Skip to content

Hipertiroid: Simptom, Punca dan Cara Rawatan

Hipertiroid merupakan salah satu masalah yang sering kali diperkatakan di Malaysia. Terutamanya jika seseorang itu mempunyai mata yang terjegil(terbuka besar) dan juga benjolan di bahagian leher. Dia mungkin mengalami masalah hipertiroid.

Istilah perubatan

Goiter: Pembengkakan pada kalenjar tiroid
Nodul: Benjolan pada tisu
Autoimun: masalah dimana sel pertahanan badan menyerang sel badan sendiri

Masalah Hipertiroid

Hipertiriod adalah masalah kesihatan yang melibatkan penghasilan hormon thyroid yang berlebihan daripada kalenjar thyroid. Peningkatan hormon thyroid akan menyebabkan ubahsuai pada sistem badan dan ia menghasilkan beberapa simptom dan masalah daripada perkara tersebut.



Simptom inilah yang dikatakan sebagai masalah hipertiroid

Kalenjar tiroid adalah berbentuk seperti rama-rama dan terletak dibahagian hadapan leher. Dua hormon yang terhasil daripada kalenjar thyroid adalah hormone thyroxine(T4) dan juga triiodothyronine(T3) dan majoriti hormon yang dihasilkan adalah hormon thyroxine.

Beberapa keadaan yang selalu menyebabkan masalah hipertiroid adalah :

  1. Toksik goiter secara keseluruhan(Diffuse toxic goiter)- sebagai contoh penyakit Graves(Graves Disease)
  2. Toksik goiter yang mempunyai banyak nodul(Multinodular goiter)
  3. Toksik goiter yang mempunyai satu nodul(Toxic adenoma)

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Fisiologi tiroid

Penghasilan hormon thyroxine dipengaruhi oleh satu hormon lain yang dikenali sebagai hormon perangsang tiroid(Thyroid stimulating hormone). Hormon perangsang ini dihasilkan oleh satu struktur di bahagian otak yang dikenali sebagai kalenjar pituitari.

Hormon perangsang ini akan menyebabkan satu reaksi berlaku pada sel tiroid dan ia akan menyebabkan penghasilan hormon thyroxine. Oleh itu jika hormon perangsang itu dihasilkan secara berlebihan, ia juga akan menyebabkan penghasilan hormon thyroxine yang berlebihan.



Tetapi badan kita mempunyai satu mekanisma untuk menghalang penghasilan hormon perangsang secara berlebihan. Iaitu ketika mana hormon thyroxine menjadi tinggi, ia akan dikesan oleh kalenjar pituitari. Kalenjar pituitari sendiri akan mengurangkan penghasilan hormon perangsang tiroid jesteru mengurangkan penghasilan hormon thyroxine

Mekanisma ini akan mengelakkan seseorang itu mempunyai hormon tiroid yang tinggi. Kecuali jika ia mempunyai masalah yang lain

Simptom

Pesakit yang mempunyai masalah hipertiroid akan mengalami simptom yang sama ketika saraf sympathetic diaktifkan. Simptom-simptom hipertiroid adalah:

Saraf sympathetic merupakan salah satu saraf yang dikawal oleh badan secara automatik tanpa seseorang sedar. Ia akan diaktifkan ketika mana seseorang itu merasa terancam sehingga mana wujud dalam dirinya samada perasan untuk melarikan diri ataupun untuk melawan. Oleh itu, saraf sympathetic akan menyediakan badan untuk melakukan perkara tersebut.

Pesakit hipertiroid juga akan mempunyai tanda-tanda seperti

  • Denyutan nadi yang laju
  • Tekanan darah tinggi
  • Pandangan mata yang seolah-olah sedang terbelalak
  • Tangan yang menggelatar secara halus
  • Reflex yang berlebihan(hyperreflexia)
  • Keadaan otot yang lemah
  • Berat badan yang berkurangan
  • Pesakit yang sudah berumur selalunya akan mengalami masalah rentak jantung yang tidak normal.

Periksa Simptom anda Di Sini

Bagaimana Hipertiroid berlaku?

Seperti yang telah diterangkan di atas bahawa terdapat satu mekanisma yang mengawal penghasilan hormon thyroxine supaya ia tidak dihasilkan secara berlebihan.

