Skip to content

16 Jenis Makanan untuk Pesakit Kencing Manis

Jika anda merupakan seorang pesakit kencing manis, ataupun mengenali seseorang yang mempunyai kencing manis, pasti anda tahu betapa sukarnya bagi mereka untuk memilih makanan dan minuman yang sesuai.

Sedangkan orang lain memilih makanan dengan bebas untuk kenyang, pesakit kencing manis pula harus berhati hati seperti memilih jalan hidup atau mati kerana jika tersalah makan buruk padahnya.

Walaupun mereka harus mengurangkan pengambilan sesetengah makanan kerana risau kadar gula naik tinggi, memilih untuk tidak makan juga adalah berbahaya kerana boleh terjadinya hypoglycemia!

Pengenalan



Memilih makanan yang sesuai dengan kencing manis anda mungkin sesuatu yang sukar. Yang penting adalah untuk mengekalkan kadar gula dalam darah di tahap yang terkawal.

Namun begitu, penting juga bagi anda untuk makan makanan yang dapat mengelakkan komplikasi kencing manis seperti penyakit jantung.

Jenis Makanan untuk Pesakit Kencing manis

Berikut merupakan jenis jenis makanan yang disarankan oleh doktor dan baik untuk kawalan gula dalam darah.

1. Ikan berlemak

Ikan yang mempunyai banyak kandungan lemak adalah antara makanan yang paling sihat. Ikan seperti salmon, sardin, herring dan ikan bilis adalah sumber omega 3 DHA dan EPA, yang mempunyai banyak khasiat terhadap kesihatan.



Pengambilan lemak jenis ini secukupnya secara konsisten penting untuk pesakit kencing manis, yang mana mereka mempunyai risiko tinggi untuk mendapat serangan jantung dan serangan angin ahmar.

DHA dan EPA melindungi sel yang melitupi saluran darah dan mengurangkan keradangan pada saluran darah. Kajian menunjukkan mereka yang mengamalkan makan ikan berlemak di atas mempunyai risiko rendah untuk mendapat kegagalan jantung. Mereka juga mempunyai jumlah lemak yang rendah.

Ikan juga merupakan sumber protein berkualiti yang mengenyangkan anda dan meningkatkan kadar metabolik badan.

2. Sayuran berdaun

Sayuran hijau berdaun sememangnya bernutrisi tinggi dan rendah kalori. Ia juga mengandungi karbohidrat yang sangat rendah, jadi risiko untuk kadar gula meningkat adalah minimal.

Sayuran seperti bayam, kale adalah sumber yang kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral termasuk vitamin C. Kajian mendapati jumlah vitamin C yang banyak dapat mengurangkan keradangan dan kadar gula dalam darah dalam pesakit kencing manis dan darah tinggi.

Tambahan pula, sayuran berdaun juga kaya dengan antioksidan lutein dan zeaxanthin. Anti oksidan ini melindungi mata anda daripada kerosakan pada macula dan katarak, iaitu komplikasi penyakit diabetes.

3. Rempah kayu manis



Rempah kayu manis sangat kaya dengan anti oksidan. Kajian menunjukkan kayu manis dapat mengurangkan kadar gula dalam darah dan meningkat keberkesanan insulin,

Kawalan diabetes yang bagus adalah apabila bacaan HbA1c anda kekal pada tahap rendah. Kayu manis terbukti dapat mengawal bacaan HbA1c dalam pesakit kencing manis.

Kajian juga mendapat kayu manis juga membantu merendahkan kadar kolesterol dan lemak dalam badan.

4. Telur

Telur bukan sahaja mengenyangkan malah ia mengandungi pelbagai zat.

Pengambilan telur secara konsisten dapat mengurangkan risiko penyakit jantung dalam pelbagai cara. Antaranya ialah dengan mengurangkan keradangan, meningkatkan keberkesanan insulin, meningkat kadar lemak baik dan mengurangkan kadar lemak jahat.

Ia juga mengandungi sumber lutein dan zeaxanthin iaitu antioksidan yang sangat tinggi untun melindungi mata dari kerosakan dan katarak. Pastikan anda mengambil kedua telur putih dan kuning kerana masing masing mempunyai khasiat tersendiri.

5. Chia seeds



Chia seed sangat bagus untuk pesakit diabetes. Ia kaya dengan serat tetapi rendah karbohidrat. Serat membantu mengawal kadar gula di tahap sepatutnya.

Kandungan serat dalam chia seeds juga melambatkan proses penghadaman dan penyerapan makanan dari usus. Ia juga membantu anda mengurangkan berat kerana ia mengurangkan rasa lapar. Justeru, anda juga mengambil kalori dengan jumlah yang sedikit.

Ia juga terbukti berkesan dalam mengawal tekanan darah dan keradangan.

