Skip to content

Penyakit Tiroid: Punca, Simptom dan Rawatan

Terdapat pelbagai penyakit tiroid dan setiap daripadanya mempunyai cara rawatan yang berbeza. Ia berpunca daripada kalenjar tiroid yang terletak pada bahagian leher. Kalenjar ini berbentuk rama-rama dan ia berfungsi merembeskan hormon tiroid(thyroxine) yang berfungsi untuk mengawal metabolisma dalam badan.

Beberapa jenis penyakit akan timbul jika kalenjar tiroid tersebut menghasilkan hormon tiriod yang berlebihan(hipertiroid) atau kurang(hipotiroid)

Penyakit-penyakit tersebut adalah:

1. Hipertiroid



Dalam masalah ini, kalenjar tiroid menghasilkan hormon tiroid secara berlebihan. Selalunya masalah ini mudah berlaku pada wanita berbanding lelaki.

Salah satu punca yang menyebabkan masalah ini adalah ‘Graves’ disease’ dimana sel imun badan sendiri menghasilkan antibodi yang merangsang kelenjar tiroid untuk menghasilkan hormon yang lebih banyak. Punca-punca lain boleh disebabkan goiter dan juga nodul pada kalenjar itu sendiri.

Penghasilan hormon yang berlebihan ini akan menyebabkan simptom:

  • Berasa gementar
  • Jantung berdebar
  • Mudah rasa marah
  • Berpeluh dengan lebih banyak daripada biasa
  • Tangan asyik menggeletar
  • Susah tidur
  • Kulit nipis
  • Rambut rapuh
  • Berat badan berkurangan dengan banyak

Ujian dan rawatan penyakit hipertiroid

Cara untuk mengesan masalah ini adalah dengan mengukur hormon tiroid di dalam darah. Bacaan hormon tiroid(thyroxine) yang tinggi dalam darah menunjukkan pesakit mempunyai masalah hipertiroid.



Rawatan yang diberikan kepada pesakit adalah:

  • Ubat carbimazole: Ubat ini berfungsi dengan cara merencat penghasilan hormon tiroid.
  • Radioaktif iodine: Ubat ini digunakan untuk membunuh sel tiroid pada kalenjar tiroid. Ini kerana sel tiroid memerlukan unsur iodine untuk menghasilkan hormon tiroid. Tetapi disebabkan iodine ini jenis ini tidak stabil, ia akan melepaskan gelombang radioaktif yang rendah bertujuan untuk membunuh sel tiroid.
  • Pembedahan: Bertujuan untuk membuang kalenjar tiroid tersebut.

BACAAN SEPENUHNYA: Hipertiroid

2. Hipotiroid

Masalah hipotiroid adalah berlawanan dengan hipertiroid. Kalenjar tersebut tidak aktif dan tidak mampu menghasilkan hormon tiroid yang mencukup untuk badan.

Masalah ini selalunya disebabkan penyakit Hashimoto’s, pesakit yang kalenjar tiroidnya sudah dibuang, ataupun mereka yang telah menjalani rawatan radioaktif iodin.

Hormon tiroid yang sedikit akan menyebab simptom:

Ujian dan Rawatan Penyakit hipotiroid

Ujian yang dilakukan adalah sama iaitu dengan mengambil bacaan hormon tiroid di dalam darah. Pesakit yang mempunyai masalah hipotiroid ini mempunyai bacaan hormon tiroid yang rendah daripada yang normal.

Rawatan kepada masalah ini adalah dengan pengambilan ubat hormon tiroid(thyroxine).



BACAAN SEPENUHNYA: Hipotiroid

Periksa Simptom anda Di Sini

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

3. Penyakit Hashimoto’s

Penyakit ini(Hashimoto’s thyroiditis) merupakan penyakit yang selalu menyebabkan masalah hipotiroid. Dalam penyakit ini, sel imun badan menjadi keliru dimana ia menghasilkan antibodi dan menyerang kalenjar tiroid itu sendiri.

