Skip to content

Resdung : Punca, Simptom dan Rawatan

Apakah itu penyakit resdung dan simptom-simptomnya?

Artikel ini akan menceritakan masalah resdung, simptom-simptomnya berserta rawatan yang boleh dilakukan oleh pesakit.

Isi Kandungan
  1. Pengenalan
  2. Bagaimana masalah resdung berlaku?
  3. Simptom dan Tanda-tanda resdung
  4. Punca Resdung
  5. Komplikasi
  6. Diagnosa-diagnosa lain
  7. Ujian pengesahan
  8. Rawatan resdung

Pengenalan


Dalam istilah perubatan, keradangan di dalam hidung yang menyebabkan selesema dipanggil sebagai rhinitis. Mereka juga akan mengalami simptom-simptom lain seperti kerap bersin, hidung gatal, hidung tersumbat dan hidung berair. Bahkan, jika ianya teruk, ia juga boleh melibatkan organ mata, telinga dan tekak.



Apabila dikatakan allegic rhinitis ataupun resdung pula ia bermaksud seseorang itu mempunyai alahan kepada habuk dan debunga hingga menyebabkan simptom rhinitis(Selesema) seperti yang dikatakan di atas.

Resdung adalah penyakit yang kerap berlaku dikalangan masyarakat dan ia melibatkan 20% populasi masyarakat.

Walaupun masalah ini bukanlah penyakit yang mengancam nyawa, tetapi komplikasi disebabkan masala ini boleh berlaku dan ia memberi kesan kepada kualiti hidup. Contoh komplikasi tersebut adalah, tidur yang tidak selesa ataupun mengalami sumbatan ketika tidur(Obstructive sleep apnea) disebabkan resdung dan ini boleh menyebabkan prestasi kerja merudum kerana rasa mengantuk ketika waktu kerja.

Malah, sumbatan saluran pernafasan yang berlaku ketika tidur ataupun dikenali sebagai Obstructive sleep apnea(OSA) ini pun boleh membawa kepada penyakit lain seperti darah tinggi dan serangan sakit jantung. Kajian menemukan sesiapa yang mengalami Obstructive Sleep Apnea mempunyai risiko yang tinggi untuk menghadapi serangan sakit jantung

Bagaimana masalah resdung berlaku?


Di dalam individu yang berisiko iaitu individu yang mempunyai sejarah keluarga dengan masalah alahan seperti asma dan ekzema, mereka senang mengalami masalah ini.



Ia bermula apabila protein atau bahan daripada luar masuk ke dalam rongga hidung. Dalam individu yang berisiko, pendedahan kepada bahan luar ini akan menyebabkan sistem imun lebih sensitif kepada bahan tersebut. Ia berlaku apabila sel darah putih menghasilkan satu protein imun yang dikenali sebagai Immunoglobulin E(IgE) setelah pendedahan kepada bahan ataupun protein itu.

Seterusnya, IgE pula secara automatik melekat pada satu jenis sel darah putih yang dikenali sebagai ‘mast cell’.

Kali pertama seseorang yang terdedah dengan bahan tersebut tidak akan mengalami sebarang simptom resdung. Tetapi jika dia terdedah semula pada bahan yang sama, bahan tersebut akan melekat pada IgE di Mast cell. Mast cell ini pula akan mengeluarkan pelbagai jenis kompaun yang akan menyebabkan simptom alahan hidung(resdung).

Perkara ini berlaku disebabkan sistem imun badan yang terlalu sensitif. Dalam istilah perubatan ia dipanggil sebagai hipersensitiviti. Ketika mana pesakit terdedah kepada sesuatu perkara yang dia alah kepadanya, maka pesakit akan menghasilkan simptom yang berlebihan.

Ia disebabkan sistem imun badan yang bertindak secara berlebihan ataupun istilah sainsnya dipanggil sebagai hypersensitiviti. Apabila sistem imun badan terlampau sensitif, ia akan menghasilkan simptom yang berlebihan juga. Dalam resdung, lapisan yang menyelaputi bahagian dalam hidung sangat sensitif terhadap habuk mahupun debunga.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Simptom dan Tanda Tanda Resdung


Empat simptom yang klasik menunjukkan seseorang itu menghidapi resdung adalah:

Keempat-empat simptom ini selalunya berlaku waktu pagi ataupun bila terdedah kepada allergen iaitu bahan yang menyebabkan simptom alahan.

Selain daripada simptom ini, ada juga simptom-simptom lain yang mungkin berlaku bersama-sama iaitu



Periksa Simptom anda Di Sini

Punca Resdung


Beberapa perkara menjadi pencetus ataupun bahan allergen yang akan memulakan simptom resdung. Ianya adalah

1. Debunga

Disebabkan Malaysia bukan negara 4 musim, rakyat Malaysia senang terdedah dengan debunga yang boleh menyebabkan mereka mengalami simptom resdung selalu.

Di negara 4 musim, selalunya simptom resdung menjadi teruk ketika musim bunga kerana banyak daripada pokok akan menghasilkan debunga pada musim tersebut.

