Skip to content

Tidak Datang Haid: Punca dan Rawatan

Wanita yang tidak datang haid atau terlepas kitaran haid yang biasa disebut sebagai mengalami amenorrhea. Ia normal jika terjadi sewaktu proses kehamilan ataupun selepas menopaus. Namun, jika anda terlepas kitaran haid anda tanpa keadaan di atas, ia mungkin merupakan simptom kepada masalah kesihatan yang lain.

Terdapat 2 jenis amenorrhea atau tidak datang haid. Jenis yang pertama ialah mereka yang langsung tidak pernah mengalami kitaran haid setelah mencecah umur 16 tahun. Jenis ini dipanggil primary amenorrhea. Kebiasaannya, ia disebabkan oleh struktur sistem reproduktif yang tidak normal dan menghalang kitaran haid berlaku secara normal.

Jika anda tidak mengalami kitaran haid sebanyak 3 bulan setelah mengalami kitaran hadi yang normal 9 bulan sebelumnya, anda mungkin mempunyai secondary amenorrhea. Jenis sekunder ini adalah lebih kerap terjadi kepada wanita.

Punca tidak datang haid



Sebagai contohnya, wanita yang tidak datang haid kerana jenis primary boleh berpunca dari masalah organ peranakan. Ia mungkin merupakan tanda organ tidak matang atau tidak berfungsi.

Masalah pada kelenjar thyroid dan pituitari boleh menyebabkan gangguan kitaran haid jenis secondary. Dua kelenjar ini memainkan peranan penting dalam penghasilan hormon yang terlibat dalam proses kitaran haid yang normal.

Antara sebab lain ialah:

  • Obesiti
  • Kurang nutrisi
  • Anorexia nervosa
  • Turun berat badan mendadak atau kurang berat badan
  • Polycystic ovarian syndrome
  • Kanser ovari
  • Cyst dalam ovari
  • Parut pada dinding rahim kerana proses seperti dilation and curretage( proses rutin bagi wanita yang gugur)
  • Masalah kelenjar thyroid samada kalenjar hyperaktif atau kurang aktif
  • Masalah hormon
  • Stres atau depresi
  • Penggunaan setengah ubatan seperti ubat anti psikotik yang mungkin mengganggu kitaran haid
  • Penggunaan pil perancang keluarga

Antara sebab semulajadi terlepas kitaran haid jenis secondary ialah kehamilan, penyusuan bayi dan menopaus.

Periksa Simptom anda Di Sini

Mengenal pasti punca tak datang haid



Segera berjumpa doktor sekiranya anda telah terlepas kitaran haid selama 3 bulan berturut turut ataupun jika anda berusia 16 tahun dan masih belum mengalami kitaran haid normal. Ia mungkin merupakan tanda kepada masalah lain yang perlu mendapat perhatian doktor.

Bagi mendiagnos puncanya, doktor perlu membuang kemungkinan anda mengandung atau menopaus. Doktor juga mungkin memerlukan maklumat yang lebih terperinci mengenai simptom dan rekod kesihatan anda seperti simptom lain yang mungkin anda alami seperti sakit perut, perut kembung, tarikh akhir kitaran haid anda, tempoh kebiasaan kitaran haid anda, ubatan yang anda ambil termasuk pil perancang, suplemen, perubahan diet atau berat badan.

Setelah itu, doktor akan melakukan pemeriksaan pelviks bagi memeriksa keadaan organ seperti cerviks, vagina, rahim dan ovary.

Setelah itu, anda mungkin juga perlu melakukan ujian lain bagi mengenal pasti punca:

  • Ujian kehamilan
  • Ujian fungsi kelenjar thyroid bagi melihat sekiranya terdapat gangguan pada fungsi thyroid
  • Ujian fungsi ovari dengan melihat kadar hormon FSH bagi menentukan ovari berfungsi secara normal atau tidak
  • Ujian ultrasound pelvis bagi melihat struktur sistem reproduktif anda
  • Ujian CT scan bagi melihat sekiranya ada gangguan pada ovari, rahim dan cerviks.
  • Ujian MRI otak bagi mengenal pasti sekiranya terdapat ketulan yang mungkin merupakan ketumbuhan pituitary yang boleh merencatkan penghasikan hormon dan kitaran haid.
  • Ujian skol iaitu hysteroscopy di mana doktor memasukkan kamera kecil melalui vagina bagi melihat struktur rahim dan sistem reproduktif yang lain.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Rawatan bagi wanita yang tak mengalami haid

Rawatan akan bergantung kepada punca tidak datang haid. Bagi primary, kebanyakannya terjadi kerana genetik iaitu sejarah wanita dalam keluarga yang mengalami kitaran haid yang lambat. Oleh itu, doktor mungkin meminta anda untuk menunggu dan memantau simptom anda.  Jika terdapat masalah pada struktur sistem reproduktif, pembedahan mungkin diperlukan bagi membetulkan masalah tersebut.

Bagi secondary pula, beberapa jenis rawatan mungkin diperlukan. Secara amnya, anda mungkin memerlukan perubahan gaya hidup yang lebih aktif, mengurangkan stres dan mengurangkan berat badan anda.

Jika ia berpunca daripada masalah kelenjar thyroid, anda mungkin memerlukan rawatan hormon bagi mengatasi masalah ini.

Jika anda mengalami Polycystic ovarian syndrome iaitu PCOS, anda memerlukan rawatan ubat-ubatan, terapi menurunkan berat badan dan rawatan lain.



Jika anda mempunyai masalah berkaitan ovari seperti cyst, pembedahan mungkin diperlukan bagi membuang cyst tersebut. Jika anda mempunyai kegagalan fungsi ovari, anda mungkin memerlukan terapi hormon.

Bacaan lain: PCOS, masalah tiroid seperti hipertiroid atau hipotiroid

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Amenorrhea. (2017).
  2. Infertility FAQs – CDC (2019).
  3. Mayo Clinic Staff. (2019). Amenorrhea.
  4. Sumber featured image: photo created by freepik – www.freepik.com
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

8 + one =