Skip to content

Ubat Cacing dan Punca Serangan Cacing

Terdapat pelbagai cacing yang menyebabkan simptom kecacingan pada badan. Jugak terdapat beberapa jenis ubat cacing yang boleh diambil oleh pesakit untuk merawat masalah tersebut.

Punca serangan cacing

Telur cacing selalunya akan dikeluarkan bersama najis individu ataupun haiwan yang pernah didiami oleh parasit tersebut. Ia akan masuk ke dalam tanah dan menunggu perumahnya.

Jika seseorang itu suka bermain tanah dan tidak membasuh tangannya selepas bermain, risiko untuk mendapat kecacingan itu adalah tinggi. Bukan itu sahaja, hasil tanaman seperti sayur-sayuran pun sama. Sayur tersebut perlulah dibasuh dengan bersih supaya tiada telur cacing yang melekat padanya.



Selepas telur cacing masuk ke dalam saluran permakanan ia akan menetas dan membiak di dalam saluran permakanan tersebut. Sumber makanan utama bagi mereka adalah darah manusia. Sebab itulah, mereka yang mengalami kecacingan yang teruk boleh mengalami beberapa simptom disebabkan kekurangan sel darah merah(anemia)

Tanda-tanda serangan cacing

Jika kecacingan itu baru sahaja bermula, selalunya ia tidak mempunyai apa-apa simptom. Tetapi jika cacing itu sudah membiak dengan banyaknya di dalam saluran pencernaan, barulah ia mendatangkan beberapa simptom seperti:

  • Keletihan
  • Kurang bertenaga
  • Badan Lemah
  • Kurus
  • Pucat
  • Cepat berdebar-debar
  • Buang air besar yang tidak teratur
  • Keluarnya cacing daripada dubur

Punca kepada keletihan, kurang bertenaga, pucat dan cepat berdebar-debar adalah disebabkan seseorang itu mungkin mengalami kekurangan sel darah merah (anemia). Ketika mana terlampau banyak cacing yang menghisap darah pesakit, ia akan menyebabkan bilangan sel darah merah berkurangan dan oksigen kurang dibawak ke sel. Inilah yang akan menyebabkan simptom diatas.

Kadang-kadang, cacing ini juga boleh pergi ke organ lain seperti otak dan mata. Perkara ini akan mendatangkan simptom-simptom yang lain sepert:

  • Sawan, hydrocephalus, jangkitan pada selaput otak, demntia: Perkara ini berlaku jika cacing itu pergi ke bahagian otak
  • Sakit mata, pandangan menjadi kabur: Berlaku apabila cacing pergi ke bahagian mata
  • Kekuningan(Jaundice): Boleh berlaku jika cacing itu pergi ke hati dan merosakkan organ hati

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Ubat cacing

Ubat cacing yang selalu digunakan adalah bertujuan untuk membunuh bukan sahaja cacing di dalam salurang permakanan, ia juga akan membunuh cacing di tempat lain dalam badan.



Jika di malaysia ubat yang selalu diberikan adalah Zentel. Tetapi nama ‘generic’nya adalah albendazole. Zentel ini adalah nama brand. Kalau nak beli ubat albendazole dengan brand yang lain pun tiada masalah.

Ubat albenzole ini akan menyebabkan cacing itu tidak dapat menghasilkan tenaga menyebabkan ia tidak mampu bergerak dan berakhir dengan kematian

Jarang cacing yang hidup keluar lepas makan ubat ini. Kebanyakkanya akan hancur bersama-sama dengan najis.

Ubat Cacing yang dicadangkan

  1. Zentel
  2. Champs D’Worms
  3. Noxworm

Rujukan:

  1. Eom KS, Rim HJ. Morphologic descriptions of Taenia asiatica sp. n. Korean J Parasitol. March 1993. 31:1-6.
  2. Del Brutto OH. Neurocysticercosis. Semin Neurol. 2005 Sep. 25(3):243-51.
  3. Del Brutto OH, Santibanez R, Noboa CA, Aguirre R, Diaz E, Alarcon TA. Epilepsy due to neurocysticercosis: analysis of 203 patients. Neurology. 1992 Feb. 42(2):389-92
  4. Garcia HH, Gonzalez AE, Gilman RH. Diagnosis, treatment and control of Taenia solium cysticercosis. Curr Opin Infect Dis. 2003 Oct. 16(5):411-9.
  5. Kumar H, Jain K, Jain R. A study of prevalence of intestinal worm infestation and efficacy of anthelminthic drugs. Med J Armed Forces India. 2014 Apr. 70(2):144-8.
  6. Christie JD, Garcia LS. Emerging parasitic infections. Clin Lab Med. Dec 2002. 24(3):737-72.
  7. Cox FE. History of human parasitic diseases. Infect Dis Clin North Am. 2004 Jun. 18(2):171-88, table of contents
  8. Sumber fratured image daripada medicaldaily.com
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

fourteen − ten =