Tetapi terdapat keadaan dimana mekanisma itu dikacau oleh faktor luar. Sebagai contoh dalam penyakit Graves(graves disease), multinodular goiter, pituitary adenoma dan sebagainya



1. Penyakit Graves(graves disease)

Di dalam penyakit graves, satu antibodi terhasil untuk menentang reseptor yang terletak pada sel tiroid. Ketika mana ia melekat pada reseptor tersebut, ia akan menyebabkan sel tiroid tersebut menghasilkan lebih banyak hormon thyroxine.

Boleh dikatakan penyakit graves adalah salah satu penyakit autoimun dimana badan menghasilkan antibodi untuk melawan sel normal di dalam badan. Tetapi dalam penyakit Graves, antibodi tersebut menyerang reseptor pada bahagian sel tiroid dan kesannya adalah penghasilan hormon tiroid secara berlebihan.

Ini adalah salah satu gangguan luar yang berlaku dan merosakkan mekanisma kawalan hormon tiroid. Hasilnya, hormon thyroxine dalam darah akan meningkat dan menyebabkan simptom-simptom hipertiroid. Manakala, hormon perangsang tiroid pula akan berkurangan hormon thyroxine akan merencat rembesan hormon perangsang di kalenjar pituitari.

Oleh itu, dalam penyakit Graves, bacaan hormon thyroxine akan tinggi tetapi bacaan hormon perangsang tiroid akan rendah

2. Goiter berserta satu nodul ataupun mempunyai nodul yang banyak

Dalam kes ini, sel tiroid sendiri membesar dan menghasilkan hormon tiroid yang lebih banyak. Ia tidak berlaku pada keseluruhan kalenjar tiroid tetapi hanya berlaku pada satu-satu kawasan sahaja.

Selalunya leher pesakit akan kelihatan mempunyai benjolan disebabkan perkara tersebut.



3. Pituitary Adenoma

Terdapat keadaan dimana kalenjar pituitari membesar dan menghasilkan hormon perangsang tiroid dengan lebih banyak. Keadaan tersebut dinamakan sebagai pituitary adenoma. Hormon perangsang tiroid yang tinggi akan menyebabkan kalenjar tiroid menghasilkan hormon thyroxine dengan lebih banyak.

Oleh itu, keadaan ini akan menyebabkan kedua-dua bacaan hormon thyroxine dan juga hormon perangsan tiroid tinggi.

Bacaan-bacaan yang berbeza ini akan memberitahu para doktor lokasi sebenar masalah hipertiroid tersebut. Adakah ia berpunca daripada kalenjar tiroid itu sendiri, kalenjar pituitari ataupun disebabkan pekara lain.

Punca hipertiroid

Faktor genetik telah menunjukkan kaitannya dengan masalah hipertiroid. Penyakit autoimun yang melibatkan tiroid termasuk keradangan tiroid Hasihmoto(Hashimoto’s Thyroiditis) dan penyakit graves selalunya berlaku di kalangan ahli keluarga mereka. Oleh itu, ahli keluarga yang mempunyai masalah ini akan mempunyai faktor risiko untuk menghadapi perkara yang sama.

Tetapi ia juga boleh disebabkan perkara lain seperti mereka yang kekurangan pengambilan makanan yang mengandungi unsur iodin. Sebagai contoh orang yang tinggal di pergunungan.

Iodin sangat penting dalam penghasilan hormon thyroxine. Kekurangannya akan memaksa kalenjar thyroid cuba menghasilkan hormon thyroxine yang lebih. Tetapi ia terbantut dan disimpan di dalam kalenjar tiroid kerana ia kekurangan unsur iodin tersebut. Ini akan menyebabkan kalenjar tiroid menjadi bengkak dan mempunyai ketulan.

Jika pesakit tersebut berpindah pada kawasan yang mempunyai makanan tinggi iodin, iodin tersebut akan diserap dalam kalenjar pituitari dan menyebabkan rembesan hormon tiroid yang banyak. Pesakit ini selalunya akan mengalami masalah hipertiroid jika dia berpindah pada kawasan yang mempunyai unsur iodin yang tinggi di dalam makanan.



Prognosis

Pesakit hipertiroid mempunyai beberapa jenis rawatan sebagai contoh terapi radioaktif iodin, pengambilan ubat hormon anti-tiroid dan juga pembedahan untuk buang kalenjar tiroid

Pesakit hipertiroid yang disebabkan goiter dan juga penyakit graves(graves disease) selalunya akan menyebabkan komplikasi kepada pesakit. Ini kerana pesakit tersebut akan mengalami masalah hipertiroid yang lama. Bagi pesakit ini, rawatan terapi radioaktif iodin atau pembedahan adalah lebih sesuai

Sebagai tambahan, mereka yang mengambil terapi radioaktif iodin akan menyebabkan kematian sel tiroid pada kalenjar tiroid meninggalkan minoriti daripada sel tersebut. Ia akan menyebabkan aras hormon tiroid semakin menurun.

