Skip to content

Cepat Pancut(Ejakulasi Pramatang): Punca dan Rawatan

Cepat pancut ketika melakukan hubungan seks dikenali sebagai ejakulasi pramatang. Ia adalah salah satu masalah hubungan seks yang selalu berlaku pada mereka yang berumur kurang daripada 40 tahun kebawah. Ia adalah salah satu masalah psiakososial dan selalunya ia tidak mempunyai punca yang sebenar.

Tiada definisi yang tetap untuk masalah cepat pancut ataupun Ejakulasi pramatang kerana ia tidak tertakluk kepada durasi seorang itu boleh melakukan hubungan seks.

Seseorang itu dikatakan mempunyai ejakulasi pramatang jika ejakulasi tersebut berlaku sebelum pasangannya mencapai klimaks.



Sebagai contoh jika seseorang lelaki itu boleh melakukan hubungan seks selama 20 minit, tetapi pasangannya pula hanya akan mencapai klimaks setelah 30 minit, maka seseorang lelaki itu dikatakan mempunyai ejakulasi pramatang.

Akan tetapi jika seseorang lelaki itu boleh melakukan hubungan seks selama 10 minit sebelum ejakulasi dan pasangannya pula memerlukan masa 5 minit sahaja untuk mencapai klimaks, maka lelaki tersebut tidak dianggap mempunyai masalah ini.

Oleh itu, masalah cepat pancut (ejakulasi pramatang) sangat bergantung kepada pasangan.

Tetapi terdapat kriteria yang kita boleh ambil untuk mengatakan bahawa masalah ini teruk ataupun tidak. Kriteria tersebut adalah:

  • Mengalami ejakulasi kurang daripada 1 minit ketika melakukan seks
  • Masalah ini berlaku lebih daripada 6 bulan
  • Masalah tersebut mendatangkan rasa tertekan kepada individu tersebut
  • Masalah tersebut tidak berkaitan dengan penyakit lain ataupun pengambilan ubat-ubatan

Punca Cepat Pancut (Ejakulasi Pramatang)

Punca kepada masalah ini adalah lebih kepada masalah psikososial. Sebagai contoh masalah onani ketika waktu seseorang itu masih remaja.



Disebabkan malu diketahui orang lain ketika melakukan onani, maka mereka menyesuaikan diri untuk mencapai ejakulasi dengan cepat supaya orang lain tidak mengetahui perbuatan tersebut.

Perkara yang telah disesuaikan dengan pemikiran seseorang itu menjadikan ia sukar untuk berubah ketika mereka sudah berkahwin di masa hadapan nanti.

Ejakulasi pramatang boleh dibahagikan kepada dua jenis. Ia adalah:

1. Ejakulasi pramatang seumur hidup

Bermaksud ia mendapat perkara ini apabila mula melakukan hubungan seks dengan pasangan. Masalah jenis ini selalunya disebabkan selalu melakukan onani ketika zaman remajanya ataupun disebabkan kerisauan yang teruk berkenaan masalah ejakulasi pramatang.

2. Ejakulasi pramatang baru

Bermaksud pesakit sebelum ini tidak mempunyai masalah ejakulasi pramatang. Akan tetapi ia berlaku ketika meningkat umur.

Stress pada prestasi hubungan seks juga boleh menyebabkan masalah ini menjadi lebih teruk terutamanya mereka yang mengalami masalah mati pucuk ataupun tidak dapat mengekalkan ketegangan zakar pada waktu yang lama.

Ini menyebabkan seseorang itu terburu-buru untuk mencapai ejakulasi sebelum sempat pasangannya mencapai klimaks.

Ia juga mungkin disebabkan pasangannya susah untuk mencapai klimaks dengan melakukan hubungan seks tetapi lebih mudah dengan melakukan stimulasi Clitoris.



Setiap pasangan perlulah berkomunikasi kepada satu sama lain supaya setiap daripada mereka dapat mencapai klimaks dan berpuashati

ARTIKEL BERKAITAN: MATI PUCUK

Penyiasatan

Disebabkan masalah ini lebih kepada masalah psikososial, tiada penyiasatan seperti pengambilan darah dan sebagainya diperlukan.

Penyiasatan hanya diperlukan jika pesakit disyaki mengalami mati pucuk untuk mengetahui punca kepada masalah mati pucuk tersebut

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Rawatan Ejakulasi Pramatang (Cepat Pancut)

Sehingga kini tiada ubat yang diberi kebenaran oleh FDA untuk digunakan bagi merawat masalah ejakulasi pramatang. Akan tetapi perubahan dalam rutin hubungan seks dapat membantu dalam perkara ini.

1. Kaedah Picit

Perkara yang perlu dibuat adalah pasangan anda merangsang zakar hinggalah anda merasakan ingin capai kepada ejakulasi. Sebelum sampai ejakulasi, pasangan anda perlulah memicit zakar anda sehinggalah ereksi zakar tersebut menjadi lemah.

Mengikut American Urological Association, kaedah ini perlulah dilakukan sebanyak 3 kali seminggu untuk membuatkan anda dapat mengawal ejakulasi anda

Kaedah ini memerlukan beberapa minggu untuk ia betul-betul berkesan. Tetapi ia bukan 100% gerenti akan menyelesaikan masalah ini.



2. Senaman otot pelvis

Senaman otot pelvis dapat membantu dalam masalah ini. Ia juga dipanggil sebagai senaman Kegel(Kegel excercise). Untuk mengetahui bagaimana untuk melakukan senaman tersebut, anda boleh cuba untuk memberhentikan air kencing anda.

Perbuatan ini juga dipanggil sebagai mengemut atau kemut dan otot yang digunakan untuk memberhentikan air kencing tersebut adalah otot pelvis anda.

Anda boleh melakukan senaman tersebut seperti ini:

  • Ketatkan otot pelvis anda dan bilang sampai nombor 3
  • Kemudian relakskan otot tersebut dengan bilangan 3
  • Lakukan perkara ini beberapa kali dalam sehari. Idealnya adalah 10 kali dalam sehari.

Latihan otot pelvis mengambil masa beberapa minggu dan bulan untuk menunjukkan hasilnya bergantung kepada punca masalah Ejakulasi pramatang.

3. Mengurangkan kesensitifan zakar

Ia berfungsi supaya zakar tidak terlalu sensitif dan menyebabkan ejakulasi berlaku terlalu awal. Menggunakan kondom dapat mengurangkan sensitif dibahagian tersebut.

Malah terdapat kondom yang dipanggil sebagai ‘climax control condom’ dimana dalam kondom tersebut diletakkan ubat benzocaine yang berfungsi untuk mengebaskan zakar.

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:



  1. Masters WH, Johnson VE. Premature ejaculation. Human Sexual Inadequacy. Boston, Mass: Little Brown & Company; 1970. 92-115.
  2. Serefoglu EC, McMahon CG, Waldinger MD, Althof SE, Shindel A, Adaikan G, et al. An evidence-based unified definition of lifelong and acquired premature ejaculation: report of the second International Society for Sexual Medicine Ad Hoc Committee for the Definition of Premature Ejaculation. J Sex Med. 2014 Jun. 11 (6):1423-41.
  3. Buvat J. Pathophysiology of premature ejaculation. J Sex Med. 2011 Oct. 8 Suppl 4:316-27.
  4. Mayo Clinic Staff. (2018). Premature ejaculation.
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

nineteen − 3 =