Skip to content

Tabiat permakanan yang pelik tanda awal masalah Autism

Kebanyakan daripada kanak-kanak suka memilih makanan dan mereka ini selalu kita sebut sebagai ‘picky eater’. Tetapi jika tabiat permakanannya menjadi terlalu ekstrem, maka ia boleh menjadi salah satu tanda awal masalah autism mengikut daripada satu kajian terbaru.

Satu kajian mendapati tabiat permakanan yang lain daripada biasa seperti sangat sensitif dengan tekstur makanan ataupun suka menyimpan makanannya dalam mulut tanpa menelan merupakan salah satu tanda tanda autism. Perkara ini terdapat dalam 70% kanak-kanak yang mempunyai autism dan tabiat ini adalah 15 kali ganda lebih banyak berbanding kanak-kanak biasa.

Untuk kajian ini, mereka telah menganalis apa yang diperkatakan oleh ibubapa terhadap tabiat makanan anak mereka dan jumlah peserta adalah 2000 orang.



Kajian ini membandingkan 2 kumpulan dimana satu kumpulan adalah kanak-kanak yag normal dan satu lagi kumpulan adalah kanak-kanak yang mengalami masalah autism.

Keputusannya mereka menjumpai satu tabiat permakanan yang sangat ekstrem bagi kanak-kanak yang mengalami autism ini berbanding kanak-kanak biasa.

Tabiat pemakanan yang lain daripada biasa dan berlaku pada kanak-kanak umur setahun mungkin menjadi petanda kepada autism dan ibubapa perlu peka dengan perkara ini.

Kata Prof Susan Mayes, salah seorang doktor pakar psikiatri yang terlibat dalam kajian tersebut.

Oleh itu, ibubapa perlu peka dengan tabiat-tabiat permakanan yang pelik dihadapi oleh anak anda supaya diagnosis autism dapat dibuat seawal mungkin.

Perlu diketahui bahawa autism yang dapat diberikan rawatan pada awal usia membolehkan kanak-kanak tersebut berfungsi dengan baik di dalam masyarakat ketika dia besar. Disebabkan cara mereka belajar adalah lain daripada yang lain, maka perlunya kepakaran dalam mengajar kanak-kanak yang mempunyai masalah ini.

Tabiat permakanan yang dikaitkan dengan Autism

Ini penting. Ibubapa perlu peka terhadap tabiat permakanan ini. Beberapa tabiat permakanan yang perlu ibubapa lihat perhatikan pada kanak:

  • Suka menyimpan makanan di dalam mulut tanpa menelan
  • Hanya memakan makanan daripada satu jenis jenama sahaja. Contoh hanya makan roti jenama Gardenia sahaja. Jenama roti lain kanak-kanak itu tidak akan makan.
  • Tidak akan menggaul atau mencampurkan makanan. Makanan tersebut perlu berada dalam keadaan berasingan. Nasi duduk disini, lobak duduk disitu, ayam duduk disini.
  • Hanya makan makanan yang diletakkan dalam pinggan yang dia sukai. Kalau makanan itu diletakkan dalam pinggan lain, dia tidak akan makan makanan tersebut
  • Hanya makan makanan yang dihidangkan dengan cara yang tertentu sahaja. Kalau hidangan tersebut lain daripada lain, dia tidak akan makan makanan tersebut.
  • Ataupun apa-apa sahaja tabiat permakanan yang dikira sebagai sesuatu yang ekstrim oleh ibubapa.


Walaupun setiap daripada kanak-kanak akan disaring di klinik untuk masalah autism ini, ibubapa terlebih dahulu boleh mengesan masalah tersebut dan berbincang dengan doktor untuk menentukan sama ada kanak-kanak tersebut mempunyai masalah autism ataupun tidak.

Walaubagaimanapun, diagnosis autism masih tertakluk kepada bagaimana kanak-kanak ini bersosial dengan orang lain, karakter-karakternya bila bermain dan banyak lagi. Tabiat permakanan ini pula dapat membantu sedikit sebanyak ibubapa untuk lebih peka terhadap perkembangan anak mereka.

Rujukan:

  1. Mayes, S. D., & Zickgraf, H. (2019). Atypical eating behaviors in children and adolescents with autism, ADHD, other disorders, and typical development. Research in Autism Spectrum Disorders, 64, 76–83. doi:10.1016/j.rasd.2019.04.002
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

3 − one =