6. Kunyit

Kunyit adalah sejenis rempah yang kaya dengan nutrisi baik. Bahan aktifnya iaitu curcumin, berkesan mengawal keradangan dan kadar gula dalam darah seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.

Ia juga bagus untuk kesihatan buah pinggan pesakit diabetes. Ini amat penting kerana kencing manis merupakan penyebab utama kegagalan buah pinggang.

Namun begitu, pastikan anda mengambil kunyit dengan lada hitam bagi mempecepatkan proses pencernaannya kerana kunyit agak sukar dicerna.

7. Greek yogurt



Greek yogurt merupakan pilihan produk tenusu yang baik untuk pesakit kencing manis. Ia terbukti melalui kajian mampu meningkatkan kawalan kadar gula dalam darah dan mengurangkan risiko serangan jantung, kerana kandungan probiotik yang tinggi didalamnya.

Kajian juga mendapati bahawa yogurt dan produk tenusu lain dapat membantu penurunan berat badan dan menambah baik komposisi badan pesakit diabetes.

Ia juga dipercayai mengandungi kandungan kalsium yang tinggi dan conjugated linolic acid yang baik untuk kawalan gula.

Tambahan pula, greek yogurt hanya mengandungi karbohidrat yang sangat rendah, berbanding yogurt lain. Ia juga kaya dengan protein yang menggalakkan penurunan berat badan dengan mengurangkan selera dan pengambilan kalori.

8. Kekacang

Kekacang sememangnya lazat dan berzat. Walaupun kecil, kekacang mempunyai serat tinggi dan rendah karbohidrat. Kajian mendapati bahawa pengambilan kekacang secara konsisten dapat mengurangkan keradangan dan merendahkan kadar gula dalam darah, HbA1c dan LDL.

Ia juga dapat membantu pesakit diabetes menurunkan berat badan dan meperbaiki komposisi badan mereka. Ia juga menghalang kadar insulin dari meningkat terlalu tinggi dan menyebabkan obesiti serta pelbagai komplikasi lain seperti kanser dan Alzheimer.

9. Brokoli



Brokoli merupakan antara sayuran kegemaran ramai. Ia juga mengandungi khasiat yang banyak dimana jumlah kalori dan karbohidrat sangat rendah dan jumlah zat seperti magnesium dan vitamin C sangat tinggi.

Pengambilan brokoli oleh pesakit diabetes boleh membantu merendahkan kandungan insulin dan melindungi sel dari kerosakan radikal bebas yang terhasil sewaktu proses metabolisma.

Yang lebih penting, brokoli juga kaya dengan lutein dan zeaxanthin iaitu anti oksidan bagi melindungi kerosakan pada mata seperi cataract.

10. Minyak zaitun

Minyak zaitun kaya dengan khasiat untuk tubuh badan. Ia mengandungi oleic acid iaitu sejenis lemak tidak tepu yang terbukti mampu meningkatkan jumlah lemak baik HDL dan baik untuk pesakit diabetes.

Ia juga meningkatkan jumlah hormon GLP1 yang membantu mengawal kandungan gula dalam darah. Dalam satu kajian, saintis mendapati dalam pelbagai jenis lemak, hanya minyak zaitun yang mampu mengurangkan risiko penyakit jantung.

Ia juga kaya dengan anti oksidan dipanggil polyphenols. Mereka bertindak mengurangkan keradangan, melindungi saluran darah, mengawal jumlah lemak jahat LDL dan kerosakan melalui proses oksidasi serta mengawal tekanan darah.

Minyak zaitun yang tidak diproses mengekalkan jumlah anti oksidan dan zat lain menjadikannya sangat sihat. Pastikan anda memilih minyak zaitun yang asli kerana ada  sesetenga dicampurkan dengan minyak lain seperti minyak jagung.



11. Flaxseeds

Flaxseed dibuat daripada lignan yang dapat merendahkan risiko penyakit jantung dan memperbaiki kawalan gula. Ia juga dapat menambah baik bacaan HbA1c jika diambil secara konsisten.

Kajian menunjukkan ia dapat mengurangkan risiko strok dan mengurangkan kadar kejadian gumpalan darah beku. Ia juga kaya dengan serat yang meningkatkan kesihatan usus, keberkesanan insulin dan rasa kenyang.

Badan kita tidak dapat menyerap keseluruhan flaxseed jadi pastikan anda menghancurkannya terlebih dahulu.

12. Cuka epal sider

Ini merupakan bahan yang sangat popular. Ia diperbuat daripada epal, dan gula didalamnya diperam menjadi acetic acid. Hasilnya, kadar gula yang terkandung dalam setiap satu sudu cuka epal sider hanya kurang dari 1 gram.