Jika pesakit, mempunyai kekurangan hormon tiroid selepas terapi tersebut, doktor akan memberikan ubat thyroxine untuk meningkatkannya pada paras yang normal semula

Diagnosa-diagnosa lain

Beberapa diagnosa yang selalu dikaitkan dengan simptom hipertiroid adalah:

  • Goiter
  • Penyakit Graves
  • Struma Ovari
  • Pheochromocytoma

Ujian Pemeriksaa

Terdapat beberapa ujian yang boleh dilakukan untuk mengesahkan dan juga mengesan punca kepada masalah ini. Ia adalah

1. Pengesahan Masalah Hipertiroid

Untuk mengesahkan seseorang itu mengalami masalah hipertiroid adalah mudah. Ini kerana ia melibatkan pengambilan darah untuk melihat bacaan hormon thyroxine sahaja.



Jika bacaan hormon thyroxine tinggi, maka seseorang itu akan dikatakan mempunyai masalah hypertiroid

2. Penyiasatan untuk melihat punca hipertiroid

Masalah hipertiroid boleh disebabkan beberapa perkara seperti:

  • Penyakit Graves: Disebabkan masalah autoimun. Iaitu sel pertahanan badan menyerang sel tiroid
  • Toksik goiter: Iaitu pembesaran kalenjar tiroid yang menyebabkan peningkatan hormon tiroid secara automatik
  • Adenoma pituitari: Iaitu pembesaran kalenjar pituitari di otak yang menyebabkan peningkatan hormon perangsang tiroid.

Oleh itu, beberapa penyiasatan perlu dilakukan untuk mengenalpasti punca masalah hipertiroid tersebut

3. Hormon perangsang tiriod

Hormon perangsang tiriod(thyroid stimulating hormone) adalah hormon yang berasal daripada kalenjar pituitari di otak. Ia berfungsi untuk merangsang thyroid untuk menghasilkan hormon tiroid.

Tetapi di dalam masalah adenoma pituitari, kalenjar pituitari mengalami pembesaran dan menghasilkan lebih banyak hormon perangsang tiroid. Hormon itu akan merangsang kalenjar tiroid untuk menghasilkan lebih banyak hormon tiroid dan ia menyebabkan simptom hipertiroid.

Jika bacaan hormon perangsang tiroid tinggi beserta bacaan hormon thyroxine yang tinggi, ia menunjukkan bahawa masalah tersebut adalah berasal daripada kalenjar pituitari. Oleh itu, doktor boleh melakukan penyiasatan yang lain seperti CT-Scan ataupun MRI otak untuk melihat masalah pada pituitari pula



4. Kajian antibodi yang menyerang kalenjar tiroid

Pengambilan sampel darah untuk melihat bacaan antibodi yang menyerang tiroid adalah penting untuk mengetahui sama ada pesakit mempunyai masalah autoimun seperti penyakit graves ataupun tidak.

Bacaan yang kita selalu ambil adalah Anti-TPO(thyroid peroxidase) dan juga immunoglobulin perangsang thyroid(Thyroid-stimulating immunoglobulin). Kedua-dua bacaan ini selalunya tinggi jika seseorang itu mempunyai penyakit Graves.

5. Scintigraphy

Dalam penyiasatan ini, isotop iodin iaitu unsur iodine yang mampu mengeluarkan radiasi dalam kadar yang rendah akan digunakan.

Iodin ini akan diserap oleh kalenjar tiriod kerana dalam penghasilan hormon thyroxine, ia memerlukan unsur iodin. Selepas beberapa jam, tiroid akan diimbas menggunakan satu mesin pengimbas khas untuk mengesan radiasi daripada unsur iodin tersebut.

Mesin tersebut akan dapat mengesan dimanakah unsur iodin itu berada ataupun berkumpul. Di dalam masalah goiter yang mempunyai banyak nodul, mesin pengimbas tersebut akan mendapati terdapat beberapa tempat pada kalenjar tiroid yang terang menunjukkan pesakit mempunyai multinodular goitre

Jika ia menunjukkan satu fokus sahaja pada kalenjar tiroid tersebut, maka ia bermaksud pesakit mempunyai goiter yang hanya ada satu nodul sahaja



Rawatan

Rawatan masalah hipertiroid adalah termasuk untuk mengurangkan simptom, ubat anti-tiroid, terapi radioaktif iodin dan juga pembedahan untuk membuang kalenjar tiroid(thyroidectomy).

