Skip to content

Darah Haid Sedikit: Punca, Simptom dan Rawatan

Kenapa darah haid sedikit?

Dalam artikel ini kami akan membincangkan punca dan juga rawatan yang boleh dilakukan untuk membantu mereka yang mengalami masalah darah haid sedikit


Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruh pengaliran darah haid dan menyebabkan ia sedikit. Berat badan, senaman dan stres kesemua ini boleh menyebab masalah ini berlaku.



Darah haid yang sedikit selalunya tidak menyebabkan kerisauan kepada seseorang. Kebanyakan wanita merasakan bahawa kuantiti darah tersebut berubah-ubah dari bulan ke bulan yang lain. Oleh itu, ada beberapa bulan yang darahnya mungkin dihasilkan dalam kuantiti yang sedikit. Kemudian, ia menjadi normal semula

Simptom Darah Haid Sedikit


Setiap orang menghasilkan kuantiti darah haid yang berbeza-beza. Ada yang banyak dan ada yang sedikit. Oleh itu, wanita tersebut sahaja dapat merasakan perubahan kuantiti darah haid yang terhasil daripadanya.

Wanita selalunya akan mempunyai mengadu simptom ini:

  • Tempoh datang haid itu lebih pendek berbanding sebelum ini
  • Tidak perlu menukar pad dengan kerap berbanding biasa
  • Tidak mempunyai pendarahan yang banyak pada hari pertama dan kedua
  • Pendarahan lebih kepada tompok pada pad berbanding pendarahan yang berterusan.

Periksa Simptom anda Di Sini

Punca Darah Haid Sedikit


Terdapat beberapa faktor yang akan menyebabkan masalah ini berlaku



1. Usia

Kuantiti darah haid akan berubah-ubah dengan usia seseorang. Pada awal akil baligh, selalunya ada tompok-tompok darah sahaja ketika datang haid. Ia akan menjadi semakin banyak ketika usia meningkat pada 20 hingga 30 tahun.

Pada umur 30 hingga 40 tahun, mereka akan mempunyai haid yang lebih ringan dan sekejap. Sebelum menopause, period akan menjadi tidak kerap dan tidak mengikut bulan.

2. Kurang penghasilan ovum

Ada juga sesetengah wanita yang haidnya tidak teratur disebabkan ovarinya tidak menghasilakan ovum. Keadaan ini dipanggil sebagai ‘anovulation‘. Ini boleh menyebabkan darah haid yang dihasilkan sedikit dan tidak teratur.

3. Terlalu kurus

Wanita yang terlalu kurus akan perasan haidnya selalu tidak teratur malah ada bulan-bulan yang tidak datang langsung. Ini disebabkan lemak dalam badannya tidak menghasilkan hormon reproduktif yang mencukupi untuk menyebabkan penghasilan telur.

4. Kehamilan



Ketika hamil, darah haid selalunya akan berhenti sepenuhnya. Akan tetapi ada sesetengah wanita pada awal kandungannya menghasilkan sedikit darah dan darah ini dikenali sebagai ‘implantation bleeding’.

Ia disebabkan zygote yang terhasil dari persenyawaan sperma dan ovum baru sahaja menembusi dinding rahim. Oleh itu, ia menghasilkan sedikit pendarahan.

5. Penyakit

Sesetengah penyakit seperti Polycystic Ovarian Synrome(PCOS), hipertiroid atau hipotiroid boleh menyebabkan gangguan pada kitaran haid.

6. Penggunaan pil perancangan

Apabila seseorang itu mengambil pil perancang, terdapat perubahan hormon di dalam badannya menyebabkan kitaran haid sedikit sebanyak tidak teratur dan penghasilan darah haid juga akan lebih sedikit.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Faktor Risiko


Terdapat beberapa faktor risiko yang menyebabkan perkara ini lebih mudah terjadi.

Beberapa faktor risiko tersebut ialah:



  • Umur: Wanita yang baru akil baligh selalunya mengalami masalah ini
  • Menyusukan anak: Proses semula jadi ini akan menyebabkan haid lambat datang dan sedikit
  • Tekanan: Perkara ini mengganggu hormon seseorang dan menyebabkan masalah di atas berlaku

Bila perlu berjumpa doktor?


Terdapat beberapa sebab yang anda perlu berjumpa doktor jika mengalami masalah ini:

  • Sakit perut yang melampau
  • Susah untuk mendapat Zuriat
  • Tidak datang haid langsung

Rawatan


Selalunya masalah ini tidak memerlukan rawatan disebabkan ia adalah sesuatu yang normal. Ini kerana ada bulan-bulan dimana darah haid tersebut memang akan sedikit dan pada bulan hadapannya, ia menjadi normal semula.

Beberapa perkara yang anda perlu buat:

1. Catat kitaran haid pada kalendar

Apa yang anda perlu buat adalah sentiasa mencatat waktu anda datang haid selama beberapa bulan. Jika keadaan tersebut masih berterusan, anda boleh berjumpa dengan doktor untuk tujuan pemeriksaan.

Jangan lupa, bawa juga catatan haid anda itu sebagai bukti kepada doktor.

2. Dapatkan rawatan untuk penyakit ini

Doktor mungkin akan mengesan perkara ini daripada anda iaitu Polycystic Ovarian Syndrome(PCOS), Hipertiroid ataupun Hipotiroid. Jika anda mengalami penyakit seperti ini anda memang memerlukan rawatan.



Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Amenorrhea. (2017, September 6)
  2. Birth control pills: A guide for parents. (2016, June 2)
  3. Deets, C. (2016, June 12). Is this normal? Your period in your 20s, 30s, and 40s
  4. Heavy menstrual bleeding. (2017, December 20)
Advertisements

2 thoughts on “Darah Haid Sedikit: Punca, Simptom dan Rawatan”

  1. tarikh period saya lewat 3 hari , semalam saya test positif , hari ni period datang , adakh saya tudak hamil ?

    1. Jika UPT positif selalunya confirm pregnant, pendarah lepas dari itu mungkin disebabkan implantation bleeding ataupun keguguran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 × 3 =