Skip to content

Ubat Gemfibrozil: Kegunaan, Dos dan Kesan Sampingan

Apakah kegunaan ubat gemfibrozil? Artikel ini akan membincangkan kegunaan ubat gemfibrozil, dos dan kesan sampingan yang mungkin akan dialami oleh seseorang

Penggunaan

Gemfibrozil membantu menurunkan kadar kolesterol dan trigliserida (lemak). Seperti sedia maklum, kolesterol dan trigliserida yang berlebihan dalam badan boleh meningkatkan risiko salur darah tersumbat. Hal ini boleh menyebabkan kepada penyakit yang lebih serius seperti strok dan penyakit jantung.

Walaubagaimanapun, rawatan menggunakan ubat ini masih memerlukan pengelolaan kolesterol lengkap yang harus meliputi senaman, aktiviti fizikal, diet dan gaya hidup yang sihat.



Artikel Berkaitan: Punca Kolesterol Tinggi

Jenama Ubat Gemfibrozil

Terdapat beberapa jenama di Malaysia iaitu:

  • Brozil,
  • Lopid,
  • Pharmaniaga Gemfibrozil

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Dos Ubat ini

Bentuk dos Gemfibrozil boleh didapati dalam bentuk tablet 600 mg. Dos yang disyorkan untuk hipertrigliseridemia adalah 1200 mg secara oral setiap 12 jam iaitu sehari makan sebiji tablet 600mg setiap 12jam. Dianjurkan untuk makan ubat ketika perut kosong atau caranya ambil ubat ini 30 minit sebelum makan pagi dan malam. Lain pula cara pemakanan untuk dos sekali sehari. Lazimnya, doktor akan mempriskripsi untuk mengambil dos sebanyak 900 mg sahaja bersamaan 1 biji setengah tablet.

Pengubahsuaian dos Sekiranya terdapat gangguan buah pinggang ringan / sederhana, disyorkan untuk menggunakan ubat ini dengan berhati-hati dan dipantau doktor. Biasanya dosnya juga ialah 900mg sehari.

Sekiranya tindak balas terapi terhadap gemfibrozil tidak kompeten setelah tiga bulan rawatan, doktor akan menyarankan untuk menangguhkan gemfibrozil. Oleh itu, jangan berhenti mengambil selagi doktor anda belum mengarahkan sedemikian.

Cara Penyimpanan



Seperti ubat-ubatan yang lain, simpan ubat ini pada tempat yang sejuk atau di suhu yang kurang daripada suhu bilik.  Semestinya jauhkan strip atau kotak ubat-ubatan daripada kanak-kanak. Jangan makan selepas tarikh tamat tempoh yang tertera pada strip atau kotak ubat.

Sebagai contoh “EXP: NOV 2022”, tarikh tamat tempoh ini merujuk kepada hari terakhir pada bulan yang dinyatakan itu. Tetapi kebanyakan kilang ubat kini telah menulis tarikh luputnya dengan lengkap seperti “30112022” di tepi atau belakang strip ubat.

Selain itu, anda juga dinasihatkan agar tidak memakan mana-mana ubat-ubatan setelah anda dapati perubahan pada rupa tablet ini. Pelupusan, jangan buang ubat bersama-sama air sisa atau sampah dari rumah. Beranyalah ahli farmasi tentang cara membuang ubat yang tidak diperlukan lagi.

Cara Ubat Berfungsi

Gemfibrozil mampu menghalang lipolisis periferal dan mengurangkan penyingkiran hepatik asid lemak bebas, seterusnya mengurangkan pengeluaran trigliserida pada hati.

Kesan Sampingan

Beberapa kesan sampingan yang biasa dilaporkan adalah:

  • Dispepsia iaitu keadaan sakit atau tidak selesa pada perut
  • Kurang selera makan,
  • Keletihan,
  • Ruam,
  • Virtigo,
  • Fibrilasi atrium iaitu denyutan jantung yang dirasakan tidak teratur,
  • Sakit perut
  • Mual,
  • Muntah
  • Cirit-birit atau Sembelit, dan
  • Sakit kepala.

Beberapa kesan sampingan mungkin serius, walaupun tidak biasa. Maklumkan kepada doktor dengan cepat sekiranya anda mengalami kekejangan atau kelemahan otot, sakit perut yang teruk, kulit dan mata menguning, air kencing bewarna coklat gelap, mata dan mulut membengkak serta keletihan yang tidak biasa.       

Menurut journal perubatan, antara kesan sampingan yang lebih kerap berlaku semasa penggunaan gemfibrozil dengan rawatan ubatan anti kolesterol yang lain di dalam kumpulan ‘statin’ ialah seperti

  • Apendisitis (inflamasi appendiks)
  • Cholelithiasis (batu karang hempedu)
  • Angioedema (kebocoran cecair di dalam tisu)
  • Hipokalemia (kekurangan potasium dan kalium)
  • Miopati, dan
  • Ketidak selesaan perut.

Antara contoh ubat-ubatan kumpulan ‘statin’ seperti atorvastatin, simvastatin, lovastatin, fluvastatin dan lain-lain lagi.



Kesan sampingan yang dilaporkan kurang kerap (kurang daripada 1 peratus di seluruh dunia) adalah myalgia iaitu sakit otot dan juga rhabdomyolysis iaitu sindrom atau gejala kerosakan tisu otot.

Langkah berjaga-jaga

Journal perubatan telah melaporkan kes-kes kemerosotan fungsi ginjal pada beberapa pesakit dan ubat ini dikontraindikasikan pada pesakit dengan gangguan hati dan gangguan buah pinggang yang teruk. Wanita hamil juga tidak boleh mengambil ubat ini. Kepada pesakit yang bukan muslim, sila jauhi minuman beralkohol semasa rawatan dengan ubat ini.

Interaksi Antara Ubat

Gemfibrozil berpotensi berinteraksi dengan ubat lain; disyorkan untuk memantau perubahan dos atau frekuensi. Beritahu doktor anda jenis ubat yang anda makan sekarang untuk mengelakkan terapi kombinasi gemfibrozil dengan ubat berikut: simvastatin, kumpulan ubat anti diabetik seperti insulin, gliclazide, rosiglitazone, chlorpropamide. Selain itu, ubat dasabuvir (antiviral untuk merawat hepatitis C), warfarin (ubat cair darah), ciclosporin (penyakit rheumatoid) dan juga suplimen herba yang mengandungi yis beras merah.

Kesan Terlebih Dos

Pada mulanya, gemfibrozil boleh menyebabkan pening dan penglihatan kabur namun demikian keadaan seperti yang dibincangakan di dalam sub-tajuk kesan sampingan mungkin akan berlaku secara akut. Sila hubungi pihak perubatan dengan kadar yang segera. Oleh itu, jangan gandakan dos ubat jika pesakit terlupa. Jika terlupa, terus makan apabila teringat. Jaga jarak pemakanan ubat iaitu selama 12 jam.

Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

eight − 5 =