Skip to content

Kelemumur: Punca dan Tips Rawatan

Kelemumur merupakan masalah yang sering dihadapi. Kulit kepala yang gatal dan mudah menggelupas sudah semestinya membuatkan anda merasa tidak selesa. Apakah penyebab kepada terjadinya masalah ini dan bagaimana cara mengatasinya?

Simptom dan Punca Kelemumur

Kulit kepala berkuping, gatal dan mudah menggelupas merupakan antara simptom kelemumur yang sering dialami. Kulit kepala yang berkuping akan lebih mudah tertanggal apabila anda menyikat rambut dan ketika cuaca kering & panas.

Ada beberapa faktor penyebab kulit kepala anda menjadi gatal iaitu:

  1. Iritasi pada kulit kepala dan masalah kulit kepala berminyak. Keadaan ini terkait dengan masalah dermatitis seborrheic yang mana ia lebih teruk berbanding kelemumur biasa.
  2. Tidak menggunakan syampo rambut dengan baik yang mengakibatkan sel kulit kepala yang mati terkumpul dan menyebabkan kegatalan.
  3. Terdapat yis yang dikenali sebagai malassezia yang menyebabkan kulit kepala anda keras & berkuping serta menyebabkan kulit kepala anda tumbuh berganda.
  4. Pengambilan produk pembersih yang kurang sesuai dengan kulit kepala anda yang membawa kepada kegatalan dan kemerahan.


Kaum lelaki lebih mudah mengalami masalah kelemumur berbanding dengan kaum wanita. Mereka yang mempunyai rambut yang berminyak atau mempunyai penyakit tertentu seperti Parkinson atau HIV adalah lebih cenderung untuk mendapat masalah kelemumur.

Kulit kepala yang gatal boleh dikaitkan dengan:

1. Tidak semua syampo adalah serupa

Jika anda mengalami kegatalan kulit kepala, anda boleh mendapatkan syampo khas untuk membantu masalah kelemumur seperti yang dijual dia kedai atau pasaraya. Lakukan percubaan dengan membeli salah satu syampo berkenaan dan jika tidak berhasil anda boleh mencuba jenis produk syampo yang lain.

Contoh syampo yang terdapat dia kedai-kedai: Head & Shoulders yang mengandungi zink pyrithione, Selsun Blue yang mengandungi selenium sulfid dan Nizoral yang mengandungi ketokonazol (anti-fungus).



Shampoo jenis ini dapat melambatkan penghasilan kulit kepala yang berlebihan dan juga membunuh kulat di atas kepala. Oleh itu, ia dapat melambatkan penghasilan kelemumur.

Syampoo yang dicadangkan untuk masalah kelemumur:

2. Kelembapan kulit

Kulit kepala yang kering lebih mudah tertanggal. Dengan memastikan kulit kepala anda tidak kering, ia boleh membantu untuk mengelakkan kegatalan. Anda boleh menggunakan minyak kelapa yang mana disamping memberikan kelembapan pada kulit kepala, minyak kelapa juga mempunyai ciri antibakteria.

3. Menjaga kebersihan diri dan hentikan tabiat menggaru kepala

Dengan menggunakan syampo dengan kerap dapat mengurangkan keadaan kulit kepala berminyak. Anda juga seharusnya mengelakkan tabiat menggaru-garu kepala kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan kulit kepala anda dengan menambahkan iritasi pada kulit. Elakkan menggunakan terlalu banyak produk dalam satu masa kerana ia turut memberi kesan buruk kepada kulit kepala anda.

4. Elakkan tekanan

Tekanan/stress boleh menyebabkan kelemumur bertambah teruk bagi sesetengah orang. Dengan bersenam, berjalan-jalan atau yoga dapat membantu anda meredakan tekanan.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Bilakah anda perlu berjumpa dengan doktor?

Berita baik buat mereka yang mempunyai masalah kelemumur bahawa anda boleh mendapatkan syampo jenis rawatan kelemumur yang terdapat di kebanyakkan pasaraya atau kedai. Namun begitu, kelemumur bukanlah faktor utama yang menyebabkan kulit kepala anda menjadi gatal.



Antara punca lain adalah psoriasis, ekzema atau jangkitan kulat/fungus yang akan menyebabkan kulit anda mengalami kegatalan dan kelemumur yang sangat teruk serta mengganggu aktiviti harian anda. Bagi kes sedemikian, anda boleh berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat & rawatan yang sesuai.

Periksa Simptom anda Di Sini

Diagnosa-diagnosa lain

Terdapat beberapa diagnosa lain yang boleh merujuk kepada simptom yang sama. Ia adalah:

Rujukan:

  1. 5 best uses of coconut oil for hair. (n.d.) – Dr Axe
  2. Do you have an itchy scalp? 5 common problems and fixes. (2016, April 13) – Clevelandclinic
  3. Itchy, dry & sensitive scalp. (n.d.) – Head and Shoulder
  4. Mayo Clinic Staff. (2016, July 14). Dandruff
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 − three =