Skip to content

Menjadi Penulis

Kami daripada Laman Web The Diagnosa berbesar hati menerima mereka yang ingin menulis di Laman Web kami. Objektif kami adalah untuk mewujudkan Masyarakat Malaysia yang sihat daripada segi fizikal, mental dan juga spiritual.

Setiap artikel perlu memenuhi kriteria dibawah

  • Artikel perlu melebihi 600 patah perkataan
  • Perlu menggunakan bahasa yang mudah
  • Jika ada istilah saintifik yang digunakan, istilah tersebut perlu diterangkan dengan bahasa yang mudah
  • Perlu mengandungi subtopik untuk memudahkan pembacaan pembaca
  • Menggunakan medium bahasa melayu
  • Dilarang untuk meniru artikel penulis yang lain

Isi borang dibawah ini jika anda berminat untuk menjadi penulis The Diagnosa

Pembayaran



Setiap artikel akan diberikan imbuhan sebanyak RM20.

Kami mengetahui bahawa imbuhan ini bukanlah kadar pembayaran yang sepatutnya diterima oleh anda kerana kepakaran yang anda ada adalah sesuatu yang lebih mahal.

Tetapi ia sedikit sebanyak memberi semangat kepada penulis untuk berterusan menyumbang artikel ke laman The Diagnosa.

Pihak The Diagnosamungkin memerlukan beberapa hari untuk memproses artikel yang dihantar. Selepas itu, barulah penulis akan dibayar dengan kadar di atas.

Hak Cipta

Dari segi hakcipta, ia lebih kepada partial copyright. Kami mempunyai hak untuk menerbitkan ia dalam bentuk digital sahaja iaitu dalam Laman web The Diagnosa. Pihak The Diagnosa juga tidak akan membuang artikel daripada laman web kami tanpa sebab yang kukuh.



Nama penulis artikel akan diletakkan di dalam artikel yang ditulis.

Penulis mempunyai hak untuk membukukan penulisan yang dibuat dalam website ini.

Jika pihak The Diagnosa ingin membuat buku hasil daripada penulisan anda, maka kami akan berbincang dengan penulis terlebih dahulu untuk tujuan kebenaran dan juga perbincangan berkenaan royalti.

Akhir kata

Terima kasih kerana sudi menjadi penulis The Diagnosa

Advertisements