Skip to content

Sembelit: Punca, Petua, Pemakanan dan Rawatan

Sembelit adalah salah satu masalah pencernaan yang selalu dihadapi oleh rakyat Malaysia ataupun orang diluar negara. Ianya adalah lebih kepada simptom bukan penyakit.

Mereka yang mengalami sembelit bermaksud mereka akan mengalami pembuangan air besar yang sukar kerana najis yang keras dan kekerapan pembuangan air besar dalam seminggu pun akan semakin berkurangan.

Kebanyakkan orang akan menghadapinya. Walaupun ianya mungkin sesuatu yang tidak serius, tetapi pesakit akan merasa lebih selesa jika proses pembuangan air dapat menjadi normal semula.

Kriteria untuk diagnosa bagi masalah sembelit



Seseorang pesakit itu perlulah mempunyai sekurang-kurangnya 2 simptom daripada simptom dibawah:

  • Kurang daripada 2 kali buang air besar dalam seminggu
  • Meneran dengan kuat untuk mengeluarkan najis
  • Najis yang keluar adalah keras dan berketul-ketul
  • Merasakan salur duburnya seolah-olah tersumbat
  • Merasakan tidak puas selepas buang air besar
  • Perlu mengeluarkan najis secara manual(selalunya menggunakan tangan)

Terdapat juga simptom lain yang akan dialami oleh pesakit sembelit seperti:

Punca Sembelit

Terdapat beberapa punca yang boleh menjadi penyebab sembelit. Ianya adalah:

  • Tidak cukup minum air
  • Tidak cukum pengambilan serat dalam makanan (Kurang makan sayur)
  • Mengambil makanan ataupun minuman daripada sumber tenusu dengan kadar yang banyak
  • Jarang melakukan senaman
  • Stress
  • Penggunaan ubat seperti ubat antidepressant, pil zat besi, ubat tahan sakit seperti morfin)
  • Mengandung

Terdapat juga beberapa jenis penyakit yang akan menyebabkan seseorang itu lebih mudah untuk terkena sembelit. Ianya adalah:

  • Masalah endokrinologi dan metabolik: Hiperkalsemia, Hiperparatiroid, hipokalemia, hipotiroid dan kencing manis
  • Masalah saraf: Angin ahmar, penyakit Hirschsprung, Penyakit parkinson, multiple sclerosis dan kecederaan kepala
  • Masalah tisu penghubung(connective tissue disorder): Scleroderma, amyloidosis

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Prognosis (Kesudahan pesakit sembelit)

Kebanyakkan daripada mereka akan sembuh dengan rawatan perubatan dan juga rawatan diet. Dengan mengamalkan pengambilan serat yang betul, air yang mencukupi dan penggunaan ubat-ubatan, masalah tersebut dapat diselesaikan dalam masa beberapa hari.



Akan tetapi ada pesakit yang akan selalu mengalami masalah tersebut terutamanya pesakit yang mengalami penyakit lain dan menyebabkan sembelit itu mudah berlaku semula seperti pesakit strok, parkinson, hipotiroid dan sebagainya.

Diagnosa-diagnosa lain

Terdapat beberapa diagnosa yang mungkin mempunyai simptom sembelit. Ianya adalah:

Angin PasangKemurungan
Kanser UsusDiverticulitis
HipotiroidKeradangan Usus

Rawatan dan petua masalah sembelit

Terdapat beberapa PETUA yang boleh diamalkan oleh mereka yang mengalami masalah ini. Ianya adalah

  • Ambil 2 ataupun 4 gelas air kosong dalam sehari. Kecuali jika doktor menasihati anda untuk mengurangkan pengambilan air disebabkan penyakit lain
  • Kurangkan pengambilan hasil produk tenusu kerana ia meningkatkan risiko sembelit
  • Elakkan pengambilan kopi dan teh. Kerana ia akan menyebabkan penghasilan air kencing lebih banyak dan ini akan menyebabkan najis menjadi lebih keras
  • Tingkatkan pengambilan serat seperti sayur dan buah-buahan. Jika boleh, dalam setiap hidangan sayur perlulah memenuhi separuh pinggan berbanding nasi ataupun lauk.
  • Bersenam pada kebanyakkan hari. Ini akan menyebabkan otot dibahagian usus menjadi lebih kuat
  • Jika anda terasa ingin membuang air besar, jangan bertangguh, buat perkara itu terlebih dahulu

Rawatan ubatan

Rawatan dengan doktor hanya diperlukan jika masalah sembelit itu masih lagi berterusan dan tidak boleh dirawat dengan melakukan tips di atas. Jika anda pergi berjumpa dengan doktor, selalunya pesakit akan dinasihati seperti diatas dan diberi ubat untuk melembutkan najis seperti lactulose ataupun memaksa najis tersebut keluar.

Bila perlu berjumpa dengan doktor?

Terdapat beberapa keadaan yang anda perlu berjumpa dengan doktor. Ia adalah:

  • Jika ia menyebabkan sakit perut yang melampau dan anda tidak boleh melepaskan angin (kentut) walau sedikit pun
  • Mempunyai darah di dalam najis
  • Masalah sembelit lebih dari 2 minggu
  • Mengalami pengurangan berat badan yang ketara

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Longstreth GF, Thompson WG, Chey WD, Houghton LA, Mearin F, Spiller RC. Functional bowel disorders. Gastroenterology. 2006 Apr. 130(5):1480-91..
  2. Johanson JF. Review of the treatment options for chronic constipation. MedGenMed [serial online]. May 2, 2007;9 (2):25-40. Available at Medscape
  3. Sumber featured image: consumerhealthdigest.com
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

twenty − 15 =