Cuka epal sider terbukti dapat meningkat keberkesanan insulin dan merendahkan kadar gula dalam darah. Ia juga melambatkan proses pencernaan menjadikan anda kekal kenyang.

Mulakan dengan mengambil satu sudu besar cuka epal sider dilarutkan dalam segelas air setiap hari.



13. Buah strawberi

Buah strawberi bukan sahaja enak malahan adalah antara buah yang paling bernutrisi. Mereka kaya dengan anti oksidan dikenali sebagai anthocyanins yang memberikannya warna merah.

Anthocyanin terbukti mampu mengurangkan kolesterol dan insulin selepas makan. Mereka juga meningkatkan kawalan gula dan mengurangkan risiko penyakit jantung. Ia juga kaya dengan vitamin C yang menjanjikan khasiat anti radang pasa jantung.

14. Bawang putih

Bawang putih adalah rempah lazat dan berkhasiat. Kajian menunjukkan ia mampu mengurangkan keradangan, kandungan gula dan kolesterol LDL dalam pesakit diabetes.

Ia juga berkesan dalam mengawal tekanan darah.

15. Labu

Labu mempunyai banyak jenis seperti acorn, pumpkin dan butternut. Labu juga mempunyai jenis yang berkulit lembut dan boleh dimakan seperti zuccini.

Seperti sayuran lain, ia juga kaya dengan anti oksidan seperti lutein dan zeaxanthin, yang melindungi mata dari kerosakan seperti katarak. Kajian juga menunjukkan ia mampu mengurangkan berat badan dan kawalan gula

16. Shirataki noodles

Ia adalah sejenis mee yang bagus untuk pesakit diabetes dan mereka yang mahu menurunkan berat badan. Ia kaya dengan serat glucomannan yang diekstrak daripada akar konjac.

Tumbuhan ini ditanam di Jepun dam diproses menjadi bentuk mee atau beras dipanggil shirataki. Glucomannan membuatkan anda merasa kenyang dan mengurangkan pengeluaran hormon lapar iaitu ghrelin.

Tambahan pula, ia juga dibuktikan dapat mengurangkan kadar gula dalam darah dan mengurangkan risiko penyakit jantung dan metabolic syndrome.

Rujukan:

  1. Kondo K, Morino K, Nishio Y, et al. A fish-based diet intervention improves endothelial function in postmenopausal women with type 2 diabetes mellitus: a randomized crossover trial. Metabolism. 2014;63(7):930-940. doi:10.1016/j.metabol.2014.04.005
  2. Ma L, Dou HL, Wu YQ, et al. Lutein and zeaxanthin intake and the risk of age-related macular degeneration: a systematic review and meta-analysis. Br J Nutr. 2012;107(3):350-359. doi:10.1017/S0007114511004260
  3. Bernardo MA, Silva ML, Santos E, et al. Effect of Cinnamon Tea on Postprandial Glucose Concentration. J Diabetes Res. 2015;2015:913651. doi:10.1155/2015/913651
  4. Weickert MO, Pfeiffer AF. Metabolic effects of dietary fiber consumption and prevention of diabetes. J Nutr. 2008;138(3):439-442. doi:10.1093/jn/138.3.439
  5. Nabavi SF, Thiagarajan R, Rastrelli L, et al. Curcumin: a natural product for diabetes and its complications. Curr Top Med Chem. 2015;15(23):2445-2455. doi:10.2174/1568026615666150619142519
  6. Nikooyeh B, Neyestani TR, Farvid M, et al. Daily consumption of vitamin D- or vitamin D + calcium-fortified yogurt drink improved glycemic control in patients with type 2 diabetes: a randomized clinical trial. Am J Clin Nutr. 2011;93(4):764-771. doi:10.3945/ajcn.110.007336
  7. Thomsen C, Storm H, Holst JJ, Hermansen K. Differential effects of saturated and monounsaturated fats on postprandial lipemia and glucagon-like peptide 1 responses in patients with type 2 diabetes. Am J Clin Nutr. 2003;77(3):605-611. doi:10.1093/ajcn/77.3.605
  8. Mitrou P, Petsiou E, Papakonstantinou E, et al. Vinegar Consumption Increases Insulin-Stimulated Glucose Uptake by the Forearm Muscle in Humans with Type 2 Diabetes. J Diabetes Res. 2015;2015:175204. doi:10.1155/2015/175204
  9. Chearskul S, Kriengsinyos W, Kooptiwut S, et al. Immediate and long-term effects of glucomannan on total ghrelin and leptin in type 2 diabetes mellitus. Diabetes Res Clin Pract. 2009;83(2):e40-e42. doi:10.1016/j.diabres.2008.11.014
  10. https://www.healthline.com/nutrition/16-best-foods-for-diabetics#section16
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

10 + 9 =