Skip to content

Adakah Bubble tea tidak boleh dicernakan hingga menjadi punca sembelit??

Viral satu kes diluar negara dimana seorang remaja perempuan berumur 14 tahun di China telah mengalami sembelit yang teruk disebabkan Bubble tea yang tidak dapat dicernakan. Pesakit mengalami sakit perut yang teruk dan tidak dapat membuang air besar setelah beberapa hari mengambil minuman yang mempunyai bubble tea.

Bubble tea seperti yang kita tahu adalah jeli yang berbentuk bulat dan dimasukkan ke dalam minuman yang sejuk terutamnya ice blended, smoothies dan sebagainya.

Ia menjadi kegemaran kerana teksturnya yang lembut dan mudah untuk ditelan. Kiranya tak sah kalau minum Ice blended tanpa bubble tea.



Tetapi apa yang berlaku pada remaja wanita ini adalah sesuatu yang dikatakan luar biasa kerana terdapat banyak bubble tea yang tidak tercerna di dalam usus pesakit tersebut.

Yang menjadi viralnya adalah gambar x-ray yang kelihatan seperti bubble tea di dalam usus pesakit. Mungkin sebab ada yang menggambar bubble tea tersebut masih berada dalam keadaan sempurna iaitu masih berbentuk bulat-bulat dalam usus tersebut.

X-ray remaja perempuan tersebut. Dalam bulatan itu dikatakan sebagai bubble tea yang tidak tercerna.

Tetapi adakah ini perkara yang benar?

Sebenarnya perkara ini adalah sesuatu yang mustahil. Ini kerana sebelum masuk ke dalam usus, bubble tea tersebut terlebih dahulu akan dihancurkan dan dicernakan di dalam perut terlebih dahulu. Bahkan kebanyakan daripada kita akan mengunyah bubble tea tersebut sebelum ditelan.

Jadi apakah imej yang ditunjukkan dalam usus tersebut?

Imej ini adalah sesuatu yang biasa dijumpai oleh doktor. Selalunya kesimpulan yang diberikan oleh doktor berkenaan dengan x-ray tersebut adalah di dalam ususnya mempunyai ‘Feacal loaded’ bermaksud penuh dengan tahi.

Ianya bukanlah bubble tea yang berbentuk bulat-bulat sebelum ditelan tu. Ianya terbentuk daripada tahi yang menjadi padat dibahagian tersebut dan selalunya berlaku pad mereka yang mengalami sembelit untuk beberapa hari.

Ini adalah x-ray orang lain. Cuba lihat di dalam x-ray tersebut juga mempunyai tahi yang berbentuk bulat-bulat walaupun pesakit ini tidak mengambil bubble tea.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Adakah sembelit ini disebabkan bubble tea yang diambil?



Kemungkinan besar adalah tidak. Ini disebabkan kebanyakkan daripada bubble tea adalah dibuat daripada Kanji Topioca yang dihasilkan daripada akar pokok Cassava.

Kajian pula menunjukkan Kanji Topioca ini boleh membantu dalam pencernaan dan bertindak untuk melembutkan najis. Jadi, untuk mengatakan bubble tea ini menyebabkan remaja wanita itu mengalami sembelit yang teruk adalah sesuatu yang tidak tepat. Malah Kanji tapioca ini sepatutnya akan membantu dalam pencernaan remaja tersebut.

Mungkin terdapat punca lain yang menyebabkan remaja tersebut mengalami masalah ini.

Akhir sekali, ambil apa-apa makanan pun perlulah bersederhana kerana terlebih makan, ia mungkin menyebabkan anda akan menghadapi penyakit nanti.

Sumber:

  1. https://www.todayonline.com/8days/liveandlearn/vanityandhealth/girls-viral-x-ray-shows-undigested-bubble-tea-pearls-are-actually
  2. Stewart, M. L., Nikhanj, S. D., Timm, D. A., Thomas, W., & Slavin, J. L. (2010). Evaluation of the effect of four fibers on laxation, gastrointestinal tolerance and serum markers in healthy humans. Annals of nutrition & metabolism, 56(2), 91–98. doi:10.1159/000275962
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

19 − 15 =