Skip to content

Deja vu: Punca dan Simptom yang berlaku

Pernahkah, tatkala melakukan atau melihat sesuatu, secara tiba-tiba anda merasa keadaan itu sangat mirip, walhal anda tidak pernah berada di tempat atau situasi itu? Sudah pastinya anda akan bermonolog sendirian ; “Eh, kenapa rasa macam pernah mengalami situasi ni?”. Ya, ini adalah salah satu contoh kejadian yang disebut sebagai Deja vu. Artikel pada kali ini akan merungkai dengan lebih terperinci tentang Déjà vu dari sudut biasa dan dari segi perubatan.

Pengenalan

Perkataan “déjà vu” ialah perkataan yang berasal dari bahasa Greek yang bermaksud “sudah pernah melihat”. Istilah ini pertama kali digunakan pada tahun 1876 oleh Emile Boirac iaitu seorang ahli falsafah dan ilmuan Perancis dalam Revue Philosophique, di mana dia menyebut “le sensation du déjà vu” untuk mengingat pengalaman déjà vu nya dalam surat kepada editor. Selain itu, banyak ahli falsafah lain juga cuba untuk menjelaskan bagaimana terjadinya déjà vu. Ada yang berpendapat bahawa déjà vu mempunyai hubungan dengan keinginan yang terpendam atau ia berlaku di bawah sedar.

Dari segi perubatan, déjà vu dipercayai mempunyai kaitan dengan aktiviti kognitif otak. Dalam kajian yang diliputi oleh Medical News Today, beberapa penyelidik menyatakan bahawa déjà vu sebagai satu ramalan di mana ketika kita menghadapi sesuatu situasi, otak akan cuba mengakses pengalaman yang sama sebelumnya, sehingga menjadikan kita dapat meramalkan keadaan yang mungkin terjadi secara automatik dan seterusnya, membuat pilihan terbaik untuk menguruskan sesuatu situasi itu.

Teori bagaimana Deja Vu berlaku



Walaupun jawapan tentang déjà vu masih belum benar-benar dijumpai, terdapat sebilangan teori yang mengaitkannya antara psikologi dan neurosains. Antara teori yang menarik ialah:

Faktor umur

Déjà vu nampaknya berlaku lebih kerap kepada golongan muda, dan semakin jarang berlaku ketika meningkat usia.

Jantina

Déjà vu berlaku kepada lelaki dan wanita pada frekuensi yang hampir sama.



Sosial

Menurut beberapa kajian, déjà vu lebih lazim dalam kalangan kumpulan sosioekonomi tinggi serta kepada individu yang mempunyai pendidikan yang lebih tinggi.

Perjalanan luas

Individu yang sering melancong, mengembara atau mempunyai perjalanan yang jauh dan luas lebih cenderung untuk mengalami déjà vu. Satu kajian yang dilakukan pada 1967 mendapati bahawa déjà vu berlaku kepada 41% orang yang melakukan aktiviti-aktiviti itu, sebanyak satu hingga empat kali dalam setahun, berbanding 11 % kepada individu yang tidak pernah melakukannya langsung.

Tekanan

Kajian lain menunjukkan bahawa déjà vu lebih biasa terjadi tatkala kita letih, tertekan, atau kedua-duanya.

Ubat-ubatan

Ubat-ubatan tertentu boleh meningkatkan kebarangkalian terjadinya déjà vu. Kajian yang diterbitkan pada tahun 2001 menceritakan pengalaman seorang lelaki berusia 39 tahun yang sihat secara mental, telah mengalami déjà vu secara berulang ketika mengambil amantadine dan phenylpropanolamine untuk rawatan selesema.



Periksa Simptom anda Di Sini

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Pada Bahagian Otak Yang Manakah Deja Vu berlaku?

Mungkin mengejutkan, tetapi Deja vu tidak mempunyai kaitan dengan sebarang masalah kesihatan gangguan mental. Satu-satunya keadaan berhubung dengan “pengalaman” yang dirasai adalah Temporal Lobe Epilepsy (TLE) iaitu sejenis sawan epilepsi.

Dalam TLE, seseorang berasa seolah-olah ada ‘aura’ sebelum sawan menyerang. Bagi sesetengah orang yang menghidap TLE, aura mereka selalu merangkumi déjà vu.

Bahagian temporal otak yang secara normalnya terlibat dalam fungsi memori visual dan memproses input deria merupakan suspek utama yang menyebabkan déjà vu.

Satu kajian yang dijalankan pada tahun 2012 mendapati bahawa korteks entorhinal (bahagian otak yang berhubungan dengan memori dan deria bau) boleh menghasilkan pengalaman seperti Deja vu. Korteks ini yang terletak di bahagian tengah temporal otak juga mempunyai peranan tersendiri dalam memori spatial (kemampuan untuk mengingat bentuk, jarak, luas serta arah atau posisi seseorang) dan penyatuan memori.

Sebab Terjadinya Deja Vu

Kita telah sedikit sebanyak mengetahui cara terjadinya déjà vu, tetapi apakah puncanya? 4 teori yang membicangkan tentang teori déjà vu ialah:

  • Pemprosesan berganda
  • Neurologi
  • Memori
  • Perhatian

Tidak ada satu pun daripada teori-teori di atas dapat memberikan jawapan yang sebenar, tetapi masing-masing mempunyai idea yang sama mengenai déjà vu, iaitu tentang tahap kesedaran seseorang.

