Kekurangan Vitamin B: Punca, Simptom dan Rawatan

kekurangan vitamin b

Apakah punca dan gejalan kepada masalah kekurangan Vitamin B. Artikel ini akan membincangkan dengan lengkap berserta rawatan kepada masalah ini.

Vitamin B merupakan sekumpulan 8 nutrisi, setiap dengan tugas penting dalam memastikan kesihatan fungsi badan. Mereka mengekalkan kesihatan sel badan dan membekalkan anda tenaga.

Kekurangan vitamin B akan menghasilkan tanda tanda berlainan bergantung kepada jenis vitamin B yang anda kurang.

Sesetengah makanan memang kaya dengan beberapa jenis vitamin B. Pengambilan diet yang seimbang merupakan kunci bagi mendapatkan semua nutrisi yang diperlukan oleh badan.

Golongan berisiko mengalami kekurangan vitamin B

Sesetengah kumpulan seperti orang orang berusia, wanita hamil lebih terdedah kepada risiko mengalami kekurangan vitamin B. Mereka memerlukan jumlah vitamin B yang lebih banyak berbanding dengan orang lain.

Sesetengah keadaan lain juga seperti penyakit Crohn’s, penyakit Celiac iaitu penyakit keradangan dan inflamasi kepada saluran usus, pesakit HIV dan juga pengambilan alkohol berlebihan boleh menjadi halangan kepada badan daripada menyerap vitamin B dengan efisien, menyebabkan kekurangan vitamin B.

Fungsi vitamin B dan Tanda-tanda kekurangannya

1. Vitamin B12

Vitamin B12 juga dikenali sebagai cobalamin membantu mengawal sistem saraf. Ia juga mempunyai tugasan penting dalam tumbesaran dan penghasilan sel darah merah. Kekurangan vitamin B12 boleh menyebabkan gangguan dalam sistem saraf dan sistem peredaran darah.

Ia juga menyebabkan megaloblastic anemia, iaitu satu keadaan dimana sum sum tulang menghasilkan sel darah merah yang bersaiz tidak normal menyebabkan sel darah merah tidak berfungsi.

Antara keadaan lain yang boleh terjadi kerana kekurangan vitamin B12 ialah dementia, paranoid dan depresi. Kerosakan saraf juga tidak boleh disembuhkan. Berikut merupakan simptom simptom kekurangan vitamin B12:

Sumber Makanan Vitamin B12

Vitamin B12 ditemui dalam bahan daging dan produk tenusu. Mereka yang mengamalkan diet vegan berisiko untuk mengalami kekurangan vitamin ini. Namun begitu, terdapat juga vitamin B12 dalam sumber berasaskan vegan seperti tenusu dan telur, dan juga yis.

Makanan yang kaya dengan vitamin B12 adalah hati lembu, tiram, daging, telur, susu, dan keju.

2. Vitamin B6

Vitamin B6 juga dikenali sebagai pyridoxine, yang membantu menukarkan makanan kepada tenaga. Ia juga membantu badan melawan jangkitan dengan membantu sistem imun.

Wanita yang mengandung dan menyusu memerlukan vitamin B6 bagi membantu tumbesaran otak bayi.

Kekurangan vitamin B6 boleh menyebabkan anemia dan juga kesan pada kulit seperti luka ataupun ruam di sekitar mulut. Tanda tanda lain ialah:

Sumber Makanan Vitamin B6

Makanan yang kaya dengan vitamin B6 adalah seperti ikan, daging, ubi kentang, sayuran berkanji dan buah buahan.

3. Vitamin B1 dan B2

Vitamin B1 dan B2 juga dikenali sebagai thiamin dan riboflavin. Vitamin ini membantu menukarkan makanan kepada sejenis bentuk tenaga. Vitamin B1 mempunyai kebaikan untuk sistem saraf dan vitamin B12 membantu penglihatan.

Golongan berisiko mengalami kekurangan vitamin B1 dan B2 ialah mereka yang mengambil alkohol berlebihan, kanak kanak dan orang tua terutamanya di negara miskin.

Kesan dan tanda kekurangan vitamin B1 dan B2 adalah sama seperti vitamin B lain. Mereka akan mengalami kekeliruan dan kelemahan anggota badan.

Sumber Makanan Vitamin B1 dan B2

Makanan yang kaya dengan vitamin B1 adalah bijirin, roti, pasta dan nasi, legumes dan kekacang.

Manakala vitamin B2 pula terkandung dalam telur, susu, sayuran hijau dan bijirin serta roti.

4. Vitamin B3

Vitamin B3 atau niacin membantu melancarkan penghadaman dan meningkatkan selera makan, dan untuk penghasilan sel darah.

Kekurangan naicin menyebabkan masalah penghadaman seperti loya dan sakit perut. Ia juga boleh menyebabkan pellagra yang memberi tanda tanda berikut:

  • Kulit kasar kemerahan
  • Lidah merah
  • Muntah
  • Sembelit atau cirit birit
  • Kelesuan
  • Paranoid
  • Halusinasi

Sumber Makanan Vitamin B3

Vitamin B3 terkandung dalam daging, ikan, kekacang, legumes, roti dan bijrin.

5. Vitamin B9

Vitamin B9 juga dipanggil folate atau asid folik. Folate terkandung dalam bahan semulajadi, manakan folic acid pula adalah hasil sintetik dalam makanan diproses.

Folate mempunyai fungsi penting dalam penghasilan dan fungsi sel darah merah. Ia juga mengurangkan risiko kecacatan bayi dalam wanita hamil.

Tanda tanda kekurangan vitamin B9 adalah:

Wanita hamil yang mengalami kekurangan folate boleh menyebabkan kecacatan bayi seperti spina bifida.

Sumber makanan Vitamin B9

Folate banyak terkandung dalam hati, asparagys, bayam, buah oren, kekacang dan kacang merah. Makanan yang kaya dengan folic acid pula adalah roti, tepung, pasta, beras dan bijirin.

Cara mencegah kekurangan vitamin B

Bagi kekal sihat, badan tidak memerlukan suplemen makanan tambahan bagi mendapatkan vitamin B yang cukup.

Terdapat pelbagai jenis makanan yang dapat membekalkan kandungan vitamin B yang diperlukan oleh badan. Pastikan makanan anda merangkumi:

  • Daging
  • Bijirin
  • Buahan
  • Sayuran

Suplemen hanya diperlukan sekiranya anda mengalami masalah yang menghalang penyerapan vitamin B ataupun masalah kesihatan lain yang memerlukan pengambilan suplemen.

Rujukan:

  1. Folate [Fact sheet]. (2019). – National Institute of Health
  2. Gao Y, et al. (2016). New perspective on impact of folic acid supplementation during pregnancy on neurodevelopment/autism in the offspring children — a systematic review. DOI:
    10.1371/journal.pone.0165626
  3. Niacin [Fact sheet]. (2019).- National Institute of Health

Nurul Afza

Nurul Afza Shamsul Kamal merupakan merupakan seorang pelajar perubatan di Universiti Teknologi MARA. Penglibatan beliau dalam The Diagnosa sebagai penulis adalah merupakan satu usaha dalam menyampaikan ilmu bermanfaat kepada masyarakat.

Kumpulan artikel-artikel Nurul Afza di SINI

Kenali Nurul Afza melalui profil beliau di SINI

Artikel berkaitan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

9 + 4 =