Skip to content

Disengat Lebah: Tanda dan Cara Rawatan

Terkena sengat lebah merupakan satu perkara yang sangat menyakitkan dan ditakuti oleh kebanyakkan orang. Walaupun ia berbisa, namun anda boleh merawatnya di rumah. Tetapi, jika anda mempunyai alergi terhadap bisa lebah ataupun anda disengat banyak kali, anda mungkin akan mengalami reaksi yang lebih serius dan memerlukan rawatan kecemasan.

Tanda-Tanda Disengat Lebah

Sengat lebah boleh menghasilkan reaksi yang berbeza, dari hanya rasa tidak selesa ke kesan alergi yang teruk.

Kesan biasa:



Selalunya mereka yang mengalami sengatan lebah ini akan mempunyai kesan yang ringan termasuk rasa mencucuk dan sakit yang panas pada kawasan disengat. Selain itu, mereka yang disengat juga akan mengalami

  • Bengkak merah pada kawasan disengat
  • Luka kecil di tempat disengat

Dalam kebanyakan orang, bengkak dan rasa sakit akan hilang setelah beberapa jam.

Kesan sederhana:

  • Kemerahan melampau
  • Bengkak di kawasan sengat yang semakin membesar dari hari ke hari

Kesan sederhana biasanya akan hilang dalam masa lima ke sepuluh hari. Jika anda mengalami kesan sederhana, kemungkinan besar anda juga akan mengalaminya lagi di lain waktu anda disengat.

Kesan alergik teruk:



Kesan ini juga dipanggil anaphylaxis, merupakan satu keadaan yang mengancam nyawa dan memerlukan rawatan kecemasan. Tidak ramai yang akan mengalami kesan ini. Beberapa tanda kesan alahan ini adalah

  • Kemerahan, gatal pada kulit
  • Kesukaran bernafas
  • Bengkak pada lidah dan tekak
  • Loya, muntah dan cirit birit
  • Pening atau pengsan
  • Tidak sedarkan diri

Mereka yang mengalami kesan anaphylaxis akan mengalaminya kembali apabila disengat. Bincang dengan doktor anda tentang keadaan anda bagi mendapatkan langkah pencegahan.

Periksa Simptom anda Di Sini

Disengat Berkali Kali

Secara amnya, serangga seperti lebah dan tebuan tidak agresif dan  hanya akan menyengat sekiranya mereka diancam. Dalam kebanyakan kes, mereka hanya menyengat sekali atau dua kali. Dalam sesetengah kes, anda mengganggu sarang lebah menyebabkan anda disengat berkali kali.

Sekiranya anda disengat banyak kali, pengumpulan bisa dalam tubuh boleh menyebabkan terjadinya reaksi toksin dan menyebabkan anda sakit.

  • Loya, muntah, cirit birit
  • Sakit kepala
  • Pening
  • Sawan
  • Demam
  • Pengsan

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Bila Perlu Berjumpa Doktor?

Dalam kebanyakan kes, sengat lebah tidak memerlukan rawatan doktor. Namun dalam kes yang lebih teruk, anda mungkin memerlukannya.

Segera hubungi 999 atau perkhidmatan kecemasan sekiranya anda mengalami kesan serius yang mempunyai tanda tanda anaphylaxis. Jika anda diberikan EpiPen, segera suntiknya seperti diarahkan oleh doktor.

Segera berjumpa doktor dan dapatkan rawatan sekiranya anda disengat berkali kali. Jika kesan bengkak dan kemerahan tidak hilang selepas beberapa hari, anda juga perlu berjumpa doktor.



Punca-Punca Kesakitan

Apabila disengat, lebah menusukkan penyengat ke dalam kulit. Penyengat mengandungi bisa yang akan dirembeskan ke dalam kulit. Bisa mengandungi protein yang memberi kesan kepada sel kulit dan sistem imun menyebabkan kesakitan dan bengkak di sekitar tempat disengat. Bagi mereka yang mempunyai alergi terhadap sengat lebah, bisa akan mencetuskan kesan imunisai yang lebih serius.

