Skip to content

Rambut Gugur: Punca, Jenis dan Rawatan

Apakah punca kepada masalah rambut gugur dan bagaimanakah cara untuk merawatnya?

Artikel ini akan menerangkan secara lengkap berkenaan masalah rambut gugur, punca-puncanya dan cara untuk merawat masalah ini.

Isi Kandungan
  1. Pengenalan
  2. Jenis Masalah Rambut Gugur
  3. Punca Rambut Gugur
  4. Rawatan Rambut Gugur

Pengenalan


Rambut gugur dalam istilah perubatan dipanggil sebagai Alopecia. Ia mempunyai beberapa jenis dan juga punca yang menyebabkan perkara tersebut berlaku.



Rambut tumbuh pada semua bahagian kulit kecuali pada tapak tangan dan kaki. Pada kulit biasa kita panggil sebagai bulu. Tetapi pada bahagian kepala kita panggil sebagai rambut.

Tetapi kesemua daripada rambut ataupun bulu tersebut diperbuat daripada protein yang sama iaitu keratin. Ia dihasilkan daripada folikel pada bahagian kulit. Setiap daripada folikel mempunyai kitaran hidup sendiri yang dipengaruhi oleh umur, penyakit dan juga beberapa faktor yang lain.

Rambut akan memanjang lebih kurang 6 inci setahun. Rambut ataupun bulu tidak memanjang dengan cepat disebabkan aktivti mencukur ye.

Rambut akan gugur dalam 100 helai sehari. Jika ia lebih daripada bilangan tersebut, ianya adalah sesuatu yang tidak normal. Disebabkan mengira rambut gugur adalah perkara yang susah, pesakit boleh berjumpa dengan doktor jika merasakan bilangan rambut gugur adalah lebih daripada yang biasa.

Jenis Masalah Rambut Gugur


Terdapat beberapa jenis masalah rambut gugur ataupun masalah botak. Ianya adalah:



1. Involutional alopecia

Jenis keguguran rambut ini selalu berlaku apabila seseorang itu meningkat usia. Ketika perkara ini berlaku, kebanyakkan folikel rambut akan bertukar ke fasa rehat yang menyebabkan kebanyakan rambut yang dihasilkan lebih pendek dan sedikit.

2. Androgenic alopecia

Keguguran rambut jenis ini adalah disebabkan masalah genetik. Ia boleh berlaku pada kaum lelaki mahupun wanita. Lelaki yang mengalami masalah ini boleh berlaku pada usia 20an. Dan selalunya ia berlaku pada bahagian hadapan dan tengah kepala.

Selalunya kita akan perasan mereka yang mengalami masalah ini. Wanita yang mengalami masalah ini pula selalunya tidak disedari sehinggalah umurnya meningkat pada usia 40 tahun. Bagi wanita, keguguran rambut itu selalunya berlaku pada kawasan tengah kepala

3. Alopecia areata

Botak jenis ini berlaku disebabkan masalah autoimun. Dimana sel imun badan sendiri menyerang sel folikel menyebabkan ianya rosak dan tidak boleh menghasilkan rambut.

Dalam penyakit ini selalunya kawasan botak itu berlaku secara bertompok-tompok dan tidak sekata. Membuatkan pesakit mungkin mengalami tekanan dan kemurungan. Akan tetapi 90% pesakit akan kembali ke rambut yang asal selepas beberapa tahun.



4. Trichotillomania

Selalunya dijumpai pada kanak-kanak yang mengalami masalah psikososial yang menyebabkan dia selalu menarik-narik rambutnya sehingga menjadi botak.

5. Scarring alopecia

Botak pada bahagian kepala yang disebabkan berlakunya parut pada bahagian tersebut. Ia mempunyai pelbagai sebab yang boleh menyebabkan kawasan kulit kepala radang dan menimbulkan parut. Perkara ini akan menyebabkan sel folikel dibahagian kepala mati dan tidak mampu menghasilkan rambut lagi

Periksa Simptom anda Di Sini

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Punca dan Sebab Keguguran Rambut


Para pengkaji tidak mengetahui kenapa ada folikel rambut yang diprogramkan mempunyai jangka hayat yang pendek. Tetapi beberapa faktor dikatakan memainkan peranan penting dalam keguguran rambut.