1. Mengurangkan simptom

Pesakit hipertiroid selalunya mempunyai masalah berdebar-debar dan tekanan darah yang tinggi. Untuk mengurangkan simptom ini, selalunya doktor akan memberikan ubat jenis Beta-blocker.

Ubat beta-blocker akan bertindak pada receptor beta dan ia akan mengurangkan denyutan nadi jesteru mengurangkan sekali perasaan berdebar-debar pada pesakit.

Contoh ubat beta blocker yang selalu diberikan adalah Propanolol.

2. Ubat Anti-tiroid

Ubat anti-tiroid terdiri kepada dua jenis iaitu Carbimazole dan juga Propylthiouracil. Penggunaan ubat anti-tiroid perlu diikuti dengan pengambilan bacaan hormon thyroxine selepas beberapa bulan. Ia perlu dilakukan supaya dose ubat tersebut boleh diubah suai mengikut bacaan hormon thyroxine pesakit.

Pesakit yang tidak mempunyai sebarang masalah selalunya akan diberikan ubat carbimazole. Tetapi pesakit yang sedang mengandung atau merancang untuk mengandung adalah lebih sesuai untuk diberikan ubat propylthiouracil. Ini kerana terdapat kajian yang mengatakan pengambilan ubat carbimazole pada awal kandungan boleh menyebabkan beberapa komplikasi pada bayi.

Ketika mengambil ubat ini, doktor perlulah mengambil bacaan fungsi hati secara berkala kerana sesetangah pesakit mengalami masalah hati setelah mengambil ubat tersebut

3. Terapi Radioaktif iodin

Dalam terapi ini, unsur iodin yang mampu mengeluarkan radiasi akan digunakan. Terapi ini selalunya digunakan oleh pesakit yang mempunyai masalah Graves disease. Kebolehan iodin untuk mengeluarkan radiasi tersebut akan menyebabkan kematian sel pada kalenjar tiroid. Oleh itu, penghasilan hormon pada kalenjar tiroid akan mengalami pengurangan.

Selepas rawatan ini, sesetengah pesakit akan menghasilkan hormon tiroid pada aras yang normal. Tetapi jika bacaan hormon tiroid pada aras yang rendah, pesakit akan diberikan ubat thyroxine untuk meningkatkan bacaan hormon tiroid dalam badan.

4. Pembedahan

Pembedahan untuk mengeluarkan kalenjar tiroid merupakan salah satu rawatan hipertiroid yang terlama. Disebabkan keberkesanan ubat anti-tiroid dan juga terapi radioaktif iodin, pembedahan tiroid hanya dilakukan dalam keadaan tertentu sahaja sebagai contoh untuk:

  • Masalah hipertiroid yang teruk dalam kanak-kanak
  • Perempuan mengandung yang mempunyai masalah pengambilan ubat anti-tiroid
  • Pesakit yang menolak rawatan terapi radioaktif iodin

Selalunya pesakit yang telah melakukan pembedahan tiroid akan mengalami kekurangang hormon tiroid. Oleh itu, pesakit selalunya akan diberikan ubat thyroxine untuk meningkat hormon thyroxine di dalam badan

Bacaan seterusnyaHipotiroidSystemic Lupus Erythecmatosus

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Davies TF, Larsen PR. Thyrotoxicosis. Larsen PR et al, eds. Williams Textbook of Endocrinology. 10th ed. Philadelphia: Saunders; 2003. 374-421
  2. Mittra ES, Niederkohr RD, Rodriguez C, El-Maghraby T, McDougall IR. Uncommon causes of thyrotoxicosis. J Nucl Med. 2008 Feb. 49(2):265-78
  3. Nakabayashi K, Shirasawa S. Recent advances in the association studies of autoimmune thyroid disease and the functional characterization of AITD-related transcription factor ZFAT. Nihon Rinsho Meneki Gakkai Kaishi. 2010. 33(2):66-72
  4. Hollowell JG, Staehling NW, Flanders WD, Hannon WH, Gunter EW, Spencer CA, et al. Serum TSH, T(4), and thyroid antibodies in the United States population (1988 to 1994): National Health and Nutrition Examination Survey (NHANES III). J Clin Endocrinol Metab. 2002 Feb. 87(2):489-99.
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

17 + 17 =