn SA. The differential diagnosis of pleural effusions. West J Med. 1982 Aug. 137(2):99-108.
  4. Culotta R, Taylor D. Diseases of the pleura. Ali J, Summer WR, Levitzky MG, eds. Pulmonary Pathophysiology. 2nd ed. New York: Lange Medical Books/McGraw-Hill; 2005. 194-212.
  5. Garcia-Vidal C, Carratalà J. Early and late treatment failure in community-acquired pneumonia. Semin Respir Crit Care Med. 2009 Apr. 30(2):154-60.
0 0 vote
Article Rating
Categories: Perubatan

Dr Latif Saad

Seorang pegawai perubatan dan masih berkhidmat di klinik kesihatan. Pengasas kepada page The Diagnosa dan Root of Science. Follow facebook saya di Latif Saad

Ikut perbincangan ini
Hantar notifikasi jika
guest
14 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Undian Terbanyak
Inline Feedbacks
View all comments
Sida
Sida
1 Bulan lalu

Salam doctor . Abg saya mempunyai masalah paru-paru berair setiap malam x dpt tidur disebabkan dada sakit sesak nafas & batuk berdarah . Apa saranan doctor ? Usia abg sy 21

Haziq
Haziq
2 Bulan lalu

Assalamualaikum doktor,sy haziq berumur 22 tahun sy nk tanye sy 2 hari lps rase mcm sesak nafas dan gastrik…apa saranan doktor ye

Nurul
Nurul
3 Bulan lalu

Salam doktor,kalau seorang2 tu di diagnoskn pulmonary edema ,tapi pesakit tak ada history hypertension,diabetic,tak merokok,kaki tak bengkak apa prosedur yang bakal dilakukan ye?

Hafeezz
Hafeezz
4 Bulan lalu

Salam…sy sjk kebelakangn ni rsa sush nafas…dada rsa skit kdg2…bdan pun rsa lesu je….umur sy 16 bru…adkah sy ade sinptom2 skit jntung?

sabe
sabe
5 Bulan lalu

Salam sejahtera , doktor . Saya ingin bertanya . Mak cik saya di masukkan ke hospital kerana paru-parunya berair dan buah pinggang nya pula rosak . Adakah peluang dia untuk meneruskan hidup masih ada?

14
0
Tanya soalan anda disinix
()
x