Skip to content

Atap Bumbung ini menyebabkan anda mengalami Kanser Paru-paru

Pernahkah anda melihat atap rumah seperti ini. Mungkin ada yang masih menggunakan atap ini dan ada juga yang melihatnya di tempat longgokkan sampah kerana telah pecah dan tidak digunakan lagi.

Tahukah anda bahawa atap ini diperbuat daripada satu bahan yang terbukti menyebabkan kanser. Bahan tersebut adalah asbestos.

Atap seperti ini pada dahulunya sering digunakan untuk membina bumbung sesebuah rumah. Kini ia tidak dibenarkan untuk digunakan bagi membina rumah yang baru kerana telah bahan tersebut telah didapati mendatangkan kesan yang buruk kepada manusia.

Sejarah Asbestos



Asbestos mula dilombong pada awal tahun 19an. Pada 19an, negara-negara eropah sedang berkembang dalam perindustriannya dan salah satu hasil bumi yang senang dijumpai untuk digunakan pada ketika itu adalah Asbestos. Afrika, Kanada,Russia, England dan kebanyakkan daripada negara eropah menggunakan asbestos ini untuk tujuan perindustrian.

Pelbagai produk dihasilkan daripada Kompoun asbestosis ini seperti atap bumbung, semen, paip, gasket dan pelbagai lagi.

Pelbagai syarikat pada ketika itu cuba mempatenkan produk-produk mereka hasil daripada penggunaan bahan ini. Ianya menjadi salah satu sumber yang berharga bagi mereka pada ketika itu.

Asbestos dan perubatan

Pada tahun-tahun yang mendatang ketika mana asbestos dilombong dengan rakusnya, banyak daripada pekerja-pekerja lombong mengadu mempunyai simptom yang melibatkan sistem pernafasan mereka seperti batuk yang lama dan juga sesak nafas.

Kawasan bawah paru-paru ini sepatutnya berwarna hitam. Tetapi ia berwarna keputihan disebabkan wujudnya parut dikawasan itu.

X-ray dada pesakit pula mendapati terdapat parut di bahagian paru-paru yang sangat teruk. Kajian daripada bidang kesihatan pada ketika itu mendapati terdapat amoun asbestos yang tinggi pada mereka yang telah meninggal dunia disebabkan masalah ini. Perkara ini berlaku disebabkan kompaun asbestos tersebut telah merosakkan tisu paru-paru dan keadaan ini dipanggil sebagai Asbestosis iaitu bersempena dengan kompaun yang menyebabkan simptom tersebut.



Bahkan, apabila pesakit ini dipantau daripada tahun ke tahun, terdapat sebahagian besar daripada mereka mengalami Kanser mesothelioma iaitu kanser yang berlaku pada lapisan yang menyelaputi paru-paru itu sendiri.

Ini telah menambah risiko kepada mereka yang melombong asbestos ini.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Asbestos di Malaysia

Penggunaan Asbestos dalam pembinaan atap bumbung rumah yang baharu telah diharamkan bermula pada tahun 1999. Tetapi terdapat juga rumah yang dibina sebelum itu yang masih menggunakan atap ini terutamanya rumah dikawasan setinggan.

Atap asbestos ini selalunya tidak diselenggara dengan baik. Terdapat atap asbestos yang dibuang bersama-sama dengan sampah yang lain. Malah ada juga yang bersepah dikawasan tempat tinggal.

Ini membuatkan kita terdedah kepada bahan ini dan berisiko untuk mengalami kanser di masa hadapan.

Apa yang perlu kita buat?

Terdapat beberapa perkara yang boleh kita buat

1) Elakkan diri dan juga ahli keluarga yang lain pergi ke tempat yang menjadi longgokan atap ini

2) Pastikan atap bumbung rumah anda tidak lagi menggunakan atap asbestos ini. Jika masih ingin menggunakannya, pastikan atap ini tidak pecah keranan serpihan asbestosis ini boleh dihidu dan masuk ke dalam paru-paru



3) Elakkan daripada membakar atap ini. Kerana serpihannya boleh berterbangan ketika dibakar

4) Boleh hubungi Jabatan Alam Sekitar ataupun DOSH untuk mengetahui cara untuk melupuskan bahan ini.

Rujukan:

  1. https://www.asbestos.com/asbestos/history/
  2. What are asbestos-related lung diseases? National Heart, Lung, and Blood Institute. http://www.nhlbi.nih.gov/health/dci/Diseases/asb/asb_all.html.
  3. Roggli VL, et al. Pathology of asbestosis — An update of the diagnostic criteria: Report of the asbestosis committee of the College of American Pathologists and Pulmonary Pathology Society. Archives of Pathology and Laboratory Medicine. 2010;134:462.
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

10 − 3 =