Skip to content

Betul ke minum air sejuk menggemukkan?

Ramai dikalangan masyarakat dan orang lama cakap yang air batu, ais batu ataupun air sejuk boleh menyebabkan seseorang itu menjadi gemuk, obese ataupun berlebihan berat badan

“Eh. Kau tak tahu ke, Air sejuk menggemukkan?

Perkara ini menjadi tular ke seluruh masyarakat kerana mereka mempercayai satu video dimana apabila lemak dimasukkan ke dalam air sejuk ia bergumpal menjadi satu gumpalan. Maka gumpalan inilah yang akan menjadi lemak dalam badan kata mereka

Apakah yang terjadi bila air sejuk/ais batu diminum?



Apabila seseorang itu menelan ais batu ataupun meminum air sejuk, ia akan terkumpul di dalam perut. Ais tersebut akan mencair menjadi air dan badan secara automatiknya meningkatkan suhu air dalam perut untuk sama seperti suhu badan.

Ia adalah satu mekanisma yang memang berlaku secara automatik kerana badan perlu berfungsi pada suhu yang spesifik. Badan tidak boleh terlalu sejuk walaupun di dalam perut sahaja kerana ia akan mengganggu fungsi sel bertindak. Oleh itu, suhu air dalam perut akan dinaikkan sama seperti suhu badan.

Pada ketika itu, lemak tersebut dah tak sempat nak bergumpal.

Bagaimana pula penyerapan lemak?

Secara ringkasnya lemak perlu diuraikan terlebih dahulu menjadi asid lemak dan juga glycerol. Pada ketika ini, barulah lemak boleh diserap daripada usus untuk dibawa ke seluruh badan juga disimpan di dalam sel adipos.(Sel adipos berfungsi untuk menyimpan lemak)

Oleh kerana itu, perlu kita faham bahawa jika lemak tersebut bergumpal, ia akan menyebabkan luas permukaan untuk enzim bertindak pada lemak itu semakin berkurangan.



Ini menyebabkan penguraian lemak tidak dapat berlaku dengan sempurna dan serapan lemak menjadi tidak efisien.

Jadi kalau nak kata minum air sejuk menyebabkan lemak bergumpal dan akhirnya membawa kepada kegemukkan adalah suatu yang tidak tepat. Sebab lemak tu sendiri akan susah untuk diserap jika ia bergumpal.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Apakah yang menyebabkan kegemukan?

Gemuk, obese ataupun berlebihan berat badan berlaku apabila jumlah kalori yang kita ambil adalah lebih daripada jumlah yang kita pakai. Jadi kalori yang berlebihan itu akan ditukarkan kepada lemak.

Oleh itu, makanan yang tinggi gula dan juga lemak boleh meningkatkan pengambilan kalori dan akhirnya membawa kegemukkan jika kita tidak mengawalnya.

Kesimpulan

Ais batu atau air sejuk tidak menyebabkan kegemukan. Yang menyebabkan kegemukan adalah cara permakanan yang tidak sihat

Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

two × 1 =