Kulit jeragat adalah tompokan hitam(pigmentasi) pada bahagian kulit. Masalah ini juga dipanggil sebagai melasma.
Mengikut ‘American Academy of Dermatology, lebih 90% mereka yang mengalami masalah kulit ini adalah daripada kaum wanita
Apakah simptom kulit jeragat?
Kulit jeragat atau melasma ini adalah punca kepada tompok hitam dibahagian kulit. Selalunya ia berlaku dibahagian muka dan simetri. Bermaksud ia akan berlaku pada kedua-dua belah bahagian muka secara sekata.
Bahagian badan yang selalu terdedah kepada matahari juga lebih mudah mengalami masalah kulit ini.
Tompok hitam itu selalu berlaku pada:
- Bahagian pipi
- Dahi
- Hidung dan juga,
- Dagu
Ia juga boleh berlaku pada bahagian leher dan lengan.
Tompok hitam ini tidak mendatangkan masalah pada manusia, tetapi ia membuatkan seseorang itu tidak selesa dengan penampilan diri mereka.
Punca dan faktor risiko kepada masalah jeragat
Setakat ini tidak dapat dikenalpasti punca sebenar kepada masalah ini. Tetapi mereka yang memiliki kulit yang gelap lebih berisiko menghadapi masalah ini.
Penggunaan pil perancang dan juga terapi gantian hormon untuk mereka yang sudah menopause juga boleh meningkatkan kebarangkalian menghadapi masalah ini.
Selain daripada itu, wanita yang mengandung juga selalunya akan mengalami masalah ini. Disebabkan perkara ini, para pengkaji merasakan masalah ini adalah berpunca daripada hormon yang terdapat di dalam wanita iaitu estrogen dan juga progesteron.
Sebagai tambahan, pendedahan kepada cahaya matahari juga menjadi salah satu faktor risiko untuk seseorang itu menghadapi masalah ini.
Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini
Apakah rawatan Kulit jeragat?
Selalunya masalah kulit jeragat ini akan hilang dengan sendirinya terutamanya jika ia berpunca daripada kehamilan ataupun pengambilan ubat perancang keluarga.
Anda juga disarankan untuk mengelakkan diri daripada duduk dibawah sinaran matahari dalam satu jangka masa yang lama supaya masalah ini reda.
Tetapi jika masalah itu masih berterusan, anda boleh berjumpa dengan doktor pakar kulit untuk membantu anda dalam rawatan masalah ini.
Terdapat cara rawatan krim dan juga laser yang boleh diberikan oleh pakar kulit.
Menyesuaikan diri dengan kulit jeragat
Disebabkan tidak semua kulit jeragat dapat dirawat dengan sepenuhnya, maka terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan oleh mereka yang menghadapi masalah ini supaya penampilannya terjaga dan masalah tersebut tidak semakin teruk.
Perkara tersebut adalah:
- Menggunakan mekap untuk menutup kawasan tompok hitam tersebut
- Menggunakan krim pelindung matahari
- Menggunakan topi ketika berada diluar untuk melindungi muka daripada terkena sinaran matahari
Artikel berkaitan: Sopak
Rujukan:
- Melasma. (n.d.). American Academy of Dermatology
- Melasma: Who gets and causes (n.d.). American Academy of Dermatology