Skip to content

Kanser Jantung: Punca, Simptom & Rawatan

Apakah punca kanser jantung? Artikel ini akan membincangkan punca, simptom dan rawatan kepada masalah kanser ini.

Pengenalan

Kanser jantung bukanlah perkara yang selalu didengari seperti kanser –  kanser lain. Kebanyakan hospital melaporkan kurang daripada satu kes kanser jantung setiap tahun. Jadi mengapa ketumbuhan tidak normal pada jantung sangat jarang berlaku?

Kita haruslah memahami sedikit mengenai cara kanser terjadi. Sel – sel kanser mendapat keupayaan untuk menjadi tumor atau ketumbuhan melalui proses pembahagian dan jumlah sel – sel tersebut bertambah secara mendadak. Sel-sel kanser menjadi masalah apabila mereka mula membahagi secara tidak terkawal dan mengambil alih serta tumbuh di tempat yang tidak sepatutnya.



Di dalam badan kita, sel – sel tahu masa untuk berhenti membahagi dan bertambah berdasarkan arahan di dalam DNA yang terdapat dalam setiap sel. Tetapi tidak seperti sel dalam organ lain, sel jantung kita telah tamat membahagi semasa kita dalam perut ibu kita lagi iaitu semasa kita menjadi janin.

Kadang-kadang-tetapi tidak selalu-tumor boleh terbentuk dalam janin semasa sel-sel ini masih boleh untuk membahagikan. Sebaik sahaja kita dilahirkan, sel-sel jantung kita berhenti membahagi. Walaupun ada kemungkinan kecil terdapatnya sel – sel tumor semasa kita dalam kandungan ketika sel jantung masih lagi membahagi, selalunya sel – sel tersebut berhenti membahagi semasa kita dilahirkan.

Kebanyakan sel jantung kita diperbuat daripada sel – sel otot, yang tidak sama pembahagiannya berbanding dengan sel – sel lain. Kerana sangat sedikit pembahagian sel berlaku di dalam jantung, sel-sel yang bermasalah adalah lebih kurang berkemungkinan berubah menjadi pertumbuhan kanser. Jadi ya, anda boleh mendapat kanser jantung.

Tetapi ia sangat jarang berlaku, dan sama ada bermula di tempat lain dalam badan dan merebak ke jantung melalui aliran darah, atau dalam sesetengah kes, tumbesaran janin yang terganggu boleh menyebabkan perkembangan jantung yang tidak normal. 

Punca dan faktor risiko

Apakah punca kanser jantung? Angiosarkoma adalah sejenis ketumbuhan tidak normal jenis tisu lembut  yang jarang berlaku namun agresif, menyebabkan 9 daripada 10 kanser utama pada orang dewasa. Punca angiosarkoma adalah tidak diketahui, namun radiasi serta penglibatan beberapa jenis toksin mungkin memainkan peranan. Kanser jantung jenis lain juga boleh berlaku di tempat lain seperti di saluran besar jantung yang mengepam darah ke seluruh badan iaitu aorta, ataupun di saluran arteri ke paru – paru.



Selain dari angiosarkoma, kanser ini juga boleh disebabkan kanser daripada kawasan yang lain merebak dan melekatkan diri di bahagian –  bahagian jantung. Kanser jenis ini adalah 30 hingga 40 kali lebih kerap berlaku dan boleh merebak dari organ lain, kulit, paru – paru, sistem limfa ataupun sistem peredaran darah. 

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Peranan genetik dan pewarisan kanser jantung.

Jika seseorang itu terkesan dan mendapat angiosarkoma, ahli keluarga yang lain mungkin boleh juga terkesan secara langsung ataupun tidak langsung melalui anak mereka yang mungkin mewarisi masalah atau gen yang terkesan. Walaupun begitu, disebabkan kes yang terlalu sedikit, kajian mengenai genetik kanser jantung ini masih lagi dalam perkembangan.

Saintis mencadangkan bahawa kanser ini mungkin berkaitan dengan mutasi (perubahan tidak normal) dalam gen yang dipanggil Gen Perlindungan Protein Telomeres 1 (POT1). Ibu bapa yang mengalami mutasi gen ini boleh mewariskannya kepada anak-anak mereka.

