Apakah rawatan dan ubat yang betul kepada masalah ulser mulut? Artikel ini akan membincangkan perkara ini dengan lengkap.
Ulser mulut merupakan luka kecil di bahagian mulut yang biasa berlaku. Ia menyebabkan sakit dan ketidakselesaan ketika makan, minum mahupun bercakap. Ulser mulut kebiasaannya akan sembuh dengan sendirinya dalam masa beberapa hari. Namun, sekiranya berpanjangan lebih daripada dua minggu pesakit perlulah berjumpa doktor bagi pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Cara rawatan dan ubat untuk ulser mulut
Berikut adalah cara rawatan dan ubat ulser mulut bagi membantu mempercepat proses penyembuhan yang boleh dilakukan dirumah atau dapatkan dikaunter farmasi.
1. Kumur Air Garam
Berkumur dengan air garam adalah antara cara yang mudah dilakukan dirumah, namun ia menyebabkan rasa pedih dibahagian ulser ketika berkumur. Cara ini dapat membantu mengeringkan ulser tersebut.
Cara penggunaan :
- Larutkan satu sudu teh garam bersama ½ cawan air suam.
- Kumurkan larutan kedalam mulut selama 15-30saat kemudian buangkan.
- Ulang selepas beberapa jam mengikut keperluan.
2. Yogurt
Punca sebenar ulser mulut adalah tidak diketahui. Namun, Penyakit Radang Usus (Inflammatory Bowel Disease) atau jangkitan bakteria Helicobacter pylori (H. pylori) adalah salah satu punca.
Kajian mendapati kultur probiotik hidup seperti lactobacillus dapat menghapuskan bakteria H. pylori dan merawat Penyakit Radang Usus. Penggunaan yogurt yang mengandungi kultur probiotik hidup secara tidak langsung dapat membantu mengurangkan ulser mulut yang berpunca dari bakteria H. pylori dan Penyakit Radang Usus.
3. Madu
Madu sangat terkenal dengan properti antibakteria dan anti keradangannya. Menurut kajian, madu adalah effektif dalam mengurangkan kesakitan, mengecilkan saiz dan kemerahan ulser.
Cara penggunaan :
Sapukan madu dibahagian ulser 4 kali sehari.
4. Minyak Kelapa
Kajian mendapati minyak kelapa juga mempunyai properti antibakteria yang dapat membantu merawat ulser mulut yang disebabkan oleh bakteria dan mengurangkan risiko merebak. Minyak kelapa juga mempunyai properti anti keradangan bagi mengurangkan sakit dan kemerahan ulser.
Cara penggunaan :
Sapukan minyak kelapa pada bahagian ulser beberapa kali sehari sehingga sembuh.
5. Susu Magnesia
Susu magnesia mengandungi magnesium hidroksida yang merupakan peneutral asid. Penggunaan susu magnesia dapat mengubah pH di dalam mulut bagi menyembuhkan ulser.
Cara penggunaan :
- Sapukan susu magnesia dalam kuantiti yang sedikit pada bahagian ulser.
- Biarkan untuk beberapa saat, kemudian bilas.
- Ulang 3 kali sehari.
6. Bunga Chamomile
Bunga chamomile mempunyai khasiat bagi menyembuhkan luka dan mereda kesakitan. Dua kompaun yang mempunyai properti anti keradangan dan antiseptik dalam bunga chamomile adalah azulene dan levomenol. Penggunaan uncang teh chamomile dapat meredakan ulser.
Cara penggunaan :
1. Letakkan uncang the chamomile pada bahagian ulser dan biarkan beberapa minit.
Atau
2. Kumur dengan air teh chamomile.
Ulang mana-mana cara rawatan 3 ke 4 kali sehari.
7. Daun Sage
Daun sage telah digunakan secara tradisional bagi merawat radang mulut. Ia mengandungi properti antibakteria, antikeradangan dan astringen yang juga dapat meredakan kesakitan ulser. Ubat kumur sage boleh didapatkan difarmasi atau disediakan sendiri rebusan daun sage untuk dibuat berkumur.
8. Ubat Kumur DGL
Ubat kumur DGL diperbuat daripada deglycyrrhizinated licorice (DGL) merupakan ektrak herba likoris (Pokok Akar Manis) juga mempunyai khasiat anti keradangan dan mampu meredakan ulser mulut. DGL juga boleh didapati dalam bentuk tampalan mulut yang lebih mudah diletakkan dibahagian ulser dan biarkan dalam masa 30minit.
9. Lozenges zink
Sistem immuniti badan yang lemah juga menjadi punca ulser mulut. Zink merupakan mineral yang dapat membantu meningkatkan immuniti badan bagi mencegah bakteria yang menyebabkan ulser mulut. Secara tidak langsung, pengambilan lozenges zink dapat membantu merawat ulser mulut dengan lebih cepat.
Ubat yang terdapat dipasaran bagi mengurangkan sakit dan mempercepat proses penyembuhan ulser mulut pula terbahagi kepada dua iaitu yang mengandungi steroid dan ubat tanpa steroid. Ubat yang mengandungi steroid sebagai contoh Triamcinolone Acetate dan Dexamethasone perlu digunakan dibawah seliaan doktor atau ahli farmasi. Ubat ulser mulut tanpa steroid bertindak sebagai pembunuh kuman dan penahan sakit. Contohnya adalah Benzydamine, Hyaluronic Acid, Povidone-iodine dan Choline salisylate. Ubat – ubatan bagi ulser mulut ini terdapat dalam pelbagai bentuk seperti cecair kumuran, semburan, gel sapuan dan sebagainya.
10. Gunakan ubat semburan atau sapuan
Terdapat beberapa jenis ubat sapuan atau semburan yang boleh mengurangkan sakit dibahagian ulser.
Ubat semburan atau sapuan yang anda boleh cuba:
Penggunaan pada kanak-kanak perlulah mendapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi
Bilakah anda perlu berjumpa doktor ?
Jika anda mengalami simptom seperti ini, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor.
- Saiz ulser lebih besar daripada biasa
- Kuantiti ulser yang banyak
- Ulser baru muncul sebelum ulser yang lama sembuh
- Ulser tidak sembuh selepas dua minggu
- Ulser merebak ke bibir
- Ulser menyebabkan sakit yang ekstrem
- Tidak boleh makan dan minum kerana ulser
- Ulser diiringi demam
Rujukan:
- Aphthous ulcers. (2002). Healthcenter
- Canker sores: Treatment. (2007).
- El-Haddad SA, et al. (2014). Efficacy of honey in comparison to topical corticosteroid for treatment of recurrent minor aphthous ulceration: A randomized, blind, controlled, parallel, double-center clinical trial [Abstract].
- Hamidpour M, et al. (2014). Chemistry, pharmacology, and medicinal property of sage (Salvia) to prevent and cure illnesses such as obesity, diabetes, depression, dementia, lupus, autism, heart disease, and cancer.