28/09/2020

The Diagnosa

Dapatkan Tips kesihatan dan penjelasan kepada penyakit anda disini

hydrocephalus

Hydrocephalus: Punca, Simptom dan Rawatan

Hydrocephalus merupakan satu keadaan di mana terdapat lebihan kumpulan cecair  dalam ruangan otak. Cecair ini dipanggil cerebrospinal fluid(CSF) dan terjadi disebabkan halangan yang menganggu sistem pengaliran cecair.

Dalam hydrocephalus, kumpulan cecair ini akan meningkatkan tekanan dalam tengkorak dan menghimpit tisu otak. Dalam sesetengah kes, ia menyebabkan kepala membesar, sawan, kerosakan otak. Hydrocephalus boleh membawa maut jika tidak dirawat.

Simptom lain termasuk sakit kepala, muntah, penglihatan kabur, masalah ingatan dan sukar berjalan.

Fungsi cecair ini adalah untuk:

  • Melindungi sistem saraf
  • Membuang bahan toksik
  • Memberi nutrisi kepada tisu otak

Otak menghasikkan hampir 1L cecair setiap hari, dan ia akan diserap masuk ke dalam salur darah. Jika terdapat gangguan pada proses penghasilan dan penyerapan cecair, cecair akan berkumpul menyebabkan hydrocephalus.

Jenis jenis hydrocephalus

1. Congenital

Congenital bermaksud masalah tersebut berlaku sejak lahir ataupun daripada dalam kandungan lagi.

Setiap 1 dalam 500 bayi dilahirkan dengan hydrocephalus. Ia terjadi kerana jangkitan pada ibu ketika hamil seperti rubella, ataupun masalah cacat sejak lahir seperti spina bifida. Ia menyebabkan masalah tumbesaran.

2. Acquired

Acquired bermaksud masalah hydrocephalus ini berlaku selepas daripada kelahiran.

Jenis ini berlaku apabila cecair terhalang untuk diserap setelah dihasilkan. Ia juga dipanggil “communicating” kerana cecair masih boleh mengalir dalam ruangan otak.

3. “Non communicating”

Jenis ini juga dipanggil “obstructive” kerana terdapat halangan diantara ruangan otak menyebabkan cecair terkumpul di suatu tempat. Sebagai contoh jika terdapat kanser otak yang menyebabkan saluran CSF ini tersumbat

4. Normal pressure

Bermaksud hydrocephalus ini berlaku tetapi tekanan di dalam otak masih normal. Ia sering terjadi kepada mereka yang berusia selepas stroke, kecederaan, jangkitan, pembedahan ataupun pendarahan dalam otak.

Perkara ini berlaku disebabkan sebahagian daripada otak sudah tercedera dan tidak digunakan menyebabkan bahagian tersebut mengecut. Akan tetapi otak akan menambah cecair di dalam otak agar struktur otak tersebut masih berada dalam keadaan yang normal.

5. Ex vacuo

Jenis ini terjadi selepas stroke, kecederaan trauma pada otak ataupun penyakit degeneratif. Apabila tisu otak semakin mengecut, ruangan dalam otak menjadi semakin besar.

Simptom dan Tanda hydrocephalus

Simptom ini bergantung kepada jenis masalah ini. Simptom-simptom tersebut adalah:

Congenital(terjadi sejak lahir):

  • Sukar bernafas
  • Anggota badan kejang
  • Tumbesaran terganggu
  • Fontanel pada tengkorak menjadi timbul
  • Sering mengantuk
  • Sukar menggerakkan leher
  • Kurang makan
  • Kepala bersaiz besar
  • Kulit kepala nipis dan saluran darah jelas
  • Mata kuyu atau disebut sun setting eyes
  • Tangisan nyaring
  • Sawan
  • Muntah

Acquired(terjadi selepas lahir):

  • Keliru
  • Kelesuan
  • Sakit kepala
  • Kurang selera
  • Loya
  • Perubahan personaliti
  • Penglihatan kabur
  • Sawan
  • Muntah

Normal pressure:

  • Perubahan gaya berjalan seperti sukar berjalan
  • Proses berfikir menjadi perlahan
  • Tidak dapat mengawal diri untuk membuang air

