10 Khasiat Daun Sup untuk Kesihatan

khasiat daun sup

Apakah khasiat daun sup untuk kesihatan. Ramai berpendapat bahawa daun sup sekadar untuk perasa. Tetapi sebenarnya daun sup banyak khasiat untuk tubuh badan manusia.

Pengenalan

Daun sup ditanam bagi tujuan masakan yang menggunakan daun dan batangnya pula untuk masakan seperti salad dan sup. Daun sup telah digunakan sejak zaman dahulu sebagai ramuan alternatif dalam perubatan tradisional, terutamanya dalam kalangan masyarakat Cina.

Selain terkenal sebagai herba atau rempah yang beraroma, ianya turut digunakan untuk merawat mereka yang mempunyai masalah kencing tidak lawas, sakit sendi dan kelesuan.Dalam beberapa kajian juga, daun sup telah digunakan untuk merawat keadaan seperti tekanan darah tinggi, alahan dan penyakit radang.

Kandungan Berkhasiat Dalam Daun Sup



Daun sup rendah dengan kalori tetapi kaya dengan nutrien penting, seperti vitamin A, K, dan C. Vitamin A ialah nutrien penting yang memainkan peranan penting dalam imuniti dan kesihatan mata anda. Selain itu, ia penting untuk kulit anda dan boleh memperbaiki keadaan kulit, seperti jerawat [1].

Ia juga merupakan sumber vitamin K yang hebat, nutrien yang menyokong kesihatan tulang dan jantung. Selain daripada peranannya dalam kesihatan tulang dan jantung, vitamin K adalah penting untuk pembekuan darah yang betul, yang boleh membantu mencegah pendarahan yang berlebihan.

Tambahan lagi, daun sup juga sebagai sumber vitamin C, nutrien yang meningkatkan kesihatan jantung dan penting untuk sistem imun kita. Lebih-lebih lagi, daun sup adalah sumber nutrien magnesium, kalium, folat, zat besi dan kalsium yang baik. Daun ini penuh dengan rasa, menjadikannya ramuan rendah kalori yang hebat untuk banyak resipi dan kaya denan nutrisi.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Kandungan Nutrisi

Menurut Pangkalan Data United States Department of Agriculture (USDA), satu cawan daun sup yang dicincang mengandungi:- 

Maklumat Nutrisi
Kalori22 kcal
Karbohidrat3.8 g
Protein1.78 g
Lemak0.47 g
Serat 2 g
Gula0.51 g

Dari sumber yang sama, kuantiti daun sup membekalkan 984 mcg vitamin K, serta 79.8 mcg vitamin C, dan 5,054 IU vitamin A. 

10 Khasiat Daun Sup Pada Kesihatan



1. Mengurangkan Tekanan Darah

Khasiat daun sup yang pertama ialah ia dapat mengurangkan tekanan darah. Pemakanan yang sihat adalah salah satu cara paling berkesan untuk menurunkan tekanan darah dan mengekalkannya pada tahap yang sihat menurut American Heart Association (AHA). Beberapa makanan tertentu mungkin mempunyai kesan efektif untuk menurunkan tekanan darah, termasuk herba biasa yang dikenali sebagai daun sup.

Orang ramai sering kali menganggap daun sup sebagai hiasan dan penyedap rasa, tetapi realitinya ialah daun sup mengandungi banyak nutrisi. Ia mengandungi sebatian positif seperti vitamin C dan karotenoid. Karotenoid membantu mengurangkan tekanan darah. Selain itu, daun sup mengandungi nitrat yang menipiskan saluran darah dan meningkatkan aliran darah ke seluruh badan.

Kajian telah menunjukkan bahawa daun sup mengurangkan tekanan darah sistolik dan diastolik, kerana ia bertindak sebagai calcium-channel blocker, yang melegakan dan melebarkan saluran darah [2].

2. Mengurangkan Risiko Batu Karang

Daun sup juga telah terbukti bertindak sebagai diuretik semula jadi, yang boleh meningkatkan kekerapan kencing dan menghalang pembentukan batu karang [3].

