Skip to content

Penjelasan berkenaan kasut Hijau kelabu atau Putih Merah Jambu

Gambar ini telah tersebar di internet dan setiap daripada netizen mempunyai warna pilihan tersendiri apabila melihat gambar ini. Tak kurang juga ada yang bergaduh disebabkan gambar ini.

Apakah warna kasut ini?

Disamping itu, ramai juga yang mengaitkan ia dengan seseorang yang dominan pada otak kanan atau otak kiri. Katanya, jika seseorang itu dominan otak kiri, maka dia akan melihat kasut tersebut berwarna hijau dan kelabu. Manakala, jika seseorang itu dominan otak kanan, maka ia akan melihat kasut itu berwarna putih dan merah jambu. Adakah perkara ini benar?

Apakah punca warna yang dilihat berbeza dengan orang lain?

Penjelasan yang mudah adalah setiap daripada individu mempunyai tafsiran yang berlainan berkenaan dengan cahaya bergantung kepada pendedahan cahaya yang individu itu terima sebelum ini.



Ia seperti mana otak mengambil jalan pendek untuk mentafsirkan warna pada ketika itu juga tanpa perlu berfikir panjang.

Tabiat ini dikenali sebagai Unconscious inferences(Inferens tidak sedar). Bahasa mudahnya otak anda akan mentafsir secara automatik warna objek yang anda lihat tanpa memerhatikan aspek satu lagi iaitu warna cahaya/Pencahayaan(illumination).

Kajian pada tahun 2011 menunjukkan kebanyakan manusia akan terus mentafsirkan warna sesuatu objek tanpa mentafsirkan pencahayaan disekeliling objek pada ketika itu.




Ia seperti gambar diatas. Dimana gambar a) terhasil pada waktu pancaran cahaya matahari yang terus iaitu pada waktu tengahari. Gambar b) pulak adalah gambar yang terhasil ketika waktu petang iaitu ketika langit kebiruan. Kedua-dua gambar ini memberikan warna yang berbeza disebabkan aspek pencahayaan tadi. Nampak tak warna kebiruan pada gambar b). Tetapi kita masih akan cakapnya berwarna hijau kerana pengalaman kita yang mengatakan daun mesti berwarna hijau.

Berlainan pula kalau anda melihat kasut tadi sebab kasut boleh diubah-ubah warnanya. Jadi otak anda akan mentafsirkan warna yang paling dekat dengan pengalaman yang telah dialami sebelum ini.



Hanya sebahagian kecil daripada individu yang mampu mentafsirkan warna sebenar sesuatu objek walaupun pencahayaannya yang berbeza.

Ia sama seperti gambar baju yang pernah viral dibawah ini. Ada yang mengatakan bahawa warna baju adalah hitam dan biru. Ada juga yang mengatakan ia berwarna keemasan dan putih.

Oleh itu, ia bergantung kepada bagaimana otak kita mentafsirkan warna tersebut dan tafsiran otak tersebut pula bergantung kepada pendedahan warna, keadaan cahaya yang berlaku ketika itu dan juga pengalaman seseorang sebelum ini.

Wujud ke teori dominan otak sebelah kanan atau kiri?

Secara mudahnya teori ini masih lagi tidak dibuktikan benar. Bahkan sudah ada kajian yang menunjukkan perkara ini adalah mitos semata-mata.

Kajian pada tahun 2013 yang dijalankan oleh Nielsen dan kumpulannya telah menunjukkan bahawa tiada penemuan atau perbezaan dalam imej saraf dan otak bagi 1011 individu yang dikaji. Bermaksud imej otak mereka yang dikatakan mempunyai otak kanan yang dominan adalah sama seperti mereka yang mempunyai otak kiri yang dominan.

Tetapi masyarakat masih percaya akan hal ini kerana ia berkaitan dengan sifat atau karakter seseorang dan kita sangat suka membincangkan perkara tersebut. Sebagai contoh Horoscope yang dikatakan tarikh lahir akan menjadikan karakter seseorang itu sama seperti yang mereka ramalkan.




Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Kesimpulan

Perbezaan warna yang dilihat adalah disebabkan kemampuan otak yang tidak boleh dikawal dengan sendirinya. Ia bersandarkan pengalaman sebelum ini.

Perbezaan ini pula tiada kena mengena dengan bahagian otak mana yang dominan kerana ia hanya mitos semata-mata.



Rujukan:

  1. David H.Foster, Color constancy, Department of Electrical and Electronic Engineering, University of Manchester, Sackville Street, Manchester, M13 9PL England, UK.https://doi.org/10.1016/j.visres.2010.09.006
  2. https://jov.arvojournals.org/article.aspx?articleid=2600950#151450532
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

13 − 6 =