Punca Hydrocephalus

Secara amnya, hydrocephalus terjadi apabila terdapat pengumpulan cecair dalam ruangan otak. Ia boleh terjadi kerana:

  • Lebihan penghasilan cecair
  • Ruangan otak terhalang menyebabkan pengaliran cecair terganggu
  • Cecair tidak dapat diserap masuk ke saluran darah

Congenital:

  • Halangan dalam saluran ruangan otak seperti aqueduct stenosis
  • Spina bifida
  • Jangkitan ketika dalam rahim seperti rubella, syphilis

Acquired:

Faktor risiko

Terdapat beberapa faktor risiko yang meningkatkan seseorang itu untuk mengalami masalah ini. Ia adalah:

  • Kelahiran pramatang yang meningkatkan risiko pendarahan dalam otak
  • Masalah sewaktu kehamilan seperti jangkitan yang boleh tersebar kepada bayi
  • Masalah tumbesaran bayi seperti spina bifida
  • Ketumbuhan dalam otak ataupun sistem saraf tunjang
  • Jangkitan sistem saraf
  • Pendarahan dalam otak
  • Kecederaan kepala

Ujian Pemeriksaan

Congenital:

Bagi bayi, pemeriksaan ultrasound rutin sebelum lahir boleh mengesan hydrocephalus dalam bayi yang sedang membesar. Setelah lahir, saiz kepala bayi akan dipantau. Jika terdapat abnormaliti, ujian seterusnya akan dilakukan.

Jika ultrasound menunjukkan abnormaliti, ujian lebih lanjut diperlukan seperti ujian MRI ataupun CT bagi melihat dengan lebih jelas struktur otak.

Acquired:

Jika seseorang mengalami tanda tanda hydrocephalus:

  • Memeriksa sejarah perubatan
  • Menjalankan pemeriksaan fizikal dan neurologikal
  • Menjalankan ujian pengimejan seperti CT dan MRI

Rawatan Hydrocephalus

Semua jenis hydrocephalus memerlukan rawatan bagi mengurangkan tekanan pada tisu otak. Jika tidak, terdapat risiko besar terjadinya kerosakan pada pangkal otak yang mengawal fungsi pernafasan dan degupan jantung.

  • Shunt merupakan satu proses dimana alat digunakan bagi menyalurkan lebihan cecair. Satu kateter akan dimasukkan kedalam otak bagi membuang lebihan cecair ke dalam bahagian badan lain seperti abdomen. Alat ini akan kekal di dalam otak sepanjang hidup.
  • Ventriculostomy iaitu satu prosedur membuat lubang pada ruangan otak bagi mengalirkan cecair ke pangkal otak di mana proses penyerapan cecair ke dalam saluran darah berlaku.

Komplikasi

Komplikasi bergantung kepada beberapa faktor seperti berapa pantas cecair terkumpul dan berapa lama. Bayi yang lahir dengan hydrocephalus mungkin mengalami kerosakan otak kekal yang menyebabkan komplikasi:

  • Lembab pelajaran
  • Sukar koordinasi
  • Masalah ingatan
  • Masalah pertuturan
  • Masalah penglihatan

Cara untuk mencegah Hydrocephalus

Terdapat beberapa cara untuk mencegah masalah ini daripada berlaku. Cara-cara tersebut adalah:

  • Wanita hamil- dapatkan pemeriksaan secara berkala bagi mengurangkan risiko kelahiran pramatang
  • Penyakit berjangkit- dapatkan vaksin dan jalankan saringan jangkitan

Cegah kecederaan kepala dengan:

  • Memakai tali pinggang keledar dalam kereta
  • Memastikan kanak kanak duduk di tempatnya ketika memandu
  • Jangan memandu ketika mabuk
  • Memakai alat pelindung kepala ketika bersukan

Rujukan

  1. What is Hydrocephalus? – Medical News Today
  2. Hydrocephalus. (2017, January 3) – NHS
  3. Hydrocephalus defined. (n.d.) – nhonline
  4. Hydrocephalus fact sheet. (2013, May) 0 National Institute of Neurological Disorder and Stroke