Para penyelidik berpendapat bahawa berjalan setiap hari akan mengurangkan risiko anda untuk mengalami penyakit kencing manis dan penyakit tekanan darah tinggi. Pakar juga berpendapat bahawa banyak berjalan mampu mengurangkan stres dan meningkatkan sistem imun anda. Antara cara mudah bagi anda mula berjalan ialah dengan memakir kereta jauh dari kedai, berjalan sekitar perumahan dan menggunakan tangga berbanding lif.
Bilangan pesakit yang disahkan menghidapi penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi kian meningkat dari hari ke hari. Namun, pakar telah menemui satu jalan yang mudah dan percuma bagi mengurangkan risiko anda mengalami penyakit ini iaitu
‘Hanya dengan berjalan.‘
Bilangan yang disyorkan untuk mendapatkan manfaat kesihatan adalah dengan melakukan 10000 langkah sehari.
Dalam satu kajian yang diterbitkan, penyelidik menyatakan bahawa mereka yang berjalan 4000 ke 8000 langkah sehari boleh mengurangkan risiko kematian disebabkan kanser ataupun penyakit jantung sebanyak 2 pertiga.
Pengkaji juga menambah bahawa mereka yang berjalan melebihi 12000 langkah setiap hari boleh merendahkan risiko tersebut sehingga ke 90 peratus.
Dalam satu kajian yang lain, penyelidik juga berpendapat bahawa peserta kajian yang berjalan setiap hari selama 9 tahun mengurangkan risiko sebanyak 43% menghidapi diabetes dan 31% risiko rendah mendapat tekanan darah tinggi.
Hasil kajian penyelidik
Kajian yang dijalankan pada awal Mac adalah berdasarkan data daripada 1923 peserta dalam kajian CARDIA (Coronary Artery Risk Development in Young Adults).
Tambahan dari hasil kajian mereka, penyelidik juga mendapati bahawa dalam setiap 1000 langkah yang diambil setiap hari selama 9 tahun membawa kepada penurunan risiko obesiti sebanyak 13% dalam kalangan wanita pertengahan usia.
Dalam kajian tersebut, peserta memakai alat accelerometer bagi memeriksa aktiviti fizikal sebanyak sekurang kurangnya 10 jam sehari selama sekurang kurangnya 4 hari.
Purata umur peserta ialah 45 tahun. Hampir 60% merupakan wanita dan 40% merupakan peserta kulit hitam.
Pemantauan dijalankan selama 9 tahun pada peserta.
Mereka yang mempunyai bilangan langkah tertinggi mempunyai 61% risiko lebih rendah untuk mendapat obesiti, berbanding mereka yang berjalan kurang.
Kajian itu tidak menemui sebarang kaitan antara risiko rendah mengalami obesiti dengan jumlah langkah setiap hari dalam kalangan lelaki.
10 000 langkah
Permulaan amalan senaman ini bermula pada tahun 1965 apabilaJepun telah mencipta pedometer ketika sekitar sukan Olimpik Tokyo 1964. Ia dipanggil Manpo-kei yang diterjermah kepada 10000 langkah.
Kata Sarah Sato, seorang jururawat yang khusus di dalam bidang diabetes, “Sebanyak 4000 hingga ke 8000 langkah disyorkan tetapi kualitinya penting. 4000 langkah turun naik bukit lebih memberi kebaikan berbanding 8000 langkah di dalam pasaraya. Tetapi keduanya lebih baik dari tidak berbuat apa apa.” Tambah beliau lagi, “Ramai yang menyatakan tidur mereka lebih baik, mood lebih stabil dan pencernaan menjadi semakin teratur sejak mula berjalan”.
Ramai yang menyangka bahawa berjalan hanya bagus untuk jantung dan kencing manis tetapi menjadi aktif juga meningkatkan pengedaran darah ke otak yang meningkatkan daya tumpuan. Kajian juga mendapati berjalan setiap hari dapat mengurangkan kemurungan dan serangan panik. Sudah ramai yang disahkan mengalami masalah kesihatan mental. Oleh itu, berjalan merupakan satu cara ringkas bagi meningkatkan kesihatan mental secara mudah.
Setelah mengamalkan banyak berjalan secara konsisten, kebiasaannya pada minggu ke 3 atau keempat, badan mula menyesuaikan diri dengan aktiviti tersebut, badan mula sihat.
Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini
Cara cara mengamalkan 10000 langkah
Terdapat beberapa cara untuk anda mula mengamalkan amalan ini. Ia adalah
- Pilih untuk menaiki tangga berbanding lif di tempat kerja
- Elakkan membeli belah secara dalam talian dan letakkan kereta jauh dari pasaraya.
- Lakukan senaman berjalan sambil di rumah seperti ketika berkebun.
- Rekodkan senaman dan progres anda.
- Ajak rakan atau ahli keluarga untuk serta berjalan.
Semoga artikel ini dapat memberi motivasi kepada para pembaca untuk lebih banyak berjalan supaya dapat memberikan kesihatan kepada anda semua.
Rujukan:
- Saint-Maurice PF, Troiano RP, Bassett DR, et al. Association of Daily Step Count and Step Intensity With Mortality Among US Adults. JAMA. 2020;323(12):1151–1160. doi:10.1001/jama.2020.1382
- More steps-per-day linked to significant reductions in diabetes and high blood pressure. American Heart Association EPI | LIFESTYLE 2020 Scientific Sessions – Abstract P498