Faktor – faktor risiko dan punca kanser jantung

Sama seperti yang disebutkan sebelum ini, kanser ini lebih kerap berlaku apabila sel – sel kanser di tempat lain merebak ke jantung. Oleh itu, adalah mudah untuk difahami bahawa risiko – risiko kanser di bahagian badan yang lain dapat meningkatkan risiko untuk mendapat kanser jantung. Antara faktor – faktor risiko yang diketahui adalah :

  • Ahli keluarga yang mempunyai sejarah kanser jantung.
  • Merokok
  • Terdedah kepada cahaya matahari terlalu lama.
  • Jika menghidapi kanser –  kanser lain seperti kanser paru – paru, kanser payudara, kanser serviks, kanser kolon.

Simptom

Kebanyakan pesakit dengan kanser ini tidak mempunyai gejala. Tetapi jika ada, gejala kanser jantung sering mempinyai sistem kansernunata keadaan jantung yang lain, menjadikan perkara ini satu cabaran untuk mendapatkan diagnosis kanser jantung. Bergantung pada lokasi tumor, saiz, dan kadar pertumbuhan, pesakit mungkin mempunyai:

  1. Kegagalan jantung
  2. Bunyi jantung yang tidak normal (Murmur)
  3. Berdebar-debar, degupan jantung yang cepat, ketidaksamarataan degupan jantung.
  4. Sesak nafas atau kesukaran bernafas terutama apabila melakukan pekerjaan
  5. Masalah pernafasan apabila menukar posisi atau baring
  6. Episod pengsan yang kerap atau kerap pening.
  7. Sakit dada atau sesak dada

Oleh sebab simptom-simptom kanser ini adalah sangat serupa dengan simptom-simptom penyakit lain, anda dinasihatkan agar berjumpa dengan doktor untuk mengesahkan kanser jantung.

Ujian pemeriksaan dan diagnosa

Untuk kanser jantung selalunya mula terjadi sebelum seseorang itu dilahirkan. Selalunya mungkin untuk mengesan tumor lebih awal, kadangkala sebaik 20 minggu kehamilan, dengan menggunakan alat diagnostik seperti teknik ultrasound untuk melihat keadaan jantung janin. Walau bagaimanapun, kebanyakan tumor mungkin tidak ditemui sehingga minggu – minggu terakhir kehamilan atau selepas kelahiran.

Oleh kerana kanser ini sama seperti gejala keadaan jantung lain yang lebih biasa terjadi, diagnosis memerlukan pengimejan jantung. Satu atau lebih daripada ujian berikut mungkin digunakan untuk mendiagnosis tumor jantung:



  1. Ekokardiogram (ultrasound jantung): Gelombang bunyi digunakan melalui dada untuk menghasilkan imej jantung yang terperinci, lalu membolehkan doktor untuk menilai struktur dan aliran darah dalam jantung.
  2. MRI kardiovaskular: Menilai struktur dan fungsi jantung dan saluran darah dan menentukan jenis kanser.
  3. CT-Scan jantung: Digunakan untuk menggambarkan jantung, saluran darah dan paru-paru.
  4. X-ray dada: Menunjukkan sebarang struktur atau saiz jantung yang tidak normal lalu membawa kepada penghasilan gambaran jantung secara terperinci.
  5. Kateterisasi jantung: Ujian ini menilai sebarang penyumbatan aliran darah dari kanser dan arteri – arteri jantung yang mungkin tidak sihat.
  6. Elektrokardiogram (ECG atau EKG): Ujian ini mengukur aktiviti elektrik jantung dan mengesan ritma jantung yang tidak sekata.
  7. Monitor holter: Monitor ini adalah peranti yang boleh dibawa kemana – mana, dan sama seperti fungsi ECG, peranti ini dapat mengesan ritma jantung yang tidak normal dan mengesan irama jantung dan menilai sebarang ketidakhadiran ritma (aritmia).

