Skip to content

Hepatitis: Punca, Simptom dan Cara Rawatan

Hepatitis membawa maksud keradangan hati. Masalah ini selalunya disebabkan jangkitan virus. Akan tetapi ada juga punca lain yang menyebabkan masalah tersebut berlaku.

Ianya termasuk autoimmune hepatitis iaitu keradangan hati disebabkan sel pertahanan badan menyerang sel badan sendiri. Dalam kes ini, sel pertahanan badan menyerang sel hati.

Ia juga boleh disebabkan pengambilan ubat, racun, toksin dan juga alkohol.



Hati terletak dibahagian kanan atas abdomen anda. Ia mempunyai fungsi yang penting untuk mengawal metabolisma pada seluruh badan kita termasuk:

  • Penghasilan cecair hempedu yang berfungsi untuk memudahkan pencernaan lemak
  • Meneutralkan toksin dalam badan
  • Penyingkiran bilirubin iaitu salah satu bahan sampingan yang terhasil setelah sel darah merah mati.
  • Metabolisma gula, lemak dan juga protein
  • Boleh menyimpan gula, mineral dan juga vitamin
  • Penghasilan protein seperti albumin
  • Menghasilkan bahan untuk pembekuan darah

3 jenis virus yang menyebabkan hepatitis

Jenis penyakit ini akan diklasifikasikan mengikut virus yang menyebabkan penyakit tersebut. Sebenarnya terdapat 5 virus yang menyebabkan keradangan hati iaitu Virus hepatitis A, B, C, D dan E. Tetapi dalam artikel ini, kami hanya akan menceritakan daripada A ke C sahaja.

Hepatitis A selalunya menyebabkan jangkitan secara tiba-tiba dan teruk tetapi mempunyai jarak masa yang cepat untuk sembuh. Akan tetapi untuk penyakit Hepatitis B dan C selalunya akan berlaku secara berterusan

Hepatitis A

Ia disebabkan jangkitan virus hepatitis A dan jangkitan ini selalunya terjadi disebabkan pengambilan makanan ataupun air yang dicemari dengan najis mereka yang telah dijangkiti virus tersebut.



Hepatitis B

Ia disebarkan melalui sentuhan bendalir badan yang mempunyai virus tersebut seperti darah, cecair dari vagina dan semen.

Beberapa punca Hepatitis B adalah:

  • Penghisap dadah yang menggunakan jarum yang sama
  • Melakukan hubungan seks bebas
  • Berkongsi pencukur

Hepatitis C

Cara jangkitannya sama seperti hepatitis B iaitu melalui sentuhan bendalir badan. Oleh itu, ia boleh dijangkiti dengan hubungan seks ataupun penggunaan jarum yang telah tercemar.

Punca hepatitis yang bukan disebabkan jangkitan kuman

Terdapat 3 sebab lain yang boleh menyebabkan keradangan hati. Ia adalah:

  • Pengambilan alkohol
  •  Pengambilan ubat secara berlebihan
  • Autoimune hepatitis. Dalam masalah ini, sel pertahanan bada menjadi keliru dan menyerang sel badan sendiri.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Simptom dan tanda hepatitis

Jika anda mempunyai jangkitan seperti hepatitis A dan B, selalunya perjalanan pesakit adalah lama sebelum ia menghasilkan simptom. Simptom tersebut tidak akan muncul sehingga mana hati sudah tidak dapat berfungsi dengan berkesan

Beberapa simptom dan tanda-tanda adalah:



  • Mata dan kulit menjadi kuning.
  • Asyik rasa letih
  • Selesama
  • Kencing menjadi gelap
  • Sakit perut
  • Kurang selera makan
  • Kurang berat badan

Periksa Simptom anda Di Sini

Penyiasatan

Terdapat beberapa penyiasatan yang boleh dilakukan untuk mengesan masalah ini

1) Ujian fungsi hati (Liver function test)

Dalam ujian ini, beberapa enzim akan diperiksa kandungannya di dalam darah. Jika enzim itu tinggi bermaksud, hati sedang mengalami keradangan.

Ujian fungsi hati juga akan menunjukkan fungsinya yang berkurangan sebagai contoh:

  • Kenaikan serum bilirubin.
  • Pengurangan protein albumin

2) Ujian serologi

Dalam ujian ini, darah pesakit akan diambil untuk melihat antibodi yang terhasil bagi melawan jangkitan virus tersebut.

