Skip to content

Penyakit Bell’s Palsy: Punca, Simptom dan Rawatan

Apakah itu penyakit Bell’s palsy, simptombeserta punca-puncanya?

Artikel ini akan membincangkan dengan lengkap berkenaan penyakit ini, simptom dan tanda-tandanya dan rawatan yang perlu diambil oleh pesakit

Isi Kandungan
  1. Pengenalan
  2. Simptom Bell’s Palsy
  3. Punca
  4. Ujian Pengesahan
  5. Rawatan
  6. Kesan Jangka Lama

Pengenalan

Charles Bell ialah seorang pakar dalam bidang anatomi yang merupakan orang pertama menjelaskan keadaan ini. Bell’s Palsy merupakan suatu keadaan di mana terjadinya kelumpuhan sementara pada otot wajah. Ia terjadi kerana saraf yang mengawal otot wajah menjadi bengkak atau keradangan menyebabkan saraf tersebut gagal berfungsi.



Perkara ini selalunya melibatkan sebelah bahagian sahaja iaitu sama ada sebelah kiri mahupaun kanan. Ia akan menyebabkan bahagian muka yang mengalami masalah tersebut lumpuh dan tidak bergerak.

Anda juga akan mengalami kesukaran untuk senyum ataupun menutup mata kerana otot di bahagian tersebut lumpuh. Namun begitu, jangan panik kerana kebiasaannya ini adalah sementara dan akan hilang dalam beberapa minggu.

Simptom Bell’s Palsy


Disebabkan penyakit ini menganggu fungsi otot dibahagian muka, akan ada simptom atau tanda ketara yang menunjukkan mereka mempunyai masalah ini. Simptom tersebut adalah:

  • Air liur meleleh
  • Sukar mengunyah untuk makan dan minum
  • Tidak mampu membuat mimik wajah seperti senyum atau mengerutkan dahi
  • Kering mulut dan mata
  • Sensitif terhadap bunyi
  • Otot sebelah wajah tidak boleh digerakkan

Gambar sebelah kiri anda menunjukkan pesakit Bell’s palsy. Boleh dilihat otot sebelah kanan wajahnya tidak boleh senyum sama seperti sebelah kiri. Manakala kanan pula adalah gambar yang pesakit telah sembuh sepurnanya.

Namun begitu, terdapat satu lagi keadaan di mana anda boleh mempunyai tanda tanda yang hampir sama dengan Bell’s Palsy iaitu Sindrom Ramsay-Hunt.



Sindrom Ramsay Hunt menyebabkan tanda tanda yang lebih serius berbanding Bell’s Palsy. Ia terjadi ekoran jangkitan daripada virus Varicella Zoster, virus sama yang menyebabkan penyakit cacar air dan kayap. Tanda tanda Sindrom Ramsay Hunt juga serupa seperti masalah ini seperti otot wajah menjadi seakan lumpuh, hilang pendengaran dan sesetengah pesakit juga mempunyai ruam kemerahan di bahagian cuping telinga.

Oleh itu, anda dinasihatkan untuk terus berjumpa doktor sekiranya mempunyai tanda di atas bagj mengetahui keadaan sebenar dan mengelakkan daripada terlewat menerima rawatan.

Periksa Simptom anda Di Sini

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Punca Bell’s Palsy


Tanda gejala Bell’s Palsy sering terjadi setelah seseorang itu baru sahaja sembuh daripada jangkitan yang melibatkan telinga, mata ataupun selsema. Jangkitan tersebut telah menyebabkan keradangan pada saraf  menyebabkannya menjadi bengkak seterusnya mengakibatkan lemah sementara.

Siapa yang berisiko tinggi untuk mendapat Bell’s Palsy?

Walaupun semua orang boleh mengalaminya, terdapat beberapa golongan yang lebih terdedah kepada keadaan ini. Mereka adalah:

Ujian Pengesahan


Doktor akan memeriksa wajah anda bagi menentukan tahap kelemahan otot. Pemeriksaan juga dibuat untuk menentukan sama ada pesakit mengalami penyakit yang lain seperti angin ahmar mahupun kanser otak.

Jika diagnosis tidak dapat dipastikan, pesakit mungkin akan menjadi ujian lain seperti ujian darah untuk mengesan jangkitan, ujian MRI atau CT untuk memeriksa keadaan saraf dan juga memeriksa keadaan di dalam otak.



Setelah Bell’s Palsy dikenal pasti, doktor akan merawat anda walaupun pada kebiasaannya, keadaan ini akan sembuh dengan sendirinya.

Rawatan Bell’s Palsy


Disebabkan penyakit ini kebanyakan berlaku selepas jangkitan virus dan ia menyebabkan keradangan yang sementara sahaja, selalunya masalah ini boleh baik dengan sendirinya.

Tetapi kegunaan ubat membantu dalam mempercepatkan masalah ini untuk lebih cepat sembuh dan membantu dari segi simptom yang lain

1. Ubat Steroid

Steroid mampu membantu mengurangkan keradangan yang berlaku di sekitar saraf. Ketika mana keradangan saraf sudah hilang, maka fungsi saraf akan menjadi normal semula dan otot dibahagian muka tidak akan lumpuh dan boleh bergerak

2. Anti-viral atau antibiotik

Jika masalah ini disyakit berasal dari virus atau bakteria, maka penggunaan anti-viral atau antibiotik dibenarkan untuk merawat masalah ini.

3. Ubat Tahan Sakit



Ada sesetengah pesakit mengalami sakit dibahagian muka. Penggunaan ubat tahan sakit seperti ibuprofen atau paracetamol boleh mengurangkan rasa sakit dimuka.

4. Ubat titis

Ubat titis mata digunakan untuk mengatasi masalah mata kering yang disebabkan oleh kegagalan otot mata untuk menutup mata.

Anda juga disarankan untuk mengamalkan beberapa perkara di rumah bagi membantu proses penyembuhan. Antaranya adalah urutan wajah, meletakkan tuala lembab di bahagian wajah dan senaman yang melibatkan otot wajah seperti membuat mimik muka.

Kesan jangka lama Bell’s Palsy


Kebanyakan pesakit yang dirawat mempunyai masa depan yang cerah kerana keadaan ini akan sembuh dengan sendirinya dalam masa beberapa minggu. Bagi sesetengah kes yang lebih serius, masa untuk sembuh mungkin lebih lama.

Dalam kes yang serius, terdapat beberapa komplikasi yang boleh berlaku.

  • Kerosakan saraf
  • Mata kering sehingga boleh menyebabkan luka, jangkitan, ulser dan berakhir dengan buta

Segeralah berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami tanda tanda masalah ini Lebih awal rawatan diterima, lebih cepat masa untuk sembuh dan lebih rendah risiko anda untuk mengalami komplikasi.

Periksa Simptom anda Di Sini



Rujukan:

  1. Bell’s palsy. (2015).
  2. Bell’s palsy information page. (2015).
  3. Mayo Clinic Staff. (2014). Bell’s palsy.
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

nineteen − sixteen =