Pemprosesan berganda



Secara ringkas, teori ini berpendapat bahawa dua proses kognitif yang pada normalnya berlaku secara selari untuk seketika, menjadi tidak selari. Penjelasan bagi kategori ini dibahagi lagi kepada 4 jenis, bergantung kepada proses yang dibayangkan sebagai tidak selari itu.

Perlu diingatkan bahawa teori- teori di bawah ini merupakan beberapa teori yang lama dan mereka tidak mempunyai sebarang bukti empirikal untuk menyokongnya.

1. Kebiasaan dan mengingati perkara yang pernah berlaku

Teori ini beranggapan bahawa ‘kebiasaan’ dan ‘mengingati perkara yang pernah berlaku’ adalah dua fungsi kognitif yang biasanya berfungsi secara bersama. Sekiranya teori ‘kebiasaan’ ini dicetuskan secara salah, kita akan merasa seolah-olah sudah terbiasa berada di sesuatu tempat itu.

2. Pengekodan dan pencarian semula

Penjelasan teori ini digambarkan sebagai ‘pita perakam’. Biasanya, bahagian pita perakam yang berfungsi untuk merekod (pengekodan) dan pemain pita (dianggap sebagai ‘pencarian semula’) beroperasi secara berasingan. Ia bergantung sama ada kita menyimpan memori atau mencarinya semula.Teori ini juga mengatakan bahawa kadang kala, kedua-duanya boleh berlaku secara serentak dan tidak sengaja. Ini bermakna, kita menghasilkan rasa “kebiasaan” yang salah mengenai urutan situasi yang sedang berlaku pada waktu yang sama. Walaupun gambaran itu bunyi menyenangkan, para saintis tidak yakin mengenainya.

3. Persepsi dan memori

Teori ini mendakwa bahawa, ketika kita melihat sesebuah peristiwa, ingatan juga akan terbentuk pada waktu yang sama. Biasanya, kita lebih fokus kepada melihat peristiwa, tetapi jika kita berasa penat atau terganggu, pembentukan memori akan terjadi tepat pada waktu yang sedang kita melihat di sekeliling kita. Dengan cara ini, persepsi kita tentang “keadaan sekarang” akan muncul sebagai sebuah memori.



4. Kesedaran secara ganda

Teori ini pertama kali dipertimbangkan pada tahun 1880-an oleh Hughlings-Jackson, dia mana beliau menunjukkan bahawa kita mempunyai dua aliran kesedaran yang selari: satu mengawasi dunia luar, dan satu memerhatikan bayangan dalaman. Namun, walaupun kedua-duanya masih lagi perlu difikirkan secara dalam, tidak ada satu pun yang dapat menembusi teori saintifik moden.

Neurologi

Penjelasan neurologi déjà vu biasanya dibahagi kepada dua iaitu sawan (epilepsi) dan ‘penundaan transmisi saraf’.

Seperti yang telah disebutkan sebelumnya, individu dengan TLE lazimnya mengalami Deja vu sebagai sebahagian daripada aura sebelum sawan. Jika ini berlaku, mungkin Deja vu adalah sejenis ‘sawan kecil’. Namun, data ini tidak mempunyai sebarang sokongan. Secara umumnya, orang yang selalu mengalami déjà vu tidak terkena sawan dengan mudah.Walaupun hubungan antara déjà vu dan TLE telah terbukti, majoriti masyarakat dengan TLE tidak mengalami Deja vu sebagai salah satu ‘aura’ seperti yang dipercayai.

Ketundaan transmisi Neural                        

Terdapat beberapa versi mengenai teori ini. Salah satunya ialah déjà vu digambarkan sebagai maklumat yang bergerak dari mata melalui beberapa laluan untuk sampai ke bahagian otak yang lebih tinggi. Sekiranya maklumat daripada dua laluan tiba pada masa yang berbeza atas apa-apa sebab sekalipun, otak mungkin menganggap maklumat kedua itu sebagai maklumat yang lama.

Memori



Bahagian teori ini tertumpu kepada cara penyimpanan, pengawalan dan pencarian semula memori. Satu kajian yang menggunakan realiti maya dan berdasarkan memori telah dilakukan pada 2012. Para penyelidik mendapati bahawa sekiranya peserta kajian diberi sebuah situasi yang sangat mirip dengan situasi yang pernah mereka mengalami sebelumnya tatpi tidak dapat mengingatinya, perasaan deja vu boleh tercetus. 

Dalam kata lain, jika memori tentang sesuatu situasi tidak diingatkan semasa mereka berada dalam situasi yang mirip itu, seseorang mungkin menganggap ianya hanyalah perasaan biasa. 

Perhatian

Asas teori ini adalah sesuatu situasi atau pandangan dapat dilihat secara ringkas walaupun tanpa tumpuan penuh. Tidak lama setelah itu, situasi atau pandangan yang sama dapat dilihat kembali, tetapi dengan penuh persepsi. Persepsi yang kedua ini sesuai dengan yang pertama, dan secara tidak sengaja dianggap lebih lama daripada yang situasi yang sebenarnya, sehingga mencetuskan Deja Vu.

Kesimpulan

Walaupun teori-teori yang dinyatakan sangat menarik, tetapi tiada satu pun yang masih dapat dibuktikan. Deja vu sentiasa dianggap sebagai satu jenis pengalaman yang terhasil melalui cara-cara yang berbeza sama ada antara individu atau pada masa yang berlainan.

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Déjà vu: Re-experiencing the unexperienced. (n.d.). Retrieved September 11, 2020, from Medicalnewstoday.com
  2. Raypole, C. (2020, March 30). What Causes Déjà Vu? Retrieved September 11, 2020, from Healthline
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

8 + 9 =