Faktor Risiko

Terdapat beberapa faktor risiko yang akan mendedahkan anda kepada sengatan lebih seperti:

  • Anda lebih berisiko untuk mengalami sengat lebah sekiranya anda tinggal di kawasan yang aktfi dengan lebah ataupun berdekatan dengan sarang lebah
  • Anda juga lebih terdedah untuk disengat sekiranya pekerjaan atau hobi anda memerlukan anda untuk meluangkan masa di luar rumah.

Anda lebih berpeluang untuk mengalami reaksi alergi terhadap sengat lebah sekiranya sebelum ini anda pernah mengalami reaksi alegi minor terhadap sengat lebah.

Orang dewasa lebih berisiko untuk mengalami rekasi alergi yang lebih seirus berbanding kanak kanak dan lebih terdedah kepada bahaya maut sekiranya mereka mengalami kesan anaphylaxis.

Rawatan Disengat Lebah

Terdapat beberapa jenis rawatan kepada masalah ini bergantung kepada masalah ini. Ia bergantung kepada tahap simptom yang berlaku

Tahap Ringan

Cabut sengat daripada kulit dengan menggunakan kuku. Kemudian basuh kawasan kulit yang disengat menggunakan air dan sabun. Gunakan ais untuk diletakkan dikawasan kulit agar bengkak berkurangan.

Tahap Sederhana



Seperti biasa, sengat lebah tersebut perlu dicabut terlebih dahulu dengan menggunakan kuku. Kemudian anda boleh melakukan perkara ini

  • Basuh kawasan sengat dengan menggunakan sabun dan air
  • Gunakan ais pada kawasan sengatan untuk mengurangkan bengkak
  • Ambil ubat tahan sakit seperti paracematol atau ibuprofen
  • Jika sengatan ini berlaku pada tangan atau kaki, letak ia pada kawasan yang tinggi ketika baring. Perkara ini dapat mengurangkan bengkak
  • Boleh gunakan losyen calamine untuk mengurangkan kegatalan di kawasan sengatan
  • Penggunaan ubat anti-histamin seperti chlorpherinamine dapat membantu dalam mengurangkan rasa gatal dikawasan sengatan

Pesakit perlulah segera pergi ke hospital atau klinik jika mengalami simptom atau tanda yang lebih teruk daripada tahap sederhana seperti alahan

Pencegahan

Terdapat beberapa pencegahan yang anda boleh lakukan seperti:

  • Hati hati ketika meminum minuman manis di luar rumah. Periksa tin dan cawan sebelum minum.
  • Tutup bekas makanan dan tong sampah dengan betul.
  • Bersihkan sampah, sisa buahan atau najis haiwan dengan baik kerana lalat menarik minat lebah
  • Pakai kasut yang bertutup ketika berjalan di luar.
  • Elakkan memakai pakaian yang berwarna terang dan bercorak bungaan yang boleh menarik minat lebah.
  • Berhati hati ketika membersihkan halaman rumah kerana anda berisiko menganggu sarang tebuan.
  • Jika sekumpulan lebah terbang di sekitar anda, kekal bertenang dan berjalan perlahan lahan jauh dari kumpulan lebah.  Elakkan dari menghalaunya kerana ia akan merasa terancam dan menyengat anda.

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan

  1. Bee Sting – Mayoclinic
  2. Thompson DA. Bee sting. In: Adult Telephone Protocols. 4th ed. American Academy of Pediatrics; 2018.
  3. Bites and stings. American College of Emergency Physicians. .
  4. Marx JA, et al., eds. Venomous animal injuries. In: Rosen’s Emergency Medicine: Concepts and Clinical Practice. 8th ed. Philadelphia, Pa.: Saunders Elsevier; 2014.
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

four − 2 =