Skip to content

Ubat Selsema dan Cara untuk hilangkan Selsema

Terdapat pelbagai ubat selsema dan cara untuk hilangkan selesema. Perkara pertama yang dibuat untuk rawatan selsema adalah dengan menjaga pesakit itu dengan baiknya terlebih dahulu.

Jika anda mengalami simptom seperti demam, sakit-sakit badan dan rasa diri tidak sihat, sudah tentu doktor akan menasihati anda untuk berehat, ambil air dengan secukupnya, maka makanan yang berkhasiat dan sebagainya. Demam boleh menyebabkan anda mengalami dehidrasi, oleh itu anda perlu menggantikan air yang hilang dari badan anda.

Elakkan bersenam ketika anda mengalami masalah ini

Jenis Ubat selsema



Terdapat beberapa jenis ubat selsema yang boleh didapati di farmasi tanpa memerlukan preskripsi dari doktor. Ini bermaksud anda tidak perlu beratur panjang untuk berjumpa dengan doktor semata-mata untuk mengambil ubat selsema.

Ubat demam, ubat anti-histamine, ubat untuk hidung tersumbat dan juga ubat batuk boleh membantu untuk mengurangkan simptom ketika mana anda menghadapi masalah ini. Tetapi ia tidak akan menyebabkan selesema anda cepat sembuh. Ini kerana majoriti daripada masalah selesema adalah disebabkan jangkitan virus yang akan baik dengan sendirinya.

Baca label ubat tersebut dengan berhati-hati. Tetapi adalah lebih baik untuk anda bertanyakan kesan sampingan pengambilan ubat selesema yang anda akan ambil dari ahli farmasi. Ini kerana ada sesetengah ubat selesema akan menyebabkan anda berasa mengantuk dan tidak mampu bekerja.

Kita pun tahu bahawa ada yang ingin mengambil ubat ini untuk mengurangkan simptom supaya dia boleh bekerja seperti biasa. Tetapi jika dia mengambil ubat yang menyebabkan rasa mengantuk, sudah tentu kerja yang ingin dibuat itu tidak akan selesai.

Keadaan pesakit akan menjadi lebih bahaya jika ubat tersebut diambil ketika hendak memandu kereta pada jarak yang jauh. Oleh itu, penting untuk anda bertanyakan kesam sampingan ubat tersebut kepada ahli farmasi ataupun  doktor yang merawat anda.



Ubat ‘decongestant'(Untuk hilangkan hidung tersumbat)

Ubat ini berfungsi untuk mengecutkan saluran darah dibahagian hidung untuk mengurangkan penghasilan hingus. Oleh itu, ia boleh membantu untuk mengurangkan hidung tersumbat.

Beberapa jenis ubat ini adalah:

  • Ephedrine
  • Pseudoephedrine

Ubat anti-histamine

Ubat anti-histamine terdapat beberapa generasi. Ubat yang selalu digunakan adalah chlorpheniramine (piriton). Ia merupakan ubat generasi pertama. Diphenhydramine (Benadryl) juga selalu digunakan terutamanya bagi pesakit yang mempunyai batuk sekali. Selalunya ia menyebabkan rasa mengantuk kepada pesakit kerana kemampuannya merentas untuk masuk ke dalam bahagian otak.

Generasi ubat antihistamine ke-dua pula selalunya tidak menyebabkan rasa mengantuk sebagai contoh loratadine dan juga cetrizine.

Ubat anti-histamine ini digunakan untuk merencat penghasilan histamine dikawasan hidung supaya penghasilan hingus dapat dikurangkan

Ubat Gabungan



Terdapat juga kombinasi kedua-dua ubat ini digunakan dan selalunya ia lebih berkesan.

Selsema yang berlaku pada kanak-kanak

Bawa anak anda berjumpa dengan doktor jika

  • Bayi yang berusia 3 bulan kebawah berserta dengan demam
  • Kelihatan letih, tidak aktif, kurang makan dan apa-apa yang merisaukan ibubapa
  • Mempunyai simptom lain seperti sawan, tidak sedarkan diri dan sebagainya

Kanak-kanak kurang dari 2 tahun tidak boleh diberi ubat selesema kerana ia boleh menyebabkan pernafasan kanak-kanak tersebut berhenti.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Rawatan selsema bagi kanak-kanak 2 tahun ke bawah

Bagi kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke bawah, ubat selesema tidak diperlukan. Tetapi mereka memerlukan penjagaan dari ibubapa.

Salah satu yang boleh dibuat Ibubapa adalah menggunakan alat penyedut hidung. Terdapat pelbagai jenis penyedut hingus yang berada di pasaran sekarang dan boleh didapati di farmasi.

Ibubapa juga boleh membeli air garam khas untuk dititiskan dihidung kanak-kanak tersebut. Ia digunakan untuk mencairkan hingus tersebut supaya ia mudah ditelan dan tidak menyumbatkan saluran hidung.

Ibubapa juga tidak perlu terlalu risau jika pesakit masih aktif bermain, makan atau minum seperti biasa, tidak mempunyai pernafasan yang laju dan sebagainya.

Majoriti selesema yang dihadapi oleh kanak-kanak adalah disebabkan jangkitan virus yang akan baik dengan sendirinya tanpa rawatan ubat yang spesifik.



Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Children, the flu, and the flu vaccine (2016, August 5). CDC
  2. The flu season. (2016, July 26). CDC
  3. Influenza antiviral medications: Summary for clinicians. (2016, November 3). CDC
  4. Kamali, A., & Holodniy, M. (2013). Influenza treatment and prophylaxis with neuroaminidase inhibitors: A review. Infection and Drug Resistance, 6, 187-198.
  5. Mayo Clinic Staff. (2016, October 20). Influenza (flu): Treatment.
  6. Sumber featured image dari home.bt.com
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

fifteen + sixteen =