Namun, kajian tentang kesan teh daun sup yang banyak disebarkan pada orang awam tentang kaitan daun sup dan sebagai rawatan penyakit buah pinggang adalah terhad. Malah, beberapa kajian mendapati bahawa ia mungkin mempunyai kesan minimum terhadap faktor risiko batu karang [4]. Oleh itu, kajian lanjut tentang khasiat ini amat diperlukan.

3. Mengurangkan Risiko Sakit Jantung



Daun sup merupakan herba yang padat dengan nutrien yang boleh meningkatkan kesihatan jantung. Sebagai contoh, ia tinggi dengan sumber folat yang baik. Separuh cawan daun sup (30 gram) menyediakan 11% folat daripada RDI. Pengambilan folat yang mencukupi dalam diet seharian boleh mengurangkan risiko penyakit jantung dalam populasi tertentu. 

Satu kajian berkaitan terhadap lebih 58,000 orang mendapati pengambilan folat yang tinggi beserta vitamin B6 dan B12 dikaitkan dengan pengurangan risiko penyakit jantung sebanyak 38% [5].

Sebahagian pakar perubatan membuat hipotesis bahawa folat memberi manfaat kepada kesihatan jantung dengan menurunkan tahap homocystein asid amino. Tahap homocysteine ​​yang tinggi telah dikaitkan dengan risiko penyakit jantung yang lebih tinggi dalam beberapa kajian.

4. Mempunyai Kesan Antibakteria

Terdapat kajian tabung uji yang mendapati bahawa ekstrak daun sup menunjukkan aktiviti antibakteria terhadap yis dan jangkitan bakteria seperti S. aureus [6].

Ekstrak daun sup juga boleh menghalang pertumbuhan bakteria dalam makanan. Satu lagi kajian tabung uji mendapati ia menghalang pertumbuhan bakteria yang berpotensi berbahaya, seperti Listeria dan Salmonella. Bakteria ini diketahui menyebabkan keracunan makanan [7,8].

Kebanyakan kajian adalah menggunakan ekstrak dan menunjukkan potensi antibakteria dalam kajian tabung uji. Walaubagaimanapun ini belum lagi dikaji pada manusia.

5. Bantu Mencegah Kanser



Terdapat sebatian kimia yang amat kaya dengan antioksidan flavonoid dan vitamin C terkandung dalam daun sup. Inilah yang mengurangkan tekanan oksidatif dalam badan dan mungkin mengurangkan risiko kanser tertentu. Tekanan oksidatif adalah ketidakseimbangan dalam tahap antioksidan dan radikal bebas, dikaitkan dengan perkembangan penyakit kronik tertentu termasuk kanser [9].

Sebagai contoh, pelbagai kajian membuktikan pengambilan makanan tinggi flavonoid boleh mengurangkan risiko kanser kolon.Selain itu, subkumpulan flavonoid tertentu dalam daun sup seperti myricetin dan apigenin telah menunjukkan aktiviti antikanser dalam tabung uji dan kajian haiwan [10,11].

6. Baik untuk Mata

Vitamin A sering dikaitkan dengan kesihatan mata. Daun sup mengandungi vitamin A, nutrien yang boleh membantu dalam meningkatkan kesihatan mata. Seterusnya, juga mengandungi karoten, seperti lutein dan zeaxanthin, yang membantu dalam melindungi mata. Karoten merupakan pigmen yang tinggi dengan antioksidan, dapat menghalang kerosakan oksidatif dan mengurangkan risiko seperti katarak [12,13].

7. Membantu Mengawal Gula dalam Darah

Daun sup juga boleh digunakan sebagai ubat semulajadi untuk mengawal paras gula dalam darah. Selain itu, daun sup telah mempamerkan beberapa sifat antidiabetik dan keupayaan untuk menyokong kawalan gula darah yang lebih efektif.

Pada tahun 2004, adanya kajian yang mendapati bahawa tikus diabetes yang dirawat dengan daun sup menunjukkan kesihatan hati yang lebih baik serta menurunkan paras gula dalam darah [14].

Sudah semestinya, banyak lagi kajian yang diperlukan terutamanya terhadap manusia.



