Skip to content

4.7 Juta katil bayi Fisher-Price ditarik balik kerana menyebabkan kematian

Siapa yang tak kenal dengan jenama Fisher-Price yang menjual pelbagai jenis permainan bayi yang berkualiti. Mereka juga menjual katil bayi yang sangat terkenal di dalam dan luar negara. Akan tetapi katil ini telah menyebabkan kematian beberapa orang bayi hingga menyebabkan ia ditarik semula daripada pasaran.

Pada 27/6/2019, syarikat ini telah mengumumkan penarikan semula katil dengan model ‘Ultra-lite Day and Night play Yard’ berserta sekali dengan aksesorinya.

Perkara ini berlaku rentetan masalah pada katil Fisher-price model lain yang telah menyebabkan kematian 30 bayi dalam masa sepuluh tahun. Katil tersebut adalah model ‘Rock ‘n Play Sleepers’. Syarikat Fisher-Price telah memanggil lebih kurang 4.7 juta katil model tersebut semula disebabkan kematian yang berlaku.

Katil Rock ‘n Play Sleepers


Kejadian ini berlaku apabila Suruhanjaya Keselamatan Pengguna Produk AS(US Consumer Product Safety Commission) telah membuat kajian dan mendapati lebih kurang 30 bayi telah mati disebabkan katil tersebut.

Katil ini berisiko menyebabkan saluran pernafasan tersumbat kerana ia meletakkan bayi pada keadaan condong sebanyak 30 darjah. Ini menyebabkan bayi senang tergolek ataupun berpusing pada posisi yang mungkin akan menyebabkan dia

  1. Tercekik ataupun
  2. Hidungnya tertutup dengan aksesori katil seperti bantal ataupun pembalut katil tersebut.

Kedua-dua perkara ini boleh menyebabkan bayi mati tanpa ibubapa sedari.

Akademi Paediatrik Amerika (American Academy of Pediatrics/AAP) iaitu persatuan yang menjaga hal ehwal kanak-kanak pula telah menyatakan bahawa katil seperti ini akan meningkatkan risiko kematian bayi secara tiba-tiba(Sudden infant death syndrome/SIDS).

Dr Kyle Yasuda iaitu Presiden kepada American Academy of Paediatrics menyatakan bahawa “Katil ini sangat berbahaya dan boleh menyebabkan kematian. Ia perlu ditarik semula secepat mungkin”. Dia juga menyatakan “Apabila ibubapa membeli sesuatu aksesori untuk bayi atau anaknya, mereka beranggapan bahawa aksesori dikedai tersebut sudah tentu selamat. Malangnya ia tidak seperti anggapan mereka. Terdapat bukti yang kuat menunjukkan katil bayi jenis ini sangat berisiko untuk menyebabkan bayi mengalami masalah pernafasan ketika tidur di dalamnya”.



Laporan daripada badan pengguna telah mengesahkan bahawa 32 kematian berkait dengan katil tersebut berlaku diantara 2011 hingga 2018 melibatkan bayi kurang daripada 3 bulan. Punca kepada kematian tersebut adalah disebabkan Asphyxia iaitu keadaan kekurangan oksigen dalam darah kerana saluran pernafasan yang tersumbat. Ia boleh disebabkan posisi badan yang menyumbati saluran pernafasan tersebut ataupun hidung bayi tersebut tertutup dengan bantal ataupun selimut.

Apakah ciri tempat tidur bayi yang selamat?

AAP mengesyorkan ibubapa untuk mewujudkan persekitaran tidur yang selamat untuk bayi dengan cara:

1) Meletakkan bayi pada bahagian belakangnya di permukaan katil yang rata berserta sarung tilam yang ketat.

Ada ibubapa yang merasakan bayinya tidak selesa tidur secara menelentang kerana risau saluran pernafasannya tersumbat. Oleh itu, mereka meletakkan anak mereka dalam posisi meniarap.

Perlu diketahui bahawa posisi menelentang adalah posisi bayi yang paling selamat dan ia tidak akan menyebabkan saluran pernafasan bayi tersumbat.

Manakala jika diletak dalam posisi meniarap, hidung bayi boleh tertutup jika terdapat selimut ataupun bantal pada bahagian mukanya. Jika anda ingin meletakkan bayi dalam keadaan ini juga, pastikan tiada bantal ataupun selimut dalam katil tersebut.

Posisi mengiring pula akan menyebabkan pesakit mudah untuk berguling hingga menyebabkan hidungnya tertutup. Oleh itu, elakkan bayi daripada tidur dengan posisi ini.

Pastikan juga pelapik tilam katil tersebut adalah ketat.



Contoh katil bayi yang bagus

2) Elakkan daripada menggunakan sarung katil yang longgar ataupun tebal.

Sarung katil yang lembut membuatkan ia senang tercabut dan menutupi hidung bayi. Begitu juga bantal dan mainan bayi. Elakkan daripada meletakkan perkara ini di atas katil bayi.

Jika anda nak juga meletakkan mainan, belilah mainan yang boleh digantung. Tetapi pastikan ianya kukuh supaya tidak tejatuh pada bayi anda.

3) Katil bayi sepatutnya terbuka dan tidak terlindung dengan apa-apa kain ataupun pelindung.

Terkadang katil bayi dihiasi dengan pelbagai perhiasan dan sebagainya hingga menyebabkan katil tersebut tertutup dan keadaan atas katil tidak boleh dilihat daripada jauh.

Dengan membuka katil tersebut, ini memudahkan ibubapa untuk melihat keadaan bayi dan membetulkan posisi bayi jika ianya terletak pada keadaan yang tidak betul.

4) Bayi tidak boleh diletakkan dalam bilik yang berasingan sehinggalah ia berumur 1 tahun.

Kajian menunjukkan meletakkan katil bayi untuk tidur bersama ibubapa dalam bilik yang sama akan mengurangkan risiko SIDS sebanyak 50%.



Elakkan bayi daripada tidur bersama dengan anda di atas katil yang sama. Bayi perlu tidur atas katil dia dan anda pula tidur atas katil anda.

4) Elakkan bayi daripada pendedahan dengan asap rokok ataupun penggunaan alkohol oleh pihak ibubapa

Kajian menunjukkan bayi yang terdedah dengan asap rokok ataupun alkohol akan lebih mudah mengalami kematian mengejut(SIDS)

Rujukan:

  1. https://fisher-pricesafety.com/
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 × 3 =