Skip to content

Mati Pucuk: Punca, Tanda dan Rawatan

Apakah itu mati pucuk, punca-puncanya dan rawatan untuk masalah ini?

Artikel ini akan membincangkan secara lengkap berkenaan dengan masalah ini dan cara atau rawatan yang perlu dilalui oleh pesakit.

Isi Kandungan
  1. Pengenalan
  2. Kriteria Mati Pucuk
  3. Punca Mati Pucuk
  4. Ujian untuk mengetahui punca
  5. Rawatan

Pengenalan


Mati pucuk juga dikenali sebagai ‘erectile dysfunction‘. Ia merupakan keadaan dimana zakar tidak mampu tegang dengan sepenuhnya atau tidak mampu mengekalkan ketegangan dan perkara ini mengganggu hubungan seksual suami isteri.



Masalah telah mengganggu lebih 50% pesakit yang telah memasuki umur 40 tahun dan ia boleh menyebabkan kemurungan kepada pesakit tersebut.

Ketegangan alat kelamin lelaki adalah disebabkan gabungan fungsi diantara sistem saraf pusat, sistem saraf periferi, hormon dan juga sistem pembuluh darah.

Apa-apa perkara yang menyebabkan sistem ini tidak berfungsi dengan normal, ia akan menyebabkan lelaki tersebut mengalami masalah ereksi, ejakulasi ataupun orgasm.

Kriteria bagi mengesahkan Mati Pucuk


Untuk diagnosis Mati pucuk, kriteria yang digunakan adalah berpandukan pada Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders, Fifth Edition(DSM-5). Kriteria tersebut adalah

  • Hampir ke semua aktiviti seksual ini dirasakan:
    • Susah untuk mendapat ereksi ketika hubungan seksual berlaku.
    • Susah untuk mengekalkan keadaan ereksi sehinggalah hubungan seks berakhir.
    • Alat kelamin mempunyai ketidaktegangan yang ketara.
  • Simptom tersebut berlaku secara berterusan selama 6 bulan
  • Simptom tersebut menyebabkan stres yang ketara pada individu tersebut
  • Masalah tersebut bukan disebabkan masalah mental yang lain, penyakit, kesan ubat ataupun masalah hubungan kepada pasangan.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Punca Mati Pucuk


Mati pucuk mempunyai pelbagai faktor dan ia boleh dibahagikan seperti dibawah

1. Masalah Pembuluh darah

  • Atherosclerosis
  • Serangan sakit jantung
  • Tekanan darah tinggi
  • Kerosakan pembuluh darah disebabkan rawatan radioterapi
  • Kerosakan pembuluh darah disebabkan rawatan kanser prostat

2. Penyakit sistemik

3. Masalah saraf

4. Masalah paru-paru

  • Chronic obstructive airway disease
  • Sleep apnea

5. Masalah endokrin

6. Masalah alat kelamin

  • Peyronie disease – Adalah masalah terdapat tisu parut di bahagian zakar yang menyebabkan zakar membengkok ketika mana ereksi berlaki. Bahkan ia boleh menyebabkan rasa sakit ketika ereksi
  • Epispadias
  • Priapism

7. Masalah psiakitri

  • Kemurungan (tekanan perasaan)
  • Perfomance anxiety
  • Posttraumatic stress disorder

8. Pengambilan ubat

  • Ubat tekanan darah tinggi. Spesifik kepada ubat jenis beta blocker.
  • Ubat anti-depressi
  • Ubat anti-psychotic


Periksa Simptom anda Di Sini

Ujian Pemeriksaan


Beberapa perkara perlu di siasat daripada pesakit jika dia menunjukkan simptom mati pucuk.

Tekanan darah dan juga bacaan gula perlulah diambil bagi pesakit yang mengalami masalah ini. Ini kerana salah satu punca yang selalu menyebabkan pesakit mengalami masalah mati pucuk adalah penyakit tekanan darah tinggi dan juga kencing manis.

Pesakit yang mengalami tekanan perasaan dan kurangnya kehendak untuk melakukan seks perlulah menjalani pemeriksaan hormon seperti testosterone dan juga hormon thyroid.

