Skip to content

Penyakit Kusta: Punca, Simptom dan Rawatan

Penyakit Kusta dikenali sebagai Leporsy dalam istilah perubatan. Nama lain baginya pula adalah ‘Hansen’s Disease’.

Ia merupakan jangkitan bakteria yang dikenali sebagai Mycobacterium leprae. Jangkitan ini berlaku pada bahagian saraf dan ia menyebabkan fungsi saraf tersebut berkurangan. Pesakit selalunya akan merasa kebas pada kawasan kulit yang dijangkiti bakteria ini.

Penyakit kusta merupakan salah satu penyakit tertua pernah direkodkan dalam dunia. Ada catatan yang mengatakan manusia telah mula mengalami penyakit ini 600 tahun sebelum tahun masihi.

Simptom dan Tanda Penyakit Kusta



Beberapa tanda utama penyakit ini adalah:

  • Kaki atau tangan menjadi lemah atau lumpuh
  • Kebas pada tangan dan juga kaki
  • Terdapat tompok putih pada bahagian badan yang mengalami masalah ini.

Masalah kulit ini akan menyebabkan deria seperti sentuhan, suhu dan sakit hilang. Oleh itu, jika anda cucuk dengan jarum pada bahagian kulit ini, pesakit tidak akan merasa sebarang kesakitan.

Periksa Simptom anda Di Sini

Cara Jangkitan

Penyakit ini merebak kepada orang lain melalui bendalir badan pesakit sebagai contoh daripada hingus ataupun titisan air yang terhasil apabila individu tersebut bersin ataupun batuk.

Penyakit ini tidaklah mudah berjangkit seperti penyakit demam campak dan chicken pox. Tetapi jika seseorang itu selalu berjumpa dengan pesakit kusta, ia boleh menyebabkan individu tersebut mengalami jangkitan kusta.



Bakteria kusta ini sangat lambat membiak/membahagi. Pesakit mungkin akan mengalami simptom kusta tersebut 5 tahun selepas terdedah dengan penyakit ini.

Bahkan ada yang tidak mempunyai sebarang simptom selama 20 tahun.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Jenis-jenis penyakit kusta

Terdapat 2 jenis penyakit kusta seperti mana yang telah dikategorikan oleh WHO. Kategori tersebut adalah:

  1. Paucibacillary: Terdapat 5 atau kurang tompok putih/merah disebabkan kusta. Sampel kulit pula tidak menemukan kuman kusta(Mycobacterium leprae).
  2. Multibacillary: Terdapat lebih 5 tompok putih/merah disebabkan kusta dan di dalam sampel kulit pula terdapat kuman kusta.

Ujian Pemeriksaan

Pesakit perlulah mempunyai kriteria ini sebelum disahkah mengalami penyakit kusta. Ia adalah:

  • Satu atau lebih tompok putih/merah pada kulit bersama kurangnya atau hilang deria rasa dikawasan kulit yang terlibat.
  • Penebalan atau rasa sakit di kawasan
  • Kehadiran bakteria kusta melalui ujian calitan kulit ataupun melalui biopsi kulit

Oleh itu, pesakit perlu menjalani beberapa jenis ujian iaitu:

  1. Ujian calitan torehan kulit dimana sedikit sampel akan diambil daripada kawasan kulit yang terlibat dan kehadiran bakteria kusta akan dilihat dibawah mikroskop
  2. Biopsi kulit pula melibatkan pengambilan sampel kulit yang lebih banyak dan kehadiran bakteria kusta akan dilihat melalui mikroskop
  3. Jika kedua-dua ujian di atas tidak dapat mengesahkan kehadiran bakteria kusta, makan ujian Polymerase Chain Reaction perlu dilakukan untuk mengesan genetik kuman tersebut.

Rawatan Penyakit Kusta

Rawatan untuk penyakit kusta adalah dengan mengambil antibiotik yang sesuai untuk membunuh bakteria tersebut.

Tiga kombinasi antibiotik yang selalu digunakan adalah:

  • Rifampicin
  • Dapsone
  • Clofazimine

Jika pesakit mengalami penyakit kusta jenis Paucibacillary, pesakit perlulah mengambil ubat ini selama 6 bulan.



Jika ia jenis multibacillary, pesakit perlu mengambil ubat ini selama 12 bulan.

Komplikasi

Terdapat beberapa komplikasi yang boleh berlaku jika rawatan lambat dimulakan kepada pesakit ini. Ia adalah:

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Gaschignard J, et al. (2016). Pauci- and multibacillary leprosy: Two distinct, genetically neglected diseases.
  2. Manual Pengurusan Kusta Kebangsaan, Edisi kedua, 2014. Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia.
  3. Leprosy. (2018). – WHO
  4. Leprosy. (n.d.). Raredisease
  5. Leprosy (Hansen’s disease). (n.d.). – Medical Guidelines
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

3 × four =