2. Kulat

Di dalam keadaan rumah yang lembab, kulat senang tumbuh dan menghasilkan spora. Spora inilah yang akan berterbangan di dalam rumah dan masuk ke dalam saluran pernafasan pesakit dan menyebabkan serangan resdung bermula

3. Habuk
4. Bulu haiwan peliharaan
5. Asap
6. Karpet



Komplikasi


Terdapat beberapa komplikasi yang boleh dihadapi oleh pesakit Resdung iaitu:

  • Keradangan sinus: Sinus merupakan rongga kosong di tengkorak bahagian muka dan kepala
  • Otitis media: Jangkitan kuman di bahagian tengah saluran telinga iaitu di belakang gegendang telinga
  • Sleep Apnea: Berhenti bernafas terutamanya ketika waktu tidur
  • Tiub Eustachian yang bermasalah

Penyakit Lain yang Berkaitan


Terdapat  beberapa diagnosa lain yang mempunyai simptom yang sama iaitu:

  • Polip dalam saluran hidung
  • Kanser dalam hidung
  • Jangkitan kuman pada bahagian rongga muka(acute sinusitis)

Ujian Pemeriksaan


Untuk mengatakan seseorang itu mempunyai masalah resdung ataupun tidak pesakit sepatutnya menjalani satu satu ujian yang dinamakan sebagai ujian alahan kulit(allergy skin test). Dalam ujian tersebut ia juga boleh mengesan bahan manakah yang menyebabkan pesakit alah padanya.

Tetapi di Malaysia, diagnosa penyakit resdung selalunya dibuat secara klinikal sahaja disebabkan kekurangan sumber. Bermaksud mereka yang mempunyai 4 simptom yang dikatakan iaitu selalu bersin, hidung berair, gatal hidung dan hidung tersumbat selalunya waktu pagi, mereka akan dikatakan mempunyai masalah resdung.

Hanya pesakit yang benar-benar memerlukan sahaja seperti pesakit yang mengalami simptom resdung yang teruk dan kerap hingga mengganggu aktiviti harian dan juga pekerjaan, baru ujian itu akan dilaksanakan

Ia dibuat untuk mengetahui bahan yang manakah pesakit alah terhadapnya supaya pesakit boleh mengelakkan diri daripada terdedah kepada bahan tersebut.

Rawatan Resdung


Rawatan untuk pesakit resdung terbahagi kepada 3 iaitu mengelakkan diri daripada allergen, penggunaan ubat dan juga terapi imun.

1. Mengelakkan diri daripada allergen



Beberapa perkara yang boleh dibuat di dalam rumah seperti:

  • Elakkan menggunakan perabut yang akan berhabuk seperti karpet
  • Selalu membersihkan habuk
  • Elakkan daripada membela haiwan peliharaan
  • Sarung tilam perlu selalu ditukar
  • Sentiasa memastikan keadaan di dalam rumah kering agar kulat tidak tumbuh

Pesakit juga boleh mengelakkan diri daripada mencium bunga kerana debunga akan menyebabkan mereka mempunyai simptom resdung

2. Penggunaan ubat

Beberapa jenis ubat boleh digunakan untuk merawat masalah resdung tersebut. Ianya adalah:

  • Ubat anti-histamine: Ia berfungsi untuk menghentikan proses yang akan menyebabakan simptom alahan. Contoh ubat adalah Chlorpheniramine, cetrizine dan loratadine
  • Ubat untuk mengurangkan hidung berair: Ia berfungsi untuk mengecilkan saluran darah di bahagian hidung supaya penghasilan air hidung dapat dikurangkan. Contoh ubat adalah pseudoephedrine
  • Ubat spray hidung yang berasaskan steroid: Ia berfungsi untuk mengurangkan keradangan di bahagian hidung. Kajian telah dibuat menunjukkan penggunaan spray hidung ini adalah lebih berkesan daripada penggunaan anti-histamine dan juga ubat yang mengurangkan hidung berair. Ia bertanggungjawab mengurang 4 simptom resdung yang utama iaitu bersih, gatal hidung, hidung berair dan juga hidung tersumbat. Oleh itu, simptom resdung akan lebih terkawal dan aktiviti harian pesakit akan lebih tidak terganggu

3. Terapi Imun

Di dalam terapi ini, ubat akan diberikan sama ada melalui suntikan ataupun diletakkan dibawah lidah untuk mengurangkan sensitiviti sistem imun badan terhadap allergen.

Peratusan untuk sembuh dengan menggunakan terapi imun ini boleh dikatakan tinggi tetapi selalunya ia digunakan hanya untuk pesakit yang mempunyai simptom resdung yang teruk dan kerap walaupun sudah menggunakan ubat.

Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapat diagnosa yang tepat jika anda menghadapi simptom-simptom tersebut



Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Togias AG. Systemic immunologic and inflammatory aspects of allergic rhinitis. J Allergy Clin Immunol. 2000 Nov. 106(5 Suppl):S247-50
  2. Blaiss MS. Quality of life in allergic rhinitis. Ann Allergy Asthma Immunol. 1999 Nov. 83(5):449-54
  3. Dykewicz MS, Fineman S, Skoner DP, Nicklas R, Lee R, Blessing-Moore J. Diagnosis and management of rhinitis: complete guidelines of the Joint Task Force on Practice Parameters in Allergy, Asthma and Immunology. American Academy of Allergy, Asthma, and Immunology. Ann Allergy Asthma Immunol. 1998 Nov. 81(5 Pt 2):478-518
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

3 × 1 =