Skip to content

10 Khasiat Buah Dokong untuk Kesihatan

Apakah khasiat yang terkandung dalam buah dokong? Artikel ini akan membincangkan khasiat buah dokong untuk kesihatan.

Pengenalan

Buah dokong ini cukup popular, namun tidak semua tahu akan manfaatnya. Rasanya yang beragam mulai dari manis hingga sedikit masam membuat dokong menjadi buah yang ada penggemarnya tersendiri. 

Nama saintifiknya, Lansium parasiticum adalah jenis buah yang masih satu keluarga dengan buah langsat. Perbezaanya, buah dokong memiliki daging yang lebih tebal, sedikit berair, rasa yang lebih manis, dan lebih tahan lama. Ia mengandungi berbagai macam nutrisi yang memberikan manfaat bagi tubuh.

Kandungan Berkhasiat dalam Buah Dokong



Buah dokong kaya dengan nutrisi, mengandungi banyak unsur penting seperti karbohidrat, mineral, vitamin, protein dan serat. Ia kaya dengan Vitamin A, Riboflavin dan Thiamine, yang sangat diperlukan untuk banyak fungsi badan.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Kandungan Nutrisi

Berikut merupakan kandungan nutrisi yang terdapat di dalam 100 g buah dokong. Dari segi mikronutrisi, buah dokong mengandungi beberapa jenis vitamin B yang memiliki fungsi penting untuk kesihatan. Kalsium juga baik untuk tulang.

Komponen Kandungan 
Tenaga, kcal57 kcal
Karbohidrat, g15.2 g
Protein, mg0.9 mg
Lemak, mg0.2 mg

10 Khasiat Buah Dokong Kepada Kesihatan

1. Kaya dengan Antioksidan

Buah dokong mengandungi beberapa antioksidan polifenol, vitamin C dan lainnya. Analisis menunjukkan bahawa kulit buah ini mempunyai jumlah flavonoid yang agak mengagumkan di kalangan buah-buahan tropika.

Antioksidan mencegah dan melindungi daripada kerosakan sel. Kerosakan oksidatif pada sel boleh menyebabkan pembentukan tumor dan kanser. Jadi, buah dokong yang  mengandungi limonoid, dapat melindungi tubuh daripada banyak unsur penyebab kanser di samping mengamalkan gaya hidup yang sihat.



2. Mencegah Sembelit

Salah satu masalah pencernaan yang sering terjadi adalah sembelit. Kebiasaanya ia dikaitkan dengan konsumsi serat yang kurang mencukupi. Salah satu cara untuk mencegah sembelit adalah dengan mengamalkan buah dokong dalam diet seharian. Dalam 100 gram buah dokong mengandungi kira- kira 3.0 gram serat yang baik untuk sistem pencernaan anda.

3. Membaiki Kesihatan Saraf

Manfaat buah dokong seterusnya adalah untuk membantu menjaga keselarasan fungsi sistem saraf. Hal ini karena buah dokong kaya dengan beragam jenis vitamin B, seperti thiamin, riboflavin, dan niasin. Ia mempunyai pelbagai fungsi di dalam tubuh badan kita untuk penghasilan tenaga dan juga memastikan sel-sel di dalam tubuh badan berfungsi dengan baik.

4. Menjaga Kesihatan Kulit

Selain mencegah berbagai penyakit, buah dokong juga dapat digunakan untuk kesihatan kulit. Sekarang, terdapat beberapa perusahaan menggunakan ekstrak buah dokong sebagai bahan produk kecantikan. Ada juga penelitian yang dibuat mendapati bahwa buah dokong boleh melembabkan dan mencerahkan kulit.

5. Menyembuhkan Demam

Buah dokong sangat membantu dalam merawat demam dan selsema. Ia mengandungi vitamin C, yang membantu dalam mengurangkan simptom demam dan selsema. Biji langsat yang dihancurkan pula dikatakan mampu membantu menurunkan suhu badan.



6. Sebagai Anti-malaria

Benih buah dokong terbukti mempunyai sifat anti-malaria. Banyak kajian giat dijalankan untuk membuktikan keupayaan benihnya sebagai potensi terapeutik anti-malaria. Selain itu, kulit dan daunnya ditunjukkan mempunyai sifat anti-patogen terhadap Plasmodium falciparum, parasit penyebab malaria. Ia mengandungi sebatian kimia sedemikian yang mengganggu kitaran hayat patogen dan membunuhnya.

7. Memberi Rasa Kenyang

Buah dokong sering dimakan sebagai ‘snacking’ dengan pengambilan 4-6 biji sekaligus. Namun, perasan atau tidak buah dokong dapat memberikan rasa kenyang. Hal ini kerana kandungan serat yang berfungsi untuk mengisi perut untuk tempoh masa yang lama. 

Pengambilan buah sememangnya digalakkan sebelum mengambil makanan utama atas alasan yang sama iaitu untuk memberi rasa kenyang, lalu mengurangkan pengambilan kalori seharian.

8. Membantu Proses Penghadaman

Tahukah anda tentang istilah probiotik? Probiotik merupakan sejenis bakteria baik yang berada di bahagian usus. Antara fungsi probiotik adalah untuk meningkatkan sistem imuniti dan menjaga penghadaman. Buah dokong mengandungi serat yang merupakan ‘makanan’ kepada bakteria baik ini untuk terus hidup. Bilangan probiotik yang mencukupi di dalam badan dapat membantu proses penghadaman yang lebih baik.

9. Meningkatkan Kesihatan Gigi



Kerana kandungan fosforus yang tinggi, buah dokong boleh membantu dalam menguatkan dan memutihkan gigi, juga meminimumkan kemungkinan sakit gigi.

10. Mengawal Kolesterol dalam Darah

Buah dokong memiliki kandungan Niacin (Vitamin B3), yang agak tinggi. Sama seperti serat yang terdapat di dalamnya, ia berguna dalam meningkatkan kolesterol baik yang seterusnya melawan kolesterol jahat dalam darah. Kehadiran vitamin C dalam buah dokong, membantu metabolisma kolesterol menjadi asam hempedu, yang mungkin mempunyai implikasi terhadap kadar kolesterol dalam darah dan kejadian batu karang.

Rujukan:

  1. Abdallah, Hossam M., Gamal A. Mohamed, and Sabrin R. M. Ibrahim. 2022. “Lansium domesticum—A Fruit with Multi-Benefits: Traditional Uses, Phytochemicals, Nutritional Value, and Bioactivities” Nutrients 14, no. 7: 1531.
  2. Buah- buahan: Dokong. (n.d.). Jabatan Pertanian Pulau Pinang.
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 + 15 =