Ini kerana jika hormon tersebut kurang ia akan menyebabkan masalah hypogonadism(kurang testosterone) ataupun hipotiroid(kurang hormon thyroid). Kedua-dua perkara ini boleh menyebabkan masalah mati pucuk

Pesakit juga perlu menjalani pemeriksaan HbA1c ataupun random blood sugar untuk mengetahui sama ada pesakit mengalami kencing manis ataupun tidak.

Bacaan kolesterol juga perlu di ambil untuk melihat sama ada pesakit mengalami masalah kolesterol tinggi (hypercholesterolemia) yang juga boleh menyebabkan mati pucuk.

Rawatan Mati Pucuk


Perlu diketahui oleh individu yang mengalami masalah ini, mereka perlulah berjumpa dengan doktor untuk mendapat rawatan yang sesuai dengan keadaan pesakit.



Penerangan ini adalah lebih kepada beberapa jenis rawatan berkenaan masalah ini.

Rawatan Ubat-ubatan

  • Phosphodiesterase-5 inhibitors
    • Contoh ubat adalah Slidenafil, verdenafil dan avanafil
    • Fungsi ubat ini adalah untuk mengembangkan saluran darah supaya darah banyak masuk ke dalam alat kelamin dan menyebabkan ereksi dapat berlaku
  • Androgens
    • Ubat ini adalah sesuai bagi mereka yang mengalami kekurangan hormon testosterone dalam darah(hypogonadism).
    • Hormon yang digunakan untuk mungkin membantu pesakit setelah rawatan ubat-ubatan yang lain gagal dalam merawat masalah tersebut
  • Intraurehtral Prostaglandin E1
    • Pilihan yang lain untuk masalah ini adalah dengan memasukan ubat prostaglandin terus ke dalam saluran air kencing iaitu saluran urehtra. Ia berfungsi untuk membuka saluran darah ke dalam alat kelamin agar ereksi berlaku

Penggunaan alat

Terdapat beberapa alat yang boleh digunakan untuk memberi ketengangan kepada alat kelamin

  • Alat Penyempitan pangkal kelamin
    • Ada sesetengah pesakit yang mengalami masalah pembuluh darah di bahagian kelamin. Penggunaan alat ini adalah dengan cara menghimpit pangkal zakar supaya darah di dalam zakar tidak boleh mengalir keluar dengan cepat.
    • Dengan itu alat kelamin dapat kekal dalam keadaan tegang bagi sesuatu tempoh yang lama.
  • Alat Vakum
    • Alat vakum digunakan untuk menarik darah masuk ke dalam kelamin supaya ia kelamin mengalami ereksi. Setelah alat kelamin mengalami ereksi, satu getah ataupun alat digunakan bagi menghimpit bahagian pangkal zakar supaya darah masih kekal dalam alat kelamin.
    • Ini akan menyebabkan keadaan ereksi boleh dikekalkan dalam satu tempoh yang lebih lama

Pembedahan

Terdapat beberapa jenis pembedahan yang boleh dilakukan kepada pesakit yang masih mengalami masalah ini setelah penggunaan ubat mahupun alat.

Salah satu pembedahan yang dilakukan adalah memasukkan implan ke dalam alat kelamin. Implan tersebut tidaklah menyebabkan pesakit mengalami ereksi tetapi akan masih membenarkan penetrasi berlaki ketika melakukan hubungan seksual walaupun pasangan lelaki tidak mengalami ereksi

***Peringatan penting. Tidak semua rawatan ini disediakan di setiap hospital. Oleh itu, perbincangan dengan pakar perlu dilakukan supaya rawatan yang sesuai dapat diberikan kepada pesakit.



Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. American Psychiatric Association. Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders, Fifth Edition. Arlington, VA: American Psychiatric Association; 2013:426-9.
  2. Burchardt M, Burchardt T, Baer L, Kiss AJ, Pawar RV, Shabsigh A, et al. Hypertension is associated with severe erectile dysfunction. J Urol. 2000 Oct. 164(4):1188-91.
  3. Rahnema CD, Lipshultz LI, Crosnoe LE, Kovac JR, Kim ED. Anabolic steroid-induced hypogonadism: diagnosis and treatment. Fertil Steril. 2014 May. 101 (5):1271-9.
  4. Costabile RA. Optimizing treatment for diabetes mellitus induced erectile dysfunction. J Urol. 2003 Aug. 170(2 Pt 2):S35-8; discussion S39.
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

eighteen − one =