Skip to content

Biji Aprikot: Rawatan Kanser atau membunuh

Biji Aprikot yang segar akan berwarna putih dan berubah menjadi warna coklat ketika ia kering. Terdapat beberapa produk yang menggunakan bahan ini dalam penghasilan kosmetik perubatan dan juga minyak.

Bijinya menggandungi protein, serat dan kandungan minyak yang tinggi. Minyak yang terhasil daripada biji ini boleh digunakan sebagai minyak masak

Boleh ke biji Aprikot digunakan untuk rawatan kanser?

Terdapat beberapa individu yang mengatakan bahawa biji aprikot baik untuk kesihatan malah dapat mengubati kanser.



Mungkin perkara ini berdasarkan satu kajian ke atas satu kompaun yang tinggi di dalam biji aprikot itu sendiri iaitu kompaun amygladin. Kajian ini dilakukan pada tahun 2012 dimana ia menunjukkan sel kanser hati boleh mati ketika mana kompaun ini digunakan.

Tetapi perlu diketahui bahawa kajian ini masih diperingkat makmal lagi. Tiada lagi kajian pada manusia menunjukkan bahawa kanser boleh sembuh dengan menggunakan kompaun tersebut. Malah di dalam kompaun itu juga mengandungi Sianida yang boleh meracuni tubuh badan seseorang manusia. Kesan yang paling teruk daripada keracunan tersebut adalah manusia itu boleh mati.

Apakah itu Amygladin?

Ia merupakan salah satu kompaun yang secara semula jadi berada di dalam biji aprikot. Ia juga dijumpai pada biji benih tumbuhan yang lain seperti buah epal, ceri dan beberapa jenis buah yang lain.

Amygdalin adalah cyanogenic glycoside dimana apabila seseorang memakan kompaun ini, ia akan ditukarkan kepada kompaun sianida yang boleh meragut nyawa seseorang.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Keracunan Sianida

Bergantung kepada dose, kompaun sianida boleh menyebabkan simptom seperti:



Sianida menyebabkan kematian sel disebabkan dia menghalang penggunaan oksigen untuk digunakan oleh sel. Sel terutamanya pada organ jantung dan juga otak akan terjejas dahulu kerana sel inilah yang menggunakan oksigen pada kadar yang tinggi.

Centers for Disease Control and Prevention(CDC) telah menyatakan bahawa ” Biji aprikot mempunyai kompaun yang akan dimetabolismakan menjadi kompaun sainida di dalam badan”. Mereka mengganggarkan bahawa 50 hingga ke 60 biji aprikot diperlukan untuk menyebabkan kematian disebabkan kompaun ini.

Berlainan pula bagi European Foof Safety Authority(EFSA) telah menggariskan untuk tidak melebihi 3 biji aprikot setiap hari dan bagi kanak-kanak pula tidak melebihi setengah daripada biji aprikot.

Kesimpulan

Terdapat 2 kesimpulan yang kita boleh buat daripada perbincangan ini.

  1. Biji aprikot belum terbukti menyembuhkan kanser. Malah tiada pesakit yang direkodkan sembuh lagi dengan hanya menelan biji benih ini.
  2. Jika terlebih dos, anda boleh kehilangan nyawa anda.

Rujukan:

  1. Laetrile (amygdalin or vitamin B17) – Cancer Research UK
  2. Apricot kernels pose risk of cyanide poisoning -European Food Safety Society
  3. Zhou C, Qian L, Ma H, Yu X, Zhang Y, Qu W, Zhang X, Xia W. Enhancement of amygdalin activated with β-D-glucosidase on HepG2 cells proliferation and apoptosis. Carbohydr Polym. 2012 Sep 1;90(1):516-23. doi: 10.1016/j.carbpol.2012.05.073. Epub 2012 May 28.
Advertisements