Ujian Pap smear adalah ujian untuk saringan kanser pangkal rahim ataupun kanser serviks. Ianya ujian untuk melihat sel sebelum menjadi kanser (pra-kanser) ataupun sel kanser pada serviks.
Jika kita dapat mengesan sel yang tidak pra-kanser, maka rawatan dapat diberikan sebelum sel tersebut bertukar menjadi sel kanser. Oleh sebab itulah, ujian ini penting untuk mengelakkan seseorang itu mendapat kanser pangkal rahim.
Ianya satu test yang mudah, murah dan berkesan untuk melihat jenis sel di kawasan serviks
Siapa yang memerlukan ujian Pap smear?
Terdapat beberapa golongan yang dinasihati untuk membuat ujian ini. Golongan tersebut adalah:
1. Wanita berumur diantara 21 tahun hingga 65 tahun
Wanita berumur seperti ini digalakkan untuk melakukan saringan pap smear ini terutamanya bagi mereka yang telah berkahwin. Ini kerana mereka lebih mudah dijangkiti oleh Human Papilloma Virus (HPV) terutamanya jika pasangan mereka mengamalkan seks bebas.
Oleh itu, pengambilan ujian saringan ini dapat mengesan seseorang itu mengalami kanser serviks pada awalnya supaya rawatan awal dapat dilakukan.
Wanita yang berumur 65 tahun ke atas dan mempunyai ujian pap smear yang normal mungkin sudah tidak memerlukan ujian tersebut.
2. Golongan berisiko
Mereka yang melakukan seks bebas dan mempunyai banyak pasangan mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghadapi masalah kanser serviks. Ini kerana jangkitan ‘Human Papilloma Virus‘ (HPV)akan lebih mudah berlaku kepada golongan ini.
HPV merupakan salah satu virus yang menyebabkan ketuat. Tetapi dalam hal ini, ia boleh menyebabkan kanser serviks.
Apa yang akan dibuat ketika ujian Pap Smear?
Serviks terletak di hujung vagina. Oleh itu ia memerlukan alat untuk melihat kawasan tersebut. Alat yang selalu digunakan adalah spekulum yang berfungsi untuk membuka laluan vagina supaya pangkal rahim dapat dilihat. Ketika spekulum dimasukkan ke dalam vagina, pesakit perlu relaks dan menarik nafas dalam agar alat tersebut mudah untuk dimasukkan.
Dari situ, doktor selalunya akan memerhatikan serviks sama ada terdapat tumor yang jelas kelihatan ataupun tidak.
Kemudian terdapat dua cara untuk mengambil sampel sel di serviks iaitu sama ada menggunakan satu berus khas ataupun batang plastik khas. Sel daripada serviks akan dikikis secara perlahan dengan menggunakan alat tersebut.
Kemudian sampel itu akan dihantar ke makmal bagi pemeriksaan lanjut
***Ujian ini boleh dilakukan bila-bila masa kecuali pada waktu haid dan nifas.
Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini
Keputusan Pap Smear
Selalunya dia ada dua keputusan sahaja iaitu normal dan tidak normal(abnormal).
Keputusan Pap Smear yang normal
Ia bermaksud tiada sel yang tidak normal dijumpai. Jika keputusan negatif, anda perlu mengambilnya setiap 3 tahun
Keputusan Pap Smear yang tidak normal
Jika keputusannya tidak normal, bukanlah bermaksud anda terus mempunyai kanser. Ia bermaksud terdapat sel yang tidak normal di kawasan serviks dan mungkin juga terdapat sel pra-kanser.
Beberapa tahapan sel yang tidak normal adalah:
- atypia
- dysplasia yang sedikit
- dysplasia yang sederhana
- dysplasia yang teruk
- Carcinoma in situ (dikawasan serviks tersebut sudah mempunyai sel kanser)
Jika ujian tersebut memerlukan prosedur lain untuk melihat keadaan serviks dengan lebih dekat, satu prosedur colposcopy akan dilakukan. Ia bertujuan untuk melihat kawasan serviks yang tidak normal. Jika perlu sampel yang lebih banyak akan diambil ketika prosedur tersebut
Apakah ujian ini Pap smear ini tepat?
Ujiam Pap Smear adalah tepat. Ujian setiap beberap tahun telah terbukti mengelakkan kanser pangkal rahim sebanyak 80 peratus. Jika keputusan anda tidak normal, maka anda akan dirujuk kepada doktor bahagian pakar sakit puan untuk rawatan lanjutan
ARTIKEL BERKAITAN: KANSER SERVIKS dan KANSER RAHIM
Rujukan:
- Cervical cancer screening (PDQ) – Health professional version. (2017, February 7)
- HPV and cancer. (2015, February 19). cancer.gov
- Pap test. (2013, October 23). Womens health