Buta warna bukanlah bermaksud buta secara sepenuhnya ataupun pemandangan anda hanya berwarna hitam dan putih. Tetapi ia lebih kepada kekurangan anda dalam melihat satu-satu jenis warna.
Jika anda mengalami masalah ini, selalunya anda akan mengalami sedikit kesukaran untuk membezakan warna biru dan kuning atau merah dan hijau.
Buta warna adalah masalah keturunan di mana golongan lelaki lebih kerap untuk mengalaminya berbanding golongan wanita.
Majoriti yang mengalami masalah ini selalunya berkait dengan masalah membezakan warna merah-hijau.
Simptom dan Tanda Buta Warna
Adakah anda susah untuk membezakan warna biru dan kuning ataupun merah dan hijau? Adakah ada orang lain yang selalu memberitahu anda warna yang anda selalu lihat adalah salah.
Jika ya, ia merupakan salah satu tanda yang menunjukkan anda mempunyai masalah buta warna
Berlawanan dengan kepercayaan orang biasa, sangat jarang orang yang buta warna ini hanya melihat warna hitam dan putih sahaja.
Kebanyakan yang mengalami buta warna ini boleh melihat warna, tetapi ia seolah-olah kurang atau tidak mampu membezakan diantara warna-warna yang kita bincangkan tadi
Jika anda baru sahaja mengalami masalah buta warna ini, anda perlulah berjumpa dengan doktor. Ini kerana ia mungkin menunjukkan anda sedang mengalami penyakit lain seperti katarak.
Punca Masalah Buta Warna
Masalah ini berlaku apabila sel yang mengesan cahaya(photoreceptor) di bahagian belakang mata iaitu bahagian retina gagal untuk membezakan cahaya yang mempunyai pelbagai jenis gelombang.
Fotoreseptor di kawasan retina ini terbahagi kepada 2 jenis yang dipanggil sebagai rod dan kon. Fotoreseptor rod adalah lebih banyak berbanding kon dan lebih sensitif kepada cahaya tetapi tidak boleh membezakan warna.
Fotoreseptor kon pula lebih sensitif kepada warna yang membuatkan mereka boleh membezakan warna
Mereka yang mengalami masalah keturunan ini selalunya mempunyai genetik yang menyebabkan fotoreseptor jenis kon ini kurang pada retina mata.
Terdapat juga beberapa jenis penyakit yang menyebabkan masalah ini berlaku. Ia adalah:
- Penyakit parkinson
- Penyakit Alzheimer
- Multiple sclerosis: Melibatkan kerosakan pada saraf diseluruh badan
- Katarak
- Penyakit keturunan seperti Leber’s Hereditary optic neuropathy dan Kallman’s syndorme
- Penuaan: ketika umur seseorang meningkat, sel fotoreseptor dibahagian mata boleh mati dan menyebabkan masalah ini berlaku
Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini
Rawatan masalah buta warna dan strategi untuk menghadapinya
Terdapat terapi gene yang terbukit menyembuhkan masalah buta warna pada monyet. Penemuan ini telah diterbitkan dalam Jurnal berprestij Nature.
Walaupun penemuan ini nampak sangat meyakinkan, tetapi rawatan ini belum boleh digunakan pada manusia sehinggalah ia benar-benar terbukti tidak berbahaya.
Disebabkan tiada lagi ubat atau rawatan yang boleh menyembuhkan masalah ini sepenuhnya, maka pesakit perlulah menyesuaikan diri dengan masalah ini.
Kebanyakan daripada mereka tidak mengalami apa-apa masalah dalam kehidupan. Tetapi sesetengah profesion atau pekerjaan memerlukan mereka yang boleh membezakan warna dengan tepat seperti jurugambar, jurutera dan beberapa pekerjaan yang lain.
Ini membolehkan ibubapa ataupun individu tersebut menjuruskan diri mereka kepada bidang yang sesuai dengan masalah yang mereka hadapi.
Kanta atau cermin mata bagi masalah ini
Terdapat beberapa jenis cermin mata yang boleh menambah kekuatan warna. Salah satu cermin mata tersebut adalah jenis Enchroma. Cermin mata ini membolehkan mereka yang buta warna melihat lebih banyak spektrum warna.
Uji mata anda di sini
Rujukan:
- Color vision deficiency. (n.d.)
- Mayo Clinic Staff. (2014, February 13). Poor color vision.
- Pacheco-Cutillas, M., & Edgar, D. F. (1999). Acquired colour vision defects in glaucoma: Their detection and clinical significance. British Journal of Ophthalmology, 83:1396–1402.