Skip to content

Postinor: Fungsi, Dos dan Kesan Sampingan

Postinor-2 adalah kontraseptif kecemasan sahaja. Postinor-2 tidak dimaksudkan sebagai kaedah kontrasepsi biasa. Ia digunakan untuk mengelakkan kehamilan apabila diambil dalam tempoh 72 jam hubungan seks tanpa perlindungan.

Dianggarkan bahawa Postinor-2 akan menghalang 85% kehamilan yang diharapkan. 95% kehamilan yang dijangkakan akan dicegah jika diambil dalam 24 jam pertama, menurun kepada 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi.

Tidak diketahui sama ada Postinor-2 berkesan jika diambil lebih daripada 72 jam selepas hubungan seks yang tidak dilindungi.



Postinor-2 tidak akan menghalang anda daripada menghidapi penyakit kelamin. Tanya doktor atau ahli farmasi anda jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai mengapa anda mengambil Postinor-2.

Cara pengambilan Postinor

Ambil satu tablet secepat mungkin selepas melakukan hubungan seks tanpa perlindungan (kondom dll). Lebih awal anda mengambil Postinor, lebih berkesan untuk mencegah hamil. Dinasihatkan untuk mengambilnya sebaik sahaja selepas bersetubuh.

Tablet pertama harus diambil tidak lewat daripada 72 jam selepas bersetubuh. Ambil tablet kedua sebaik 12 jam selepas tablet pertama.

Oleh kerana anda perlu mengambil tablet kedua 12 jam selepas mengambil tablet pertama, anda perlu merancang masa mengikut kesesuaian supaya anda tidak mudah lupa untuk mengambil tablet kedua (contohnya, tidak pada pertengahan malam ketika anda mungkin sedang tidur) dan ambil tablet pertama 12 jam sebelum itu. Ini bermakna anda mungkin perlu tangguh untuk mengambil dos pertama sedikit.

Anda harus ingat walaupun anda sudah mengambil tablet pertama, kesan untuk mencegah hamil sudah pun berlaku.



Postinor-2 tidak disyorkan untuk kanak-kanak. Hanya maklumat terhad sahaja yang terdapat pada Postinor-2 apabila diambil oleh wanita berumur 14-16 tahun dan tidak ada maklumat mengenai kegunaannya dalam kalangan wanita atau kanak-kanak yang lebih muda.

Jika anda muntah dalam masa 2 jam selepas mengambil salah satu tablet, anda harus kembali ke farmasi, doktor atau klinik kerana kemungkinan tablet tidak diserap dengan betul dan ini menyebabkan anda perlu mengambil tablet tambahan.

Dos Postinor

Tablet Postinor-2 perlu dimakan dalam masa 72 jam selepas hubungan seks dan diambil sekali lagi 12 jam selepas mengambil tablet pertama.

Mengikut data kajian klinikal, adalah dinasihatkan untuk mengambil tablet pertama dalam tempoh 48 jam (tetapi tidak lewat daripada 72 jam) selepas hubungan seks, kerana keberkesanan penyediaan berkurangan jika lebih daripada 48 jam berlalu antara hubungan seksual dan pengambilan dadah.

Tablet Postinor-2 boleh digunakan pada bila-bila masa dalam kitaran haid.

Jika muntah berlaku dalam masa 2 jam selepas pengambilan ubat, dos mesti diulang. Tidak lebih daripada 4 tablet boleh diambil setiap bulan.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Kesan Sampingan

Jika anda menghadapi masalah atau kesan sampingan setelah pengambilan ubat ini, beritahu doktor atau ahli faramasi anda dengan segera. Kebanyakan mereka yang mengambil ubat ini tidak mempunyai kesan sampingan yang serius. Akan tetapi ia boleh menjadi serius jika tidak dirawat.

Kesan sampingan yang biasa adalah keletihan, mual dan muntah. Terdapat juga pesakit yang mempunyai kesan sampingan yang lain seperti:



Terdapat juga mereka yang mengalami pendarahan selepas 2-3 hari pengambilan Tablet ini dan selalunya ia akan berhenti sendiri tanpa memerlukan bantuan ubatan yang lain. Ketika mana pengambilan ubat ini, kitaran haid akan menjadi teratur. Akan tetapi jika haid datang lambat, maka anda dinasihatkan untuk melakukan ujian kehamilan.

Kesan sampingan lain yang tidak disenaraikan di atas mungkin juga berlaku di sesetengah pesakit. Beritahu doktor atau ahli farmasi anda jika anda melihat apa-apa yang membuat anda merasa tidak sihat.

Perkara perlu dilakukan selepas mengambil ubat ini

Jika kitaran haid anda tidak bermula dalam masa 3 minggu selepas mengambil pil, anda mesti pergi ke klinik, kerana anda mungkin hamil. Jika Postinor tidak berfungsi, anda boleh hamil. Doktor akan meminta anda untuk melakukan ujian kehamilan.

Sekiranya mempunyai sakit perut teruk, anda perlu pergi ke klinik dengan segera kerana risiko terjadinya kehamilan luar rahim atau ectopic pregnancy yang boleh membawa maut.

Bagi ibu yang menyusu, anda tidak boleh menyusu bayi dalam tempoh seminggu selepas mengambil ubat ini kerana risiko interaksi dengan hormon dan penghasilan susu kepada bayi anda.

Larangan pengambilan Postinor

  • Sedang hamil
  • Telah lebih daripada 72 jam selepas melakukan seks tanpa perlindungan kerana ubat ini tidak berkesan lagi.
  • Mengalami pendarahan faraj yang sebabnya tidak diketahui
  • Mempunyai kanser payudara
  • Alahan kepada mana-mana kandungan Postinor
  • Pil kelihatan rosak
  • Postinor yang sudah tamat tempoh

Interaksi Postinor dengan ubat lain

Sesetengah ubat boleh menghalang Postinor daripada berfungsi dengan baik atau Postinor mungkin menjejaskan cara ubat-ubatan lain berfungsi. Contoh ubat yang boleh mengganggu Postinor ialah:

  • Ubatan yang digunakan untuk merawat epilepsi atau sawan seperti barbiturat, primidon, phenytoin, dan carbamazepine
  • Ubat-ubatan digunakan untuk merawat tuberkulosis seperti rifampisin, rifabutin
  • Rawatan untuk jangkitan HIV seperti ritonavir -Ubat yang digunakan untuk merawat jangkitan kulat (griseofulvin).
  • Rawatan herba yang mengandungi wort St John (Hypericum perforatum)

Rujukan

  1. KONTRASEPTIF KECEMASAN Levonorge, National Healthcara Groupstrel (Postinor-2),
  2. Emergency contraception, WHO
  3. Levonorgestrel Emergency Contraception, WebMD
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

seventeen − 6 =