Skip to content

Darah Pekat: Punca, Simptom dan Rawatan

Darah pekat adalah satu keadaan dimana darah di dalam badan sangat mudah untuk membeku. Keadaan ini dalam istilah perubatan dikenali sebagai hypercoagulability.

Ia bukanlah bermaksud kepekatan sesuatu darah itu lebih daripada biasa. Ia selalunya disebabkan kuantiti faktor pembeku darah yang lebih banyak daripada biasa.

Beberapa faktor yang menyebabkan darah pekat adalah:

  • Sel darah yang berlebihan
  • Faktor pembeku darah yang berlebihan
  • Penyakit yang mengganggu fungsi pembeku darah

Simptom darah pekat



Kebanyakan pesakit yang mempunyai darah pekat tidak mempunyai simptom sehinggalah berlakunya pembekuan darah dalam saluran darah.

Jika pembekuan darah ini berlaku dibahagian salur darah kaki ia dipanggil sebagai Deep Vein Thrombosis.

Simptom yang selalu dialami oleh mereka yang mengalami pembekuan darah di kaki adalah:

  • Kaki menjadi merah dan bengkak
  • Kaki menjadi sakit

Jika darah yang beku dibahagian kaki ini tercabut dan pergi ke paru-paru, ia boleh tersangkut dibahagian salur darah paru-paru. Hasilnya paru-paru tidak dapat menyerap oksigen dengan baik. Keadaan ini dipanggil sebagai Pulmonary Embolism.

Jika tidak dirawat, pesakit boleh mati disebabkan kekurangan oksigen.



Selain dari itu, pesakit juga akan mengalami beberapa jenis simptom jika pesakit mempunyai sel darah yang banyak. Simptom tersebut adalah:

Periksa Simptom anda Di Sini

Punca Darah pekat

Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan masalah ini berlaku. Keadaan ini boleh disebabkan oleh:

1. Kanser

Kanser seperti leukemia boleh menyebabkan badan menghasilkan faktor pembeku darah lebih banyak dari biasa.

2. Polychythemia vera

Dalam penyakit ini, badan akan menghasilkan sel darah merah lebih banyak daripada biasa menyebabkan darah lebih pekat dari biasa

3. Merokok



Carbon monoksida yang dihasilkan dari rokok akan bergabung dengan hemoglobin menyebabkan ia tidak boleh berfungsi dengan sepenuhnya.

Ini menyebabkan badan mengesan seolah-olah badan kekurangan oksigen lalu badan pun menghasilkan lebih banyak sel darah merah.

Oleh sebab itu, mereka yang merokok mempunyai sel darah merah yang lebih banyak dari biasa berbanding orang lain

4. Systemic lupus Erythematosus(SLE)

Dalam penyakit SLE, sistem imun badan menjadi keliru dan menyerang sel badan sendiri. SLE juga akan menghasilkan antibodi untuk menyerang struktur phospholipid menyebabkan darah menjadi lebih mudah untuk membeku

5. Pil Perancang

Penggunaan pil perancang yang mengandungi estrogen boleh menyebabkan darah menjadi pekat dan meningkatkan risiko untuk mengalami pembekuan darah

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Ujian pengesahan

Terdapat beberapa ujian yang boleh dilakukan untuk melihat punca kepada masalah darah pekat tersebut



1. Ujian jumlah darah sepenuhnya

Juga dikenali sebagai full blood count dan ia digunakan untuk melihat bilangan sel darah merah dan juga platlet.

Jika bilangan sel darah merah ataupun platlet ini tinggi, bermaksud ia menunjukkan seseorang itu sedang mengalami masalah darah pekat

2. PT-INR

Prothrombin time(PT) dan International Normalized Ratio(INR) adalah salah satu ujian yang selalu dibuat untuk menentukan sama ada seseorang itu mengalami darah pekat ataupun tidak.

Dalam ujian ini, mereka akan menguji berapa lama masa yang diambil untuk darah tersebut membeku.

Rawatan

Rawatan darah pekat bergantung kepada punca yang menyebabkan masalah tersebut berlaku.

Ubat-ubatan



Jika anda mempunyai penyakit yang menyebabkan darah membeku dengan lebih mudah, maka doktor akan memberikan ubat cair darah untuk mengelakkan daripada perkara tersebut berlaku. Beberapa ubat pencair darah yang boleh diberikan adalah:

  • Anti-platlet: Ubat yang selalu diberikan adalah aspirin
  • Anti-coagulation therapy: Contoh ubat adalah warfarin dan dabigatran

Berhenti merokok

Jika anda seorang perokok, anda perlu berhenti daripada meneruskan tabiat buruk tersebut. Ia akan membantu mengurangkan kepekatan darah anda.

Jesteru mengelakkan diri anda daripada mengalami komplikasi darah beku seperti sakit jantung ataupun strok.

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Blood clotting disorders (hypercoagulable states). (n.d.).
  2. Blood thickness. (n.d.). cancersmoc.com
  3. Cario H, et al. (2009). Clinical and hematological presentation of children and adolescents with polycythemia vera. DOI: 10.1007/s00277-009-0758-y
  4. Hypercoagulable states. (2010). Clevel and Clinic
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 × 1 =