Sebagai contoh jika darah tersebut mempunyai antibodi iaitu anti-hepatitis A, bermaksud pesakit itu telah dijangkiti virus hep A. Begitu juga dengan virus yang lain



3) Imbasan ultrasound hati

Ultrasound hati boleh melihat:

  • Saiz hati
  • Ketumbuhan dalam hati
  • Masalah pada pundi hempedu

Rawatan hepatitis

Rawatan masalah ini bergantung kepada jenis penyakit tersebut

Hepatitis A

Selalunya masalah jenis ini tidak memerlukan apa-apa rawatan kerana ia jarak masa penyakit tersebut adalah pendek. Pesakit diminta untuk berehat jika ia mengganggu pesakit

Jika mengalami muntah dah cirit birit, pesakit dinasihatkan untuk mengambil air yang lebih. Tetapi jika teruk juga, pesakit perlula berjumpa dengan doktor

Hepatitis B

Jangkitan virus jenis ini selalunya memerlukan ubat anti-viral dan rawatannya mungkin memakan masa berbulan mahupun bertahun lamanya. Ubat-ubatan tersebut mempunyai harga yang mahal.



Jangkitan virus ini boleh dielakkan dengan pengambilan vaksin. Negara kita bertuah kerana vaksin hep B akan diberikan kepada bayi yang baru lahir untuk mengelakkan masalah ini.

Hepatitis C

Ubat Anti-viral digunakan untuk merawat masalah jenis ini. Jika pesakit tersebut sudah mengalami kerosakan hati yang teruk iaitu sirosis, pesakit mungkin dinasihati untuk menjalani transplant hati.

Masih lagi tiada vaksin jangkitan virus jenis ini

Cara untuk mengelakkan penyakit hepatitis

Kebersihan

Mengamalkan kebersihan adlaah salah satu cara untuk mengelakkan jangkitan virus ini. Jika anda bercuti ketempat lain, anda dinasihati untuk mengelakkan:

  • Meminum air dari air paip
  • Meminum air yang mengandungi ais
  • Memakan makanan yang tidak masak sepenuhnya
  • Memakan buah-buahan yang tidak dibasuh

Hep B dan C juga boleh dielakkan dengan:

  • Tidak berkongsi jarum
  • Tidak berkongsi pencukur
  • Tidak berkongsi berus gigi
  • Tidak melakukan hubungan seks dengan pasangan yang banyak
  • Penggunaan kondom

Vaksin



Setakat ini, vaksin yang wujud adalah untuk jangkitan virus jenis A dan juga B. Pesakit dinasihati untuk mengambilnya bagi mengelakkan masalah tersebut

Komplikasi

Jangkitan virus Hep B dan C yang kronik selalunya akan mendatangkan kesan yang buruk dimasa hadapan. Komplikasi tersebut adalah:

  • Hati gagal berfungsi
  • Sirosis(Parut pada bahagian hati menyebabkan saiz hati mengecil dan menjadi keras)
  • Kanser hati

Apabila hati gagal berfungsi, akan terdapat beberapa komplikasi yang bakal berlaku iaitu:

  • Mudah untuk berdarah dan mengambil masa yang lama untuk darah tersebut berhenti
  • Pengumpulan cecair dalam badan menyebabkan kaki menjadi sembab dan abdomen dipenuhi dengan air
  • Tekanan darah meningkat
  • Kegagalan buah pinggang
  • Hepatic encephalopathy. Ia disebabkan pengumpulan toksin ammonia dalam badan. Selalunya toksin tersebut diuraikan oleh hati.
  • Kanser hati

Pesakit ini digalakkan untuk mengelak minuman air beralkohol kerana ia akan mempercepatkan perkara itu untuk berlaku.

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Centers for Disease Control and Prevention. (2016). Hep B and the vaccine (shot) to prevent it: Fact sheet for parents
  2. Cropley A, et al. (2017). The use of immunosuppression in autoimmune hep: A current literature review. DOI: doi.org/10.3350/cmh.2016.0089
  3. Heidelbaugh JJ, et al. (n.d.). Cirrhosis and chronic liver failure: Part II. Complications and treatment.. aafp.org/afp/2006/0901/p767.html
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 − 1 =