Skip to content

Kalau lihat mata orang yang tengah sakit, boleh berjangkit ke?

Dalam masyarakat ada yang menyebarkan hal ini dimana mereka menyatakan kalau kita lihat mata orang yang sedang sakit mata, maka mata kita pun akan berjangkit dan menyebabkan sakit mata tersebut.

Adakah perkara ini benar?

Sebelum itu, mari kita bincangkan berkenaan penyakit ini dahulu. Pesakit yang mengalami mata merah serta gatal ataupun sakit selalunya akan di diagnos mengalami penyakit konjunktivitis. Ia disebabkan keradangan pada selaput konjunktiva yang terletak pada belakang kelopak mata.

Masalah ini selalunya disebabkan jangkitan bakteria dan juga virus. Selain itu, ia juga boleh disebabkan alahan (allergy) ataupun kecederaan disebabkan tumpahan bahan kimia pada bahagian mata tersebut.

Tanda-tanda jangkitan konjunktivitis



Pesakit selalunya akan mempunyai tanda

  • mata pedih
  • mata gatal
  • mata merah
  • akan ada cecair kuning jika jangkitan tersebut disebabkan bakteria
  • kelopak mata melekat

Jika pesakit mempunyai masalah ini, pesakit perlulah cepat pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan kerana ia boleh berjangkit kepada orang lain.

Tetapi adakah jangkitan itu dengan hanya melihat mata orang lain ataupun orang lain melihat matanya?

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Cara Jangkitan konjunktivitis

Jangkitan konjunktivitis selalunya berlaku melalui sentuhan langsung kepada cairan yang dikeluarkan oleh mata pesakit sebagai contoh penggunaan tuala yang sama, penggunaan barang peribadi yang mendedahkan orang lain pada kuman tersebut.

Bagi jangkitan yang disebabkan oleh virus, ia boleh disebarkan melalui titisan air dalam udara. Sebagai contohnya seseorang yang sedang mengalami konjunktivitis bersin ataupun batuk, kuman tersebut boleh masukkan ke dalam udara dan pergi ke mata mereka yang berdekatan. Ini juga boleh menyebabkan jangkitan kuman tersebut

Kesimpulan



Masalah mata merah atau sakit mata atau konjunktivitis tidaklah merebak dengan cara pandang mata pesakit. Kerana kuman tersebut tidak akan sampai ke mata orang lain dengan cara merenungnya. Tetapi ia berjangkit dengan cara yang telah saya terangkan di atas.

Walaubagaimanapun, pesakit yang mengalami masalah ini adalah sangat mudah menjangkiti orang lain. Oleh itu, pesakit dinasihatkan untuk pergi berjumpa doktor jika anda mempunyai masalah tersebut

Untuk bacaan sepenuhnya mengenai konjunktivitis. Boleh rujuk link ini: Konjunktivitis.

Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

6 + fourteen =