Apakah itu demam kuning? Artikel ini akan menerangkan berkenaan masalah ini, punca-puncanya, rawatan dan cara pencegahan kepada masalah ini.
Isi Kandungan |
Pengenalan
Demam kuning ialah satu keadaan yang serius dan mengancam nyawa yang disebarkan oleh nyamuk. Ia menyebabkan demam bersuhu tinggi dan perubahan warna kuning. Keadaan ini dipanggil jaundis, iaitu perubahan warna kuning pada kulit dan mata, dan cara bagaimana penyakit ini mendapat namanya. Penyakit ini sangat kerap terjadi di kawasan Afrika dan Amerika Selatan. Penawarnya masih belum ditemui namun vaksin boleh mencegahnya.
Punca demam kuning
Virus flavi ialah sejenis virus yang menyebabkan demam kuning dan ia tersebar apabila nyamuk yang dijangkiti virus ini menggigit anda. Nyamuk dijangkiti virus apabila ia menggigit manusia ataupun monyet yang telah pun dijangkiti. Namun penyakit ini tidak boleh tersebar dari manusia ke manusia yang lain.
Nyamuk membiak di dalam hutan tropika, kawasan lembab dan separa lembab dan juga di dalam air. Peningkatan kontak antara manusia dan nyamuk yang dijangkiti, terutama dalam kalangan manusia yang tidak menerima vaksin demam kuning, boleh mencetuskan epidemik berskala kecil.
Cadangan termometer yang bagus
Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini
Golongan berisiko
Mereka yang belum menerima vaksin penyakit ini dan tinggal di kawasan berpenduduk padat dengan nyamuk dijangkiti virus adalah mereka yang paling berisiko tinggi. Setiap tahun seramai 200000 orang dijangkiti virus ini. Kebanyakan kes berlaku di 32 buah negara di Afrika, termasuk Rwanda dan Sierra Leone, dan 13 buah negara di Amerika Latin termasuk:
- Bolivia
- Brazil
- Colombia
- Ecuador
- Peru
Simptom Demam Kuning
Masalah ini berlaku dengan pantas, dengan simptom terjadi tiga hingga enam hari setelah terdedah kepada virus. Tanda tanda awal jangkitan lebih kurang sama dengan influenza termasuk:
- Sakit kepala
- Sakit otot
- Sakit sendi
- Demam
- Sejuk menggigil
Fasa akut berlaku selama 3 hingga 4 hari. Simptomnya adalah:
- Sakit kepala
- Sakit otot
- Sakit sendi
- Demam
- Ruam kemerahan
- Hilang selera makan
- Menggigil
- Sakit belakang
Setelah fasa akut berakhir, tanda akan beransur hilang. Ramai orang akan sembuh dari demam kuning pada tahap ini, namun sesetengah orang akan mengalami jangkitan yang lebih serius.
Fasa toksik berlaku di mana simptom yang dialami sewaktu fasa akut hilang selama 24 jam dan kembali dengan simptom lebih teruk:
- Kurang kencing
- Sakit perut
- Muntah darah
- Denyut jantung tak sekata
- Delirium
- Pendarahan dari hidung, mulut, dan mata
Fasa toksik selalunya membawa maut namun hanya 15% yang dijangkiti penyakit ini melalui fasa ini.
Ujian Pengesahan
Segera berjumpa doktor sekiranya anda baru sahaja pulang dari luar negara dan mengalami simptom seakan demam selesema. Doktor akan mendapatkan maklumat terperinci mengenai simptom yang anda alami dan sejarah ke luar negara terutamanya negara yang banyak kesini. Jika doktor mengesyaki anda mempunyai masalah ini, doktor akan mengambil darah anda.
Sampel darah diambil akan dianalisa untuk kehadiran virus ataupun untuk kehadiran antibodi yang terhasil untuk melawan jangkitan.
Rawatan demam kuning
Seperti yang diberitahu tadi, tiada penawar untuk demam kuning. Rawatan yang diberi bersifat simptomatik dan supportive iaitu mengawal simptom dan menyokong fungsi imun badan melawan jangkitan.
- Memasukkan air melalui IV drip bagi mengekalkan hidrasi
- Bantuan oksigen bagi membantu pernafasan
- Mendapatkan transfusi darah
- Mendapatkan dialisis sekiranya buah pinggang gagal
Pencegahan
Mendapatkan vaksin adalah satu satunya cara mencegah jangkitan virus flavi. Vaksin demam ini diberi secara suntikan. Ia mengandungi virus yang lemah yang membantu badan kita membina imuniti. Vaksin ini disyorkan kepada mereka yang berusia 9 bulan sehingga 59 tahun dan tinggal atau melawat kawasan yang berisiko mengalami demam kuning.
Namun begitu terdapat juga golongan di mana vaksin ini tidak disyorkan iaitu:
- Mempunyai alahan terhadap telur, ayam dan gelatin
- Bayi berusia kurang 6 bulan
- Pesakit HIV, AIDS dan keadaan lain yang melemahkan sistem imun
Vaksin ini dikira sangat selamat. Satu suntikan boleh menawarkan imuniti sehingga 10 tahun. Kesan sampingannya termasuk:
- Sakit kepala
- Sakit otot
- Kelesuan
- Demam bersuhu rendah
Selain itu, amalkan juga pemakaian ubat penghalau nyamuk, memakai pakaian yang melindungi diri dari gigitan nyamuk, dan mengelakkan berada di luar rumah sewaktu nyamuk aktif.
Cadangan termometer yang bagus
Jenis Demam yang Lain
Demam Ruam | Demam Campak |
Demam Kuning | Demam Reumatik |
Demam Berpanjangan | Demam Malaria |
Demam Denggi | Demam Kepialu |
Demam Sawan | Demam Virus |
Rujukan:
- Yellow fever – Healthline