Ianya adalah:

  • Hormon yang tidak stabil
  • Genetik: mereka yang mempunyai ibubapa yang mengalami masalah botak dan keguguran rambut akan mempunyai risiko yang sama
  • Tekanan, penyakit dan juga kelahiran anak boleh menyebabkan keguguran rambut yang sementara
  • Ubat seperti kemoterapi yang digunakan dalam rawatan kanser, ubat tekanan darah tinggi dan juga ubat perancang keluarga boleh menyebabkan keguguran rambut yang sementara
  • Melecur: Melecur dikawasan kepala boleh menyebabkan masalah botak kerana folikel pada bahagian kulit telah pun mati
  • Penyakit autoimun: Penyakit autoimun boleh menyebabkan masalah keguguran rambut. Masalah tersebut dipanggil sebagai alopecia areata. Selalunya, rambut akan mula tumbuh balik selepas beberapa tahun
  • Produk kosmetik: Penggunaan shampoo yang selalu, warna rambut, melunturkan warna rambuh akan menyebabkan rambut menjadi rapuh dan senang gugur. Selalunya masalah keguguran rambut yang berpunca daripada sebab ini tidak menyebabkan masalah botak. Masalah keguguran rambut tersebut akan sembuh apabila mereka mengelakkan daripada melakukan aktiviti-aktiviti tersebut
  • Beberapa jenis penyakit: Terdapat beberapa jenis penyakit yang menyebabkan masalah keguguran rambut seperti hipotiroid, systemic lupus erythematosus, kencing manis, kurang zat besi. Selalunya apabila penyakit-penyakit ini dirawat, masalah keguguran rambut akan menjadi sembuh seperti sedia kala
  • Diet: Pengambilan diet yang rendah protein boleh menyebabkan protein di dalam badan berkurangan dan folikel tidak mampu menghasilkan rambut. Ini kerana keratin di dalam rambut itu berasal daripada protein.

Rawatan Rambut Gugur


Disebabkan terdapat beberapa jenis keguguran rambut, rawatan keguguran tersebut perlulah sesuai dengan jenis keguguran rambut. Pesakit perlulah mendapat nasihat daripada doktor terutamanya doktor pakar kulit untuk mendapat rawatan tersebut.



Disini kami ingin menerangkan secara umum rawatan-rawatan yang ada untuk masalah tersebut ianya adalah:

  • Minodixil. Ianya sesuai untuk mereka yang baru sahaja mengalami masalah botak dibahagian kepala. Ianya berfungsi dengan memberi stimulasi pada folikel rambut untuk menghasilkan rambut yang baru.
  • Finasteride. Selalunya digunakan dalam masalah prostate. Tetapi ia boleh digunakan pada mereka yang mengalami masalah botak terutamanya jenis andorgenic alopecia. Ubat ini tidak sesuai digunakan bagi mereka yang mengandung kerana boleh menyebabkan kecacatan pada bayi.
  • Spironolactone
  • Transplant rambut. Selalunya melibatkan pemindahan folikel rambut pada bahagian kepala yang masih aktif kepada kawasan kepala yang sudah botak
  • Steroid: Bagi mereka yang mengalami masalah botak jenis alopecia areata yang disebabkan masalah autoimun, suntikan ataupun pengambilan steroid dikatakan boleh mempercepatkan kesembuhan masalah ini. Tetapi perlu diketahui bahawa alopecia areata boleh baik dengan sendirinya dan pengambilan ubat steroid tersebut mungkin mendatangkan kesan sampingannya yang tersendiri. Rujuk doktor anda jika ingin melakukan rawatan ini.

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Academy of dermatology. https://www.aad.org
  2. Kure K, Isago T, Hirayama T. Changes in the sebaceous gland in patients with male pattern hair loss (androgenic alopecia). J Cosmet Dermatol. 2015 Sep. 14 (3):178-84.
  3. Magro CM, Rossi A, Poe J, Manhas-Bhutani S, Sadick N. The role of inflammation and immunity in the pathogenesis of androgenetic alopecia. J Drugs Dermatol. 2011 Dec. 10(12):1404-11.
  4. Chiu HY, Lin SJ. Fibrosing alopecia in a pattern distribution. J Eur Acad Dermatol Venereol. 2010 Feb 2
  5. Gupta AK, Charrette A. Topical Minoxidil: Systematic Review and Meta-Analysis of Its Efficacy in Androgenetic Alopecia. Skinmed. 2015 May-Jun;13(3):185-9.
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

8 + 1 =