Skip to content

Polisi Pengiklanan dan Penajaan

Misi The Diagnosa adalah untuk menjadi salah satu wadah yang dipercayai bagi menyalurkan maklumat kesihatan kepada komuniti malah berusaha untuk membimbing masyarakat kearah kesihatan yang lebih baik.

Kami komited dalam memberikan maklumat yang tepat, mudah difahami dan diamalkan, memberi inspirasi dan juga memberi panduan untuk menjaga kesihatan anda dan juga keluarga anda.

The Diagnosa mendapat dana daripada pengiklanan, penajaan dan rakan sekutu kami. Dana ini adalah bertujuan untuk memberikan maklumat yang tepat dan juga pengalaman yang memuaskan apabila melawati laman ini. Walaupun demikian, kami tidak akan membenarkan pihak penaja merubah bahan yang telah kami tuliskan untuk kelebihan pihak penaja.



Disini kami terangkan garis panduan berkenaan pengiklanan yang kami terima


1. Pengiklanan dipilih oleh pihak kami

Kami adalah pihak yang akan menentukan jenis iklan yang boleh dipaparkan di The Diagnosa. Kami berhak untuk menolak, membatalkan dan mengeluarkan iklan daripada Laman web The Diagnosa pada bila-bila masa dan atas sebab apa sekalipun. Kami akan memberikan notis ketika mana iklan tersebut ditolak, dibatalkan ataupun dikeluarkan daripada The Diagnosa berserta penjelasan. Kami juga berhak untuk meletakkan lokasi iklan di dalam website kami.


2. Kami tidak menyokong mana-mana produk

Walaupun terdapat produk yang diiklankan pada laman web kami, dalam apa jua keadaan, penerimaan kami terhadap mana-mana iklan tidak boleh dianggap sebagai pengendorsan produk dan / atau perkhidmatan yang diiklankan, atau bagi syarikat yang mengilang, mengedarkan, atau mempromosikan produk atau perkhidmatan tersebut.


3. Kami tidak akan menerima beberapa jenis iklan.

Kami tidak akan menerima pengiklanan yang mempunyai maklumat yang tidak tepat dan/atau pada pendapat kami boleh memberi kesan buruk pada pengguna. Pengiklanan ubat-ubatan hanyalah bagi kegunaan yang telah disahkan oleh ‘Food and Drug Administration'(FDA).

The Diagnosa tidak akan membenarkan pengiklanan yang melibatkan produk/perkhidmatan yang berbahaya, tidak berdaftar ataupun yang tidak boleh diterima penggunaannya. Pengiklanan juga tidak boleh mengandungi penipuan, bahan yang boleh menyebabkan salah faham, menghina atau menyerang individu atau kumpulan yang merujuk kepada umur, asal, bangsa, agama, seks ataupun sebarang kecacatan.



Iklan juga tidak boleh mempromosi penggunaan alkohol, bahan tembakau, senjata api, bahan porno ataupun bahan yang berkaitan dengan berita yang cemas.


4. Bahagian ‘Temujanji’ perlu mengikut Panduan Pengiklanan untuk Kemudahan Dan Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan

Bahagian temujanji adalah untuk memudahkan para pelawat laman web The Diagnosa untuk merujuk kepada klinik berdekatan. Bahagian ini akan mengikuti Garis Panduan Pengiklanan untuk Kemudahan dan Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan.

Ditulis oleh Team The Diagnosa. Dikemaskini pada 19/1/2019

Advertisements