Diagnosa – diagnosa lain 

Untuk mendapatkan diagnosis kanser jantung adalah satu perkara yang jarang berlaku. Oleh itu, penyakit – penyakit jantung lain mungkin menjadi diagnosis utama dahulu sebelum diagnosis dan pengenalpastian kanser jantung dapat dibuat melalui pengimejan yang secukupnya. Diagnosis lain yang mungkin dikenalpasti adalah :

  1. Thrombus – Trombosis adalah keadaan serius di mana bekuan terbentuk di dalam saluran darah (arteri) di dalam jantung anda. Ini berbahaya kerana bekuan yang terbentuk di dalam saluran darah boleh menghalang aliran darah.
  2. Hemangioma –  Hemangioma adalah pertumbuhan biasa saluran darah. Ketumbuhan ini boleh muncul di mana-mana pada badan anda, terutamanya pada muka, dada dan belakang anda, sebagai ketulan merah atau ungu. Hemangioma biasanya tidak berbahaya dan cenderung untuk sembuh sendiri. Namun jika terjadi di jantung, keadaan ini boleh menghalang saluran jantung.
  3. Limfoma – Limfoma jantung primer (PCL) adalah pertumbuhan tidak normal sel limfoid yang sangat jarang berlaku yang berasal dari jantung atau perikardium.
  4. Rhabdomyoma  – Rhabdomyoma di jantung adalah tumor yang tidak berbahaya yang terbentuk dalam otot jantung. Ia jarang berlaku, tetapi ia adalah jenis tumor jantung yang paling biasa pada bayi dan kanak-kanak. Rhabdomyoma dapat dikenal pasti dan didiagnosis dengan ultrasound janin atau melalui pengimejan jantung selepas kelahiran bayi.

Rawatan

Rawatan bagi kanser jantung adalah dalam perkembangan yang sangat awal kerana jumlah kes yang sangat sedikit. Bergantung kepada jenis kanser, rawatan berfokus kepada pengembalian fungsi jantung berserta meningkatkan kualiti hidup seseorang itu berdasarkan simptom – simpom yang mereka hadapi. 

Untuk kanser jantung yang tidak merebak (benign) tumor jantung selalunya agak besar. Oleh itu, struktur penting jantung boleh ditekan dan mengakibatkan saluran darah ke jantung tersekat. Kebanyakan jenis jantung ini, bergantung kepada saiz, tempat, dan jenis kanser adalah melalui pembedahan. Selalunya, pembedahan jantung secara terbuka perlu dilakukan dan tumor itu haruslah dibuang. Sebarang pembaikan struktur jantung haruslah dilakukan samada secara serentak ataupun melalui pembedahan berasingan.

Manakala, kanser malignan pula melibatkan rawatan radiasi, kemoterapi, dan dalam keadaan tertentu, jika ada pendermaan organ jantung, operasi pemindahan jantung haruslah dilakukan.

Komplikasi dan Prognosis

Pada waktu ini, tiada lagi rawatan definitif untuk kanser jantung, dan penyakit ini sukar untuk dirawat terutamanya jika ia merebak. Selepas rawatan, kanser in boleh muncul kembali dan mungkin merebak ke bahagian lain badan. Jika terdapat penglibatan awal daripada ibu – bapa dan doktor yang dapat mengesan kanser jantung pada kanak – kanak, prognosis yang baik dapat dipastikan untuk tumbesaran yang sihat untuk mereka.

Namun, untuk orang dewasa, purata jangka hayat selepas diagnosis kanser ini adalah kira-kira enam bulan tanpa rawatan pembedahan, dan lebih daripada setahun apabila pembedahan boleh dilakukan dengan beberapa laporan pesakit yang masih hidup beberapa tahun selepas pemotongan lengkap tumor. Perkembangan dan penyelidikan dalam bidang kanser ini adalah suatu perkara yang harus kita ambil berat.

Rujukan:

  1. Moynihan TJ (2015-03-25). “Heart cancer: Is there such a thing?”. MayoClinic.com. Retrieved 2015-06-01.
  2. Reynen, K. (2004-03-01). “Metastases to the heart”. Annals of Oncology. 15 (3): 375–381.
  3. Hoffmeier A, Sindermann JR, Scheld HH, Martens S (March 2014). “Cardiac tumors–diagnosis and surgical treatment”. Deutsches Ärzteblatt International. 111 (12): 205–11. PMC 3983698. PMID 24717305.
  4. Heart cancer: Prevalence, symptoms & management (no date) Cleveland Clinic.
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

two × 5 =