Skip to content

Satay boleh menjadi punca kepada kanser

Musim raya ini sudah tentu ramai daripada kita akan buat rumah terbuka dan salah satu menu yang tidak akan ditinggalkan adalah satay. Tetapi tahukah anda bahawa di dalam satay terdapat bahan yang dikatakan boleh menyebabkan kanser?

Mari kami terangkan

Apakah yang berlaku ketika satay dimasak?

Seperti mana yang kita tahu, bahan untuk memasak satay adalah sama ada ayam atau daging dan juga rempah ratus untuk memberikan rasa sedap pada bahan yang akan dijadikan satay nanti. Salah satu bahan dalam rempah ratus tersebut sudah tentu adalah gula.



Ayam dan daging pula kaya dengan protein yang bermanfaat untuk manusia. Protein ini dibina oleh unit asas yang dinamakan sebagai asid amino.

Kajian mendapati sesuatu bahan yang mengandungi protein apabila dimasak dengan bahan lain yang mempunyai gula, ia akan menyebabkan suatu reaksi kimia yang dipanggil sebagai Maillard reaction.

Sebenarnya Maillard reaction ini adalah salah satu reaksi kimia yang digunakan oleh tukang masak bertujuan untuk menghasilkan makanan yang berwarna coklat dan mempunyai rasa yang sedap. Sebab itu kalau kita lihat daging yang dibakar dan mempunyai warna kekuningan atau coklat mempunyai bau dan rasa yan sedap. Manakala daging yang tidak mengalami Maillard reaction ini sudah tentu akan berasa tawar dan tidak sedap kalau dimakan.

Sebelah kanan ayam sudah berwarna kekuningan disebabkan telah berlakunya Malliard reaction seperti yang diberitahu tadi

Bagaimanakah ia boleh menyebabkan kanser?

Terdapat satu bahan yang dihasilkan apabila Maillard reaction ini berlaku. Bahan itu adalah Acrylamide dan bahan inilah yang boleh menyebabkan kanser pada manusia. Bahkan terdapat beberapa bahan lain yang dikatakan boleh menyebabkan penyakit kencing manis dan masalah jantung kepada mereka yang mengambilnya secara kerap.

Menurut International Agency for Research on Cancer(IARC) telah mengesahkan bahawa bahan acrylamide terletak pada kumpulan 2A punca kanser bermaksud bahan tersebut mempunyai kemungkinan besar menyebabkan kanser.



IARC merupakan satu badan yang mengumpulkan pelbagai jenis pakar dan salah satu fungsinya adalah untuk mencari punca-punca yang menyebabkan kanser daripada kajian yang sedia ada.

Kajian pada tikus telah menunjukkan tikus yang terdedah dengan bahan acrylamide akan mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami kanser di masa hadapan. Sebab itu bahan ini boleh dikatakan menjadi salah satu punca kanser kepada seseorang.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Apa yang perlu kita buat?

Macam ini pertamanya perlu kita kena tahu bahawa IARC hanya mencari punca sama ada sesuatu bahan itu menyebabkan kanser ataupun tidak. Tetapi dia tidak mengira berapakah peratusan risiko seseorang itu boleh mengalami kanser jika mengambil makanan tersebut.

Oleh itu, bukanlah kita ingin terus mengharamkan pengambilan satay ataupun masakan yang dimasak dengan cara yang sama. Tetapi nasihatnya disini adalah bersederhanalah mengambil makanan yang dimasak dengan cara sebegini kerana kita tahu ia boleh menyebabkan kanser pada diri kita

Akhir sekali, sahaja nak bagitahu perokok diluar sana bahawa bahan acrylamide ini juga tinggi dalam rokok anda. Sebab itu mereka yang merokok ini boleh kena pelbagai jenis kanser.

Rujukan:

  1. IARC Acrylamide. https://epic.iarc.fr/research/acrylamide.php
  2. https://www.cancer.gov/about-cancer/causes-prevention/risk/diet/acrylamide-fact-sheet#r10
  3. National Toxicology Program. Toxicology and carcinogenesis studies of acrylamide (CASRN 79-06-1) in F344/N rats and B6C3F1 mice (feed and drinking water studies). National Toxicology Program technical report series 2012; (575):1-234.
  4. Gibis, M. (2016), Heterocyclic Aromatic Amines in Cooked Meat Products: Causes, Formation, Occurrence, and Risk Assessment. COMPREHENSIVE REVIEWS IN FOOD SCIENCE AND FOOD SAFETY, 15: 269-302. doi:10.1111/1541-4337.12186
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 × 5 =