8. Meningkatkan Sistem Imunisasi Badan

Daun sup mengandungi banyak antioksidan yang bersifat anti-radang, termasuk flavonoid [15]. Apigenin melawan keradangan dalam badan [16]. Daun sup juga mengandungi vitamin C iaitu antioksidan yang kuat dalam meningkatkan sistem imun [17]. 

Daun sup boleh diamalkan dengan cara pemakanan secara mentah iaitu sebagai ulam-ulaman. Ini kerana dalam 100 gram daun sup mempunyai kalori sebanyak 18 kalori. Di samping, kandungan vitamin C yang terkandung dalam daun sup juga mampu menguat dan meningkatkan sistem imunisasi badan.

9. Mencegah Nafas Berbau

Selain digunakan sebagai hiasan, daun sup merupakan kaedah popular untuk menyegarkan nafas seseorang. Sifat antibakteria daun sup menjadikannya suplemen yang bagus untuk penjagaan gigi dalam masa yang sama menyegarkan bau mulut.

Oleh itu, antara cara semula jadi untuk memastikan mulut kita segar dan bersih, pertimbangkan untuk memasukkan teh daun sup ke dalam rutin kita.

10. Berkhasiat untuk Tulang

Daun sup sarat dengan vitamin K sekaligus dikaitkan dengan kesihatan tulang. Vitamin menyokong pertumbuhan tulang dan kepadatan mineral tulang. Ia diperlukan dalam jumlah yang berbeza-beza untuk kekal sihat dan kuat. 



Vitamin K, nutrien penting untuk kesihatan tulang. Ia menyokong pembinaan sel- sel tulang yang dipanggil osteoblast. Tambahan pula, vitamin K mengaktifkan protin tertentu yang meningkatkan ketumpatan mineral tulang [18].

Hal ini mencadangkan bahawa makan makanan tinggi vitamin K boleh mengurangkan risiko patah tulang [19,20]. 

Diharapkan artikel khasiat daun sup ini dapat memberikan sedikit sebanyak maklumat kepada para pembaca.

Rujukan:

  1. Gilbert C. What is vitamin A and why do we need it? Community Eye Health. 2013;26(84):65. PMID: 24782580; PMCID: PMC3936685.
  2. Ajebli, M., & Eddouks, M. (2019). Antihypertensive activity of Petroselinum crispum through inhibition of vascular calcium channels in rats. Journal of ethnopharmacology, 242, 112039.
  3. Kreydiyyeh, S. I., & Usta, J. (2002). Diuretic effect and mechanism of action of parsley. Journal of ethnopharmacology, 79(3), 353–357.
  4. Alyami, F. A., & Rabah, D. M. (2011). Effect of drinking parsley leaf tea on urinary composition and urinary stones’ risk factors. Saudi journal of kidney diseases and transplantation : an official publication of the Saudi Center for Organ Transplantation, Saudi Arabia, 22(3), 511–514.
  5. Cui, R., Iso, H., Date, C., Kikuchi, S., Tamakoshi, A., & Japan Collaborative Cohort Study Group (2010). Dietary folate and vitamin b6 and B12 intake in relation to mortality from cardiovascular diseases: Japan collaborative cohort study. Stroke, 41(6), 1285–1289.
  6. Wahba, N. M., Ahmed, A. S., & Ebraheim, Z. Z. (2010). Antimicrobial effects of pepper, parsley, and dill and their roles in the microbiological quality enhancement of traditional Egyptian Kareish cheese. Foodborne pathogens and disease, 7(4), 411–418.
  7. O’Byrne, C., & Utratna, M. (2010). Listeria monocytogenes: at the coalface of host-pathogen research. Bioengineered bugs, 1(6), 371–377
  8. Kurtz JR, Goggins JA, McLachlan JB. Salmonella infection: Interplay between the bacteria and host immune system. Immunol Lett. 2017 Oct;190:42-50.
  9. Opara, E. I., & Chohan, M. (2014). Culinary herbs and spices: their bioactive properties, the contribution of polyphenols and the challenges in deducing their true health benefits. International journal of molecular sciences, 15(10), 19183–19202.
Advertisements

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

three × three =

Scroll to Top