Beberapa simptom penyakit tersebut adalah:

  • Kemurungan
  • Susah buang air besar
  • Kulit kering
  • Rambut jenis nipis
  • Muka sembab
  • Kalenjar tiroid besar

Ujian dan rawatan penyakit Hashimoto

Pesakit mempunyai bacaan hormon tiroid yang rendah. Ujian lain yang perlu dibuat adalah bacaan anti thyroid peroxidase.

Buat masa sekarang, tiada lagi rawatan untuk menghentikan penyakit hashimoto’s ini. Rawatan adalah lebih kepada pemberian hormon tiroid.

4. Penyakit Graves’

Penyaki Graves diberi nama sempena doktor yang menjumpai penyakit ini lebih 150 yang dulu.



Penyakit ini adalah salah satu penyakit automimun dimana sel imun menjadi keliru dan menghasilkan antibodi yang menyerang kalenjar tiroid. Tetapi antibodi ini menyebabkan penghasilan tiroid semakin banyak.

Ini menyebabkan beberapa simptom yang sama seperti simptom masalah hipertiroid seperti:

  • Mudah marah
  • Tidak tahan panas
  • Berpeluh dengan lebih banyak daripada biasa
  • Berat berkurangan walaupun makan banyak
  • Cirit-birit
  • Haid tidak menentu
  • Mata terjegil keluar
  • Tangan menggeletar

Ujian dan rawatan penyakit Graves’

Hipertiroid yang biasa selalunya tidak menyebabkan mata terjegil keluar kecuali jika anda mengalami penyakit Graves. Ujian hormon tiroid juga akan menunjukkan peningkat hormon tiroid yang tinggi.

Penyakit ini disahkan dengan ujian darah untuk mengesan antibodi thyroid stimulating immunoglobulin. Antibodi inilah yang merangsang penghasilan hormon tiroid. Jika bacaannya tinggi, maka pesakit disahkan mengalami masalah ini.

Simptom penyakit ini boleh dikawal dengan beberapa cara iaitu:

  • Ubat beta-blocker: Ubat ini selalunya diberikan kepada pesakit tekanan darah tinggi. Tetapi ia juga boleh diberikan pada pesakit graves disease untuk mengurangkan denyutan nadi, rasa anxiety dan juga mengurangkan berpeluh.
  • Ubat anti-tiroid: seperti carbimazole yang merencat penghasilan hormon tiroid
  • Radioaktif iodin: untuk membunuh sebahagian ataupun secara keseluruhan sel pada kalenjar tiroid
  • Pemebedahan untuk membuang kalenjar tiroid

5. Goiter

Goiter adalah pembesaran pada kalenjar tiroid dan ada diantaranya boleh menghasilkan hormon tiroid lebih banyak daripada biasa.

Punca utama goiter secara global adalah kurangnya pengambilan zat iodin dalam makanan. Kebanyakannya berlaku pada mereka yang duduk dipergunungan kerana makanan di kawasan pergunungan kurang dengan zat iodin.



Beberapa simptom yang mungkin berlaku pada pesakit goiter adalah:

Ujian dan rawatan goiter

Pemeriksaan leher sudah dapat menentukan sama ada benjolan tersebut daripada kalenjar tiroid ataupun tidak. Alat pengimejan seperti ultrasound atau MRI pula digunakan untuk mengetahui saiz goiter yang sebenar.

Goiter selalunya dirawat apabila ia menyebabkan simptom seperti rasa sesak nafas ataupun tercekik. Jika ia terlalu besar, sebahagian daripada kalenjar tiroid itu boleh dibuang dengan melakukan pembedahan.

BACAAN SEPENUHNYA: Goiter

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Cancer stat facts: Thyroid cancer. (n.d.). – Cancer.gov
  2. Graves’ disease. (2017). – Womens Health
  3. Haugen BR, et al. (2016). 2015 American Thyroid Association management guidelines for adult patients with thyroid nodules and differentiated thyroid cancer: The American Thyroid Association guidelines task force on thyroid nodules and differentiated thyroid cancer. DOI: 10.1089/thy.2015.0020
  4. Hypothyroidism (underactive thyroid). (2016). NIH
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

13 − three =