Skip to content

Ubat Acyclovir: Kegunaan, Dos dan Kesan Sampingan

Tahukah anda ancaman serangan penyakit bukan sahaja dari bakteria semata-mata? Jangkitan kulat semestinya ada berlaku, tetapi jangkitan virus juga jangan dipandang remeh. Virus bukan hanya sekadar ada pada komputer, malah ada juga pada manusia! Artikel kali ini akan membincangkan satu ubat jenis antiviral kerap digunakan iaitu acyclovir.

Kegunaan

Acyclovir merupakan salah satu ubat antiviral yang digunakan untuk melawan jangkitan virus. Untuk ubat acylclovir ini ia boleh digunakan untuk merawat

Ubat ini hanya boleh dipreskrib oleh doktor pakar (untuk ubat tablet serta sirap ampaian) dan pakar perunding (untuk ubat suntikan serta krim, salap dan salap mata) sahaja. Pembelian di luar amat memerlukan preskripsi dari mereka. FDA mengklasifikasikan penggunaan ubat ini secara rasminya sebagai rawatan untuk

  • Jangkitan herpes simplex di kemaluan
  • Jangkitan herpes simplex bahagian kulit dan membran mukus badan (mukokutaneus) yang tidak membahayakan nyawa – dalam kalangan pesakit berimuniti rendah (immunocompromised)
  • Jangkitan herpes simplex di kornea mata (keratitis)
  • Herpes zoster (kayap)
  • Herpes simplex labialis (jangkitan herpes simplex pada bahagian mulut)
  • Jangkitan virus Varicella – (chicken pox)


Antara kegunaan di luar indikasi (off-label) bagi acyclovir termasuklah:

  • Bell’s palsy (muka herot sebelah)
  • Nekrosis akut pada retina mata (disebabkan virus varicella dan herpes simplex)
  • Eczema disebabkan virus herpes simplex (eczema herpeticum)
  • Profilaksis (pencegahan) dari virus Varicella zoster (cacar air)
  • Jangkitan herpes pada mulut (labialis) dan kemaluan bagi pesakit HIV/AIDS
  • Herpes zoster yang melibatkan kayap dalam pesakit HIV/AIDS
  • Herpes zoster melibatkan sindrom Ramsay-Hunt (jangkitan herpes zoster melibatkan muka dan deria pendengaran)  
  • Rawatan pencegahan untuk herpes zoster
  • Merawat dan mencegah penularan virus Varicella zoster dalam pesakit HIV/AIDS

Cara Penyimpanan

  • Ubat jenis sirap, ubat tablet dan kapsul: Simpan antara 15 – 25°C, jauhkan dari keadaan lembap dan cahaya..
  • Ubat jenis krim/ salap/ salap mata: Simpan bawah 25°C (suhu bilik amat digalakkan).

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Dos

Simpanan dalam fasiliti kerajaan menurut Formulari Kebangsaan biasanya merujuk kepada hanya dos-dos berikut:

Ubat krim

Krim 5%: Untuk jangkitan herpes simplex terutamanya serangan awal dan berterusan pada bahagian mulut dan anggota kemaluan- disapu setiap 4 jam (5 kali sehari) untuk 5 – 10 hari. Digalakkan untuk diguna selepas simptom prodromal (menandakan permulaan serangan virus herpes seperti rasa sakit-sakit, kegatalan dan kemerah-merahan).

Ubat Sapuan mata



Ubat salap mata 3% (satu tiub 3.5g): Bagi jangkitan akut keratitis disebabkan herpes dalam pesakit dewasa dan kanak-kanak- keluarkan ubat salap dari tiub berukuran 1 cm dan masukkan ke dinding konjunktiva mata setiap 4 jam, 5 kali/hari sehingga jangkitan sembuh sepenuhnya.

Selepas sembuh, teruskan melakukan perkara sama sekurang-kurangnya 3 hari (ada rujukan menyatakan sehingga 7 hari).

