Skip to content

Obesiti: Punca, Komplikasi dan Rawatan

BMI iaitu indeks jisim badan merupakan perkiraan yang mengambil kira berat dan tinggi  seseorang bagi mengukur saiz badan. Dalam kalangan dewasa, obesiti adalah apabila BMI melebih 25 kg/m2 bagi populasi Asia. Obesity dikaitkan dengan risiko tinggi untuk pelbagai penyakit seperti kencing manis, penyakit jantung dan kanser.

Obesiti merupakan satu masalah yang membelenggu seluruh pelusuk dunia tidak kira negara membangun atau negara maju. Mengikut data dan kajian, Malaysia merupakan negara di Asia Tenggara yang mempunyai peratusan penduduk obesiti paling tinggi.

Ini secara tidak langsung telah meningkatkan kos mengendalikan pesakit obesiti memandangkan obesiti mendatangkan banyak komplikasi yang boleh membawa maut.



Klasifikasi obesiti bagi populasi Asia

StatusBMI (kg/m2)
Kurang berat badan<18.5
Normal18.5-22.9
Berat badan berlebihan23-24.9
Obesiti kelas 125-29.9
Obesiti kelas 2>30

Punca obesiti

Antara sebab umum terjadinya obesiti ialah:

  • Genetik yang mampu memberi kesan cara badan memproses makanan kepada tenaga dan simpanan
  • Penuaan yang menyebabkan kurang jisim otot dan proses metabolisma yang perlahan
  • Kurang tidur yang menyebabkan gangguan hormon dan menjadikan mudah lapar

Terdapat juga beberapa keadaan kesihatan yang boleh menyumbang kepada terjadi nya obesiti iaitu:

  • Polycystic ovarian syndrome (PCOS) yang menyebabkan terjadinya gangguan hormon wanita
  • Prader-willi syndrome, satu penyakit sejak lahir yang menyebabkan kelaparan
  • Cushing syndrome, satu keadaan menyebabkan lebihan hormon kortisol
  • Hypothyroidism iaitu kelenjar thyroid kurang aktif menyebakan proses metabolisma menjadi perlahan
  • Osteoarthritis dan penyakit sendi yang lain menyebabkan kurang aktiviti fizikal

Periksa Simptom anda Di Sini

Golongan berisiko

  • Masalah depresi yang menyebabkan tabiat makan berlebihan
  • Mereka yang cuba berhenti merokok
  • Ubatan seperti steroid atau pil perancang
  • Golongan miskin yang tidak mempunyai akses kepada pemakanan dan gaya hidup sihat

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Ujian pemeriksaan

Selain BMI, terdapat juga kiraan lain bagi mengenal pasti obesiti.

  • Ukuran ketebalan lemak bawah kulit
  • Ukuran pinggang dan pinggul
  • Ujian saringan seperti ultrasound, CT dan MRI scan


Doktor juga akan melakukan ujian lain bagi mengenal pasti komplikasi obesiti seperti:

  • Ujian darah bagi kadar kolesterol dan gula
  • Ujian fungsi hati
  • Ujian saringan kencing manis
  • Ujian fungsi tiroid sama ada pesakit mengalami masalah hipotiroid ataupan tidak
  • Ujian jantung seperti ECG

Komplikasi obesiti

Obesiti telah terbukti menyebabkan beberapa masalah kesihatan lain sebagai komplikasi iaitu:

Rawatan obesiti

Anda akan dirujuk kepada satu pasukan kesihatan obesiti yang terdiri daripada pakar endokrin, dietitian, ahli fisioterapi dan jururawat. Mereka akan membantu anda mengurangkan berat badan, menjalani aktiviti gaya hidup sihat dan merawat komplikasi.

1 .Perubahan gaya hidup dan tabiat

Pakar pemakanan akan mengajar anda tentang pilihan makanan dan membantu anda merangka pelan pemakanan yang sihat untuk anda.

Anda juga perlu menjalani program senaman dan akitivit harian sehingga 300 minit seminggu bagi membina kekuatan otot, ketahanan dan metabolisma.

Anda juga akan menyertai kumpulan sokongan dan program kaunseling bagi membantu anda mencegah depresi, ataupun isu pemakanan.

2. Ubatan



Doktor akan memberikan anda ubatan bagi mengurangkan berat sekiranya kaedah perubahan gaya hidup tidak berkesan untuk anda. 

Ubatan ini akan menghalang penyerapan lemak dan mengurangkan selera makan. Antara ubat yang diluluskan ialah:

  • Phentermine/topiramate
  • Naltrexone/bupropion
  • Liraglutide
  • Orlistat

Ubatan ini turut mempunyai kesan sampingan seperti ubatan lain seperti kerap membuang air besar, angin dan perut kembung. Pesakit perlulah mendapatkan nasihat doktor ataupun ahli farmasi terlebih dahulu sebelum menggunakan ubat-ubat ini.

3. Pembedahan

Pembedahan bagi mengurangkan berat dipanggil pembedahan bariatrik. Ia akan mengehadkan jumlah makanan yang anda ambil dan mengelakkan dari badan menyerap makanan dan kalori berlebihan.

Antara jenisnya ialah:

  • Gastric bypass surgery – Dalam pembedahan ini bahagian perut akan dikecilkan dan bahagian tengah usus kecil iaitu jejunum akan disambungkan terus ke bahagian perut. Ini menyebabkan serapan kalori semakin berkurangan
  • Laparoscopic adjustable gastric banding yang mana perut dibahagikan kepada dua menggunakan band
  • Gastric sleeve surgery dimana sebahagian dari perut dibuang menjadikan perut semakin kecil
  • Biliopancreatic diversion with duodenal switch dimana kebanyakan bahagian perut(80%) dibuang kemudian bahagian tengah usus kecil akan disambung terus ke bahagian perut menyebabkan masa penyerapan nutrien di bahagian usus kecil berkurangan.

Namun begitu, tidak semua orang sesuai menjalani pembedahan. Pakar hanya menyarankan pesakit yang mempunyai BMI melebihi 35 menjalani pembedahan.

Cara pencegahan obesiti

Beberapa pencegahan obesity yang anda boleh lakukan adalah:



  • Mengamalkan aktiviti senaman sederhana seperti berjalan, berenang, atau berbasikal selama 20 hingga 30 minit setiap hari
  • Makan secara sihat dengan memilih makanan bernutrisi, seperti buahan, sayuran, bijirin penuh dan protein
  • Mengurangkan pengambilan makanan tinggi kalori

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan

  1. Obesity – Healthline
  2. Adult obesity facts. (2020).- CDC
  3. Aminian A, et al. (2018). ASMBS updated position statement on bariatric surgery in class I obesity (BMI 30–35 kg/m2).
  4. Body mass index: Considerations for practitioners. (n.d.).-CDC
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

10 + four =