28/09/2020

The Diagnosa

Dapatkan Tips kesihatan dan penjelasan kepada penyakit anda disini

Penyakit autoimun

Penyakit Autoimun: Punca, Simptom dan Rawatan

Apakah penyakit Autoimun ini? Artikel ini akan membincangkan berkenaan masalah ini, punca-puncanya, simptom berserta rawatan.

Isi Kandungan
  1. Pengenalan
  2. Definisi
  3. Punca Penyakit Autoimun
  4. Jenis Penyakit Autoimun
  5. Simptom Penyakit Autoimun
  6. Ujian Pengesahan
  7. Rawatan

Pengenalan


Secara normal dan fisiologi, sistem imuniti atau sistem pertahanan badan akan melindungi badan kita daripada sebarang serangan kuman yang boleh mendatangkan penyakit kepada badan. Kebiasaannya sistem imuniti ini boleh membezakan antara sel badan sendiri dan bahan bendasing dari luar.

Tugas sistem pertahanan ini apabila ada serangan daripada bahan bendasing seperti bakteria dan virus, sistem pertahanan akan berfungsi untuk membunuh dan menghapuskan kuman ini dalam badan. Oleh sebab itu, badan kita akan sentiasa dalam keadaan yang seimbang dan sihat kerana peranan yang dijalankan oleh sistem pertahanan badan ini.

Namun, terdapat beberapa keadaan yang berlaku apabila sistem pertahanan badan ini mula untuk ‘menyerang’ sel badan manusia sendiri tanpa diketahui puncanya. Apabila sistem pertahanan badan dalam keadaan yang lemah dan mula untuk menyerang sel-sel badan yang sihat, maka badan kita tidak mampu untuk melawan dan menghadapi keadaan sedemikian. Umpama ‘tentera’ mula untuk membunuh dan menyerang ‘rakyatnya’ sendiri.

Inilah yang dinamakan sebagai penyakit autoimun.

Apakah itu Penyakit Autoimun?


Penyakit autoimun adalah keadaan di mana sistem imuniti badan menyerang dan memberi kesan kepada badan sendiri.

Dalam keadaan normal, sel pertahanan badan sepatutnya menghapuskan sebarang kuman yang mula memasuki badan tetapi di dalam penyakit autoimun keadaan yang lain berlaku apabila sistem pertahanan badan menyerang dan menghapuskan sel-sel badan yang sihat, yang dinamakan sebagai autoantibodi.           

Punca Penyakit Autoimun


Sehingga hari ini, doktor masih belum dapat mengetahui secara tepat apakah punca yang menyebabkan penyakit autoimun ini berlaku, ini dikira sebagai (unknown etiology). Tetapi terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi dan menjadi penyebab kepada penyakit ini berlaku. Ini dikenali sebagai golongan yang berisiko:

1. Mempunyai sejarah keluarga yang positif:

Beberapa jenis penyakit ini didapati disebabkan oleh pesakit yang mempunyai sejarah keluar yang positif. Seperti contoh penyakit Systemic Lupus Erythematosus (SLE) dan Multiple Sclerosis.

2. Faktor persekitaran:

Faktor persekitaran yang sering terdedah kepada cahaya matahari, bahan kimia, jangkitan bakteria dan virus turut menjadi penyebab masalah ini.

3. Kaum dan bangsa:

Beberapa penyakit autoimun lebih mudah dihidapi oleh beberapa kaum seperti bangsa Afrika dan Amerika dan lain-lain.

Jenis Penyakit Autoimun


Terdapat beberapa jenis penyakit autoimun yang seharusnya kita ketahui:

JENISDEFINISI
Diabetis jenis 1 (Type 1 Diabetes):Penyakit kencing manis yang berlaku apabila sistem imuniti menyerang sel yang menghasilkan hormon insulin yang berada di pankreas. Dan insulin tidak dapat dihasilkan secara secukupnya.  
Rheumatoid ArthritisSejenis penyakit sendi yang berlaku apabila sistem imuniti menyerang di bahagian sendi tulang.  
PsoriasisSejenis penyakit kulit yang berlaku apabila sel kulit mula untuk berganda dengan lebih cepat dan menyebabkan keradangan pada kulit.  
Multiple sclerosisAntibodi merosakkan lapisan myelin (myelin sheath) yang melapisi bahagian saraf dan boleh menyebabkan badan rasa lemah, tidak seimbang dan lain-lain.  
Systemic Lupus Erythematosus (SLE)Penyakit yang memberi kesan kepada kulit  dan boleh juga memberi kesan kepada sistem organ yang lain seperti jantung, buah pinggang, otak dan lain-lain.  
Inflammatory bowel disease (IBD)Penyakit yang menyebabkan keradangan pada dinding usus. Terbaik dua jenis penyakit IBD, iaitu Crohns Disease dan Ulcerative Colitis.  
Addison’s diseasePenyakit yang memberi kesan kepada kelenjar adrenal yang menghasilkan hormon cortisol dan aldosterone. Akan menyebabkan badan berasa lemah, mudah letih, hilang berat badan dan kandungan gula dalam darah rendah.  
Graves diseasePenyakit yang memberi kesan kepada kelenjar thyroid yang menghasilkan hormon thyroid. Hilang berat badan, sentiasa rasa cemas, jantung berdegup kencang, mata yang membonjol ke depan merupakan tanda Graves Disease.  

Simptom Penyakit Autoimun


Simptom yang dihadapi lebih kurang sama antara satu sama lain seperti:

Adapun begitu, setiap penyakit itu mempunyai simptom dan ciri-ciri yang khusus yang harus diketahui.

Ujian Pengesahan Punca


Doktor akan melakukan beberapa penyiasatan untuk menentukan jenis penyakit autoimun yang pesakit hadapi. Beberapa cara akan dilakukan, antaranya ialah Ujian Antinuclear antibody (ANA). Ujian ini merupakan ujian yang selalu digunakan terlebih dahulu untuk mengesahkan pesakit sama ada menghidapi penyakit ini ataupun tidak. Jika hasil siasatan menunjukkan positif, anda mungkin mengalami masalah ini, tetapi hasil ini tidak menunjukkan jenis penyakit autoimun yang anda hadapi.

Rawatan Penyakit Autoimun


Umum mengetahui penyakit ini tidak dapat disembuhkan dan dihilangkan, tetapi rawatan diberikan untuk mengurangkan masalah yang dihidapi. Mengamalkan gaya hidup sihat juga membantu dalam mengurangkan masalah yang berlaku seperti:

  • Pemakanan yang sihat dan seimbang.
  • Mengekalkan berat badan yang ideal.
  • Tidur yang secukupnya.
  • Melakukan senaman
  • Mengawal dan mengurangkan stress

Antara rawatan yang akan diberikan ialah:

  • Ubat-ubatan: Lebih kepada untuk mengurangkan simptom yang dihadapi seperti ubat aspirin dan ibuprofen dan bergantung pada jenis penyakit yang dihadapi.
  • Menahan atau menekan sistem pertahanan badan: Ada beberapa ubat yang berfungsi untuk mengawal dan menekan sistem imuniti daripada terus menyerang sel badan.

Jika keadaan semakin buruk dan tidak bertambah baik, anda dinasihatkan untuk pergi berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya.

Rujukan:

  1. Healthline – Autoimmune Disease
  2. Womenshealth – Autoimmune Disease
  3. Webmd – Autoimmune Disease
  4. Healthdirect – Autoimmune Disease