Ubat makan

Untuk ubat acyclovir jenis tablet ia mempunyai 2 kekuatan iaiti 200mg dan 800mg. Jenis ubat ini selalunya digunakan untuk merawat kayap dan cacari airl

Dewasa: 800 mg 5 kali/hari (7 pagi, 11 pagi, 3 ptg, 7 ptg, 11 malam) untuk 7 hari.

Kanak-kanak: dos mengikut berat badan 20 mg/kg/dos 4 kali sehari (untuk 2 tahun ke atas). Pesakit lebih 40 kg mengikut dos dewasa. Dos tidak boleh melebihi 800 mg.

Ada juga terdapat sediaan lain yang mungkin boleh digunapakai melibatkan ubat acyclovir seperti:

  • Ubat salap 5%: Sama penggunaan seperti ubat krim juga, diguna 5 kali sehari pada bahagian mulut/serata mulut untuk 5-10 hari. Bagi bahagian kemaluan pula, penggunaan ubat ini perlu disapu sepenuhnya pada tempat yang terkena jangkitan setiap 3 jam, 6 kali sehari untuk 7 hari.

Dos untuk pesakit kegagalan buah pinggang:



  • Oral
    • Rawatan menangkis jangkitan herpes simplex berulang dan jangkitan melibatkan virus herpes simplex utama
      • <10 ml/min: 200 mg selang 12 jam (2x/hari)
    • Kayap disebabkan herpes zoster serta rawatan varicella zoster
      • <10 ml/min:  800 mg selang 12 jam (2x/hari)
      • 10-24 ml/min: 800 mg selang 8 jam (3x/hari)

Brand ubat yang ada dalam pasaran

Ubat yang terdapat di dalam pasaran adalah:

  • Krim 5% w/w:
    • Zovirax (GSK),
    • Medovir (Komedic),
    • Acyclovir Stada (DKSH), V
    • irest (Hovid),
    • Virless (YSP),
    • Zirax (Prime Pharmaceuticals),
    • Acylete (Kireen Pharamceuticals)
    • Vicide (Pahang Pharmacy),
    • Declovir (HOE), Zorax (Sunward),
    • Zevin (Zevin),
    • Axcel Acyclovir (Kotra Pharma),
    • Avorax (Xepa sp)
  • Ubat Sirap 200 mg/5 ml:
    • Zovirax (GSK),
    • Zorax (Sunward)
  • Tablet
    • Zovirax (jenis mudah larut air) (GSK),
    • Virest 200 (Hovid),
    • Virless (YSP),
    • Acic 200 (Imeks),
    • Acyclovir 200 Stada (DKSH),
    • Pharmaniaga Aciclovir 200 mg (Pharmaniaga),
    • Zevin (Zevin),
    • Virox (SM),
    • Avorax (Xepa sp)

Cara Ubat Berfungsi

Acyclovir adalah ubat analog purina, antara komponen penting dalam penghasilan replikasi DNA virus. Dalam sel virus, enzim thymidine kinase menukarkan acyclovir ke bahan aktifnya acyclovir monofosfat sebelum diaktifkan oleh enzim dalam sel badan pesakit ke acyclovir trifosfat.

Ia seterusnya menghentikan proses sintesis DNA virus sepenuhnya apabila acyclovir menanggam secara kompetitif DNA polymerase virus lalu memasuki proses pemanjangan DNA virus mengakibatkan pemutusan rantaian DNA virus herpes dan varicella dalam kes ini.

Enzim thymidine kinase virus lebih sensitif terhadap acyclovir daripada enzim yang sama dihasilkan dari tubuh badan kita, jadi kesan toksisiti tidak berlaku pada manusia.

Kesan sampingan

Berikut kesan yang direkodkan:

  • Rasa sensasi pada deria (kebas, sensitif dsb)
  • Sakit-sakit abdomen badan
  • Loya dan muntah
  • Cirit-birit
  • Demam
  • Letih
  • Pening dan sakit kepala
  • Kegagalan hati (dalam masa singkat sahaja)
  • Rasa kepanasan/ menyengat di kawasan kulit (penggunaan krim)
  • Sakit di tempat injeksi (untuk infusi intravena)
  • Kesan hipersensitiviti (gatal-gatal, bintik-bintik merah, sensitif cahaya, keguguran rambut)
  • Konjunktivitis folikel mata, sakit mata menyengat (untuk ubat salap mata)

Kesan serius:

  • Thrombotic thrombocytopenic purpura (TTC) (sejenis kesan jarang berlaku pada peredaran darah melibatkan pembuluh darah kecil apabila pembekuan darah berlaku menyebabkan darah beroksigen yang dihantar ke organ penting seperti jantung, ginjal dan otak tersekat)
  • Simdrom uremik hemolitik (juga penyakit jarang berlaku pada sistem darah)
  • Anemia, trombositopenia dan leukopenia (infusi intravena)
  • Kegagalan fungsi buah pinggang, sakit buah pinggang disebabkan fungsi buah pinggang berkurangan atau pembentukan kristal garam dalam air kencing (boleh dikurangkan dengan pengambilan air yang cukup)

Disebabkan itulah ubat ini tidak digalakkan penggunaannya bagi pesakit hipersensitif pada acyclovir, dan jenis antivirus yang sama seperti valacyclovir.

Peringatan (precaution)

Penggunaan boleh diberikan secara pantauan pada:



  • Pesakit imuniti rendah (terutamanya pesakit HIV/AIDS)
  • Dos tinggi
  • Pesakit kegagalan buah pinggang bawah 50 ml/min
  • Warga tua – fungsi buah pinggang berkurangan, penyesuaian dos dan pastikan penghidratan mencukupi.
  • Pesakit mengandung – Kategori B FDA, tetapi pembekal biasanya hanya menggalakkan penggunaan ubat jika manfaat melebihi mudarat
  • Pesakit menyusu – terdapat kepekatan jelas sehingga 0.3 mg/kg/dos dalam badan anak (bagi dos 200 mg 5x/hari) tetapi masih lagi perlu digunakan berhati-hati.
  • Kanak-kanak

Interaksi antara ubat

Bertanyalah pada para doktor jika ada mengambil apa-apa ubatan diambil bersama acyclovir. Berikut adalah antara ubat yang kerap berinteraksi dengan acyclovir:

  • Ubat sawan (valproic acid, sodium valproate, phenytoin): acyclovir menghalang penyerapan ubat
  • Menaikkan toksisiti ubat asma (theophylline dan aminophylline), hematotoksisiti bersama ubat imuosupresan (mycophenolate mofetil).
  • Mengurangkan fungsi buah pinggang dan menaikkan toksisiti renal bersama-sama ubat antikulat (amphotericin B), ubat antiprotozoa (pentamidine), imunosupresan (tacrolimus).
  • Melambatkan penyingkiran acyclovir dari badan: probenecid (ubat gout), cimetidine (ubat gastrik)

Kesan terlebih dos

Ubat ini separuh daripadanya masuk ke dalam sistem badan. Pengambilan 20 g acyclovir secara terus tidak ada menyebabkan kesan sampingan. Namun begitu, menelan secara sengaja dan berulang kali ubat ini selama beberapa hari mungkin mengakibatkan

  • Kesan dari perut (loya dan muntah)
  • Kesan kepada otak (halusinasi dan sakit kepala).

Kesan lain yang direkodkan adalah:

  • Kemunduran parameter fungsi buah pinggang (blood urea nitrogen, bacaan kreatinin)
  • Kesan otak lain dalam pendedahan infusi (halusinasi, kegelisahan, sawan dan koma)

Kebiasaannya pesakit perlu dipantau rapi untuk melihat sebarang gejala toksisiti. Jika perlu hemodialisis boleh dilakukan pada pesakit tersebut.

Rujukan

  1. MIMS Gateway
  2. Micromedex
  3. Medscape
  4. BNF 78
  5. Buku Biru Formulari Farmaseutikal Kebangsaan, Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia
  6. Jabatan Farmasi Hospital Selayang & Hospital Selayang. (2015). Dilution Protocol (3rd Edition).
  7. Zovirax powder for I.V. infusion: Aciclovir [Internet].
  8. Aciclovir 200mg tablets – Medicines.org
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

fifteen − 11 =