Tercekik adalah satu perkara yang berbahaya dimana terdapat satu objek yang menyebabkan saluran pernafasan tersumbat. Ini menyebabkan pesakit tidak boleh bernafas dan oksigen dalam badan berkurangan. Perkara ini jika tidak dirawat awal boleh menyebabkan pesakit mati.
Tanda Tercekik
Apabila makanan ataupun objek tersekat di dalam tekak, anda akan tercekik. Kanak kanak sering tercekik kerana meletakkan objek ke dalam mulut mereka. Orang dewasa pula boleh mengalami masalah ini kerana makan atau minum dengan tergesa gesa.
Hampir semua orang pernah tercekik dalam hidup mereka. Ia biasanya terjadi sementara dan tidak serius. Namun, masalah ini juga boleh membawa maut dan berbahaya.
Seseorang yang tercekik akan batuk dengan berterusan dengan harapan untuk mengeluarkan makanan yang tersekat dalam tekak atau saluran udara. Namun, dalam sesetengah kes, objek atau makanan yang tersekat di dalam tekak tidak dapat dikeluarkan dan seterusnya menghalang laluan udara ke dalam paru paru.
Seseorang yang tercekik mungkin mengalami:
- Tidak boleh bercakap
- Tidak boleh batuk
- Tidak boleh bersuara
- Tidak boleh bernafas
Mereka juga mungkin mempunyai kesan kebiruan pada bibir, kulit atau kuku yang terjadi kerana kekurangan oksigen.
Mari kita belajar anatomi tekak, saluran pemakanan dan saluran udara. Mulut kita bersambung dengan struktur tekak, saluran pernafasan iaitu trakea dan saluran pemakanan iaitu esofagus. Kedua saluran ini berada berdekatan di hadapan satu sama lain. Terdapat satu struktur kecil iaitu epiglottis yang menutup saluran esofagus ketika bernafas, membenarkan udara untuk masuk ke dalam trakea. Ketika tercekik, makanan atau objek masuk ke dalam ruang trakea menyebabkan sesak nafas.
Punca Tercekik
Kanak kanak sering tercekik kerana mereka memasukkan objek ke dalam mulut. Mereka melakukannya kerana sifat ingin tahu mereka. Mereka juga boleh mengalami masalah ini apabila mereka makan terlalu cepat dan banyak ataupun bercakap ketika makanan dalam mulut.
Antara objek yang sering menyebabkan kanak kanak tercekik adalah:
- Bertih jagung
- Gula gula
- Pemadam
- Karot
- Sosej
- Gula gula getah
- Kacang
- Tomato
- Anggur
- Ketulan buahan
- Ketulan sayuran
Orang dewasa biasanya tercekik apabila menelan makanan tanpa mengunyah dengan betul ataupun ketawa sambil makan dan minum.
Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini
Rawatan awal apabila tercekik
Apa-apa sebelum memulakan rawatan adalah memanggil bantuan orang ramai terlebih dahulu terutamanya jika ia berlaku dikhalayak ramai. Jika anda tidak tahu untuk melakukan rawatan ini, minta mereka yang tahu untuk melakukannya dan anda pula hubungi pihak hospital untuk datang memberikan bantuan.
Amalkan langkah 5-5 yang diajar oleh Persatuan Bulan Sabit Merah bagi membantu seseorang yang mengalami masalah ini iaitu: menepuk belakang di antara dua bahu menggunakan tapak tangan sebanyak 5 kali diikuti dengan melakukan Heimlich manuevre sebanyak 5 kali. Lakukan keduanya secara berselang seli sehingga mereka tidak lagi tercekik.
Namun begitu diingatkan, jangan sesekali menepuk belakang kanak kanak yang tercekik, hanya lakukan Heimlich maneuvre kepada mereka.
Heimlich maneuvre
Ikut langkah di bawah bagi melakukan Heimlich maneuvre:
- Berdiri di belakang seseorang yang tercekik dengan meletakkan tangan di sekeliling pinggang mereka.
- Tundukkan badan mereka ke hadapan.
- Ambil penumbuk tangan anda dan letakkan di bahagian depan abdomen, di atas pusat.
- Gunakan tangan lagi satu untuk menekan penumbuk tadi ke dalam abdomen ke arah atas.
- Ulang sebanyak 5 kali.
- Jika objek masih tersekat di tekak, ulang sebanyak 5 kali.
Jika seseorang sudah pengsan, pastikan saluran udara mereka tidak tersekat. Baringkan mereka ke arah sisi. Pastikan anda tidak menolak objek masuk semakin dalam. Panggil 911 ataupun bawa ke hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan kecemasan.
Jika kanak-kanak tersebut kurang dari 1 tahun, maka terdapat cara yang lain iaitu kanak-kanak itu perlu dipusingkan dengan bahagian kepala dibawah dan bahagian belakang badan ke atas. Kemudian, tepuk dengan cara menyerong ke bahagian belakang badan iaitu diantara dua tulang belikat
CPR
Ikuti langkah di bawah bagi melakukan CPR:
- Baringkan seseorang di atas kawasan yang rata.
- Melutut di sebelah mereka dan letakkan telapak tangan di tengah tengah dada mereka.
- Letakkan satu lagi tangan di atas tangan tadi. Menggunakan bahu, tekan dada sebanyak 100 kali setiap minit.
- Ulang sehingga mereka kembali bernafas.
Komplikasi tercekik
Apabila anda tercekik dan saluran udara terhalang, udara tidak dapat masuk dan menyebabkan lemas yang boleh menyebabkan kematian. Selain itu ia juga boleh menyebabkan iritasi dan luka pada tekak kerana batuk berpanjangan.
Pencegahan tercekik
Anda boleh ,melindungi anak anda dari tercekik dengan menyimpan barang barang kecil seperti duit syiling, pemadam ataupun lego jauh dari capaian kanak kanak. Hancurkan ketulan besar makanan menjadi kecil dan memudahkan anak anda untuk mengunyah. Ajar kanak kanak untuk tidak bercakap sewaktu makan.
Bagi orang dewasa pula, lindungi diri anda dari tercekik dengan menguyah dengan berhati hati, mengelakkan bercakap atau ketawa semasa makan dan sediakan air ketika makan.
Penting untuk ibubapa dan orang sekeliling untuk kekal tenang ketika menghadapi situasi tercekik dan menyiapkan diri dengan kemahiran CPR dan Heimlich maneuvre. Segera telefon 911 bagi mendapatkan rawatan kecemasan.
Pembacaan bagi masalah yang lain
Rujukan
- Choking: Healthline
- Choking (Heimlich maneuver). (n.d.) – Emergency care for you
- Choking prevention and rescue tips. (n.d.). – National Safety Council
- Mayo Clinic